Friday, March 27, 2009

Snippet- UMNO, Mukhriz dan Jerlun

1.Sebelum anda membaca ayat-ayat yang seterusnya, lebih baik saya terangkan dulu kepada anda yang saya bukanlah penyokong UMNO. Apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya,seorang pelajar yang langsung tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk bercakap tentang politik. Tetapi atas niat prihatin dan atas dasar kasih sayangnya terhadap agama , bangsa dan negara, dia menjadikan menulis sebagai satu cara untuk menumpahkan sejuta rasa dari dalam hatinya.

2.Semasa di zaman remaja dulu, saya memang penyokong kuat UMNO. Sokongan itu didasarkan atas kakaguman kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mohamad. Saya bukanlah taksud, atau sebahagian orang yang digelar mahathist , tetapi kagum dengan keupayaan dan kebolehannya memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengar ucapannya termasuklah saya.

3.Tun Mahathir bukanlah hebat berpidato seperti DSAI yang boleh saja membakar semangat dan mempengaruhi orang lain,tidak pula membosankan yang membuatkan orang mengantuk apabila mendengar, tetapi setiap kata-kata Tun akan didengar dengan teliti dan orang tidak berganjak dari tempat duduk.

4.Saya masih ingat lagi , ketika satu perhimpunan Agung UMNO, Tun Mahathir bercakap tiga jam tanpa henti. Satu rekod untuk seorang yang sudah berumur 70-an. Walaupun pada perhimpunan Agung UMNO, ucapannya tidaklah sangat berkisar tentang parti itu tetapi lebih kepada cerita tentang orang islam dan melayu. Cerita tentang betapa orang islam perlu kuat dalam pendidikan ekonomi , ketenteraan dan segala-galanya untuk mengembalikan semula kegemilangannya suatu ketika dulu. Untuk memastikan juga umat islam tidak sewenang-wenangnya ditindas seperti yang berlaku di paletine. Kepada orang melayu pula, nasihat yang diberikan adalah jelas.Mereka perlu merubah minda dan sikap. Jangan asyik mengambil jalan mudah untuk berjaya, segalanya perlu diusahakan, jangan nanti kita menjadi kuli di tanah air sendiri.

5.Sebagai seorang yang tinggal di kampung dan tidak sangat terdedah kepada dunia luar, amat sukar untuk saya mencari sesuatu yang betul-betul boleh membuka minda dan memotivasikan diri. Tapi alhamduliah tabiat menonton tv, banyak membuka ruang kepada minda untuk melihat dunia bukan setakat berkisar di pekan kecil Ayer Hitam tapi lebih jauh lagi sehinggalah ke semenanjung Gaza. Setiap kali Tun Mahathir memberikan ucapan, saya pasti akan tercegat di hadapan tv kerana saya yakin setiap apa yang disampaikan pasti akan menyuntik semangat ke dalam diri terutamanya tentang orang melayu.

6.Di kawasan saya rata-rata orang melayu bekerja sebagai petani atau lebih tepat lagi pesawah. Walaupun saya anak pesawah , sudah agak lama saya tidak turun ke bendang. Memalukan bukan..he…he…?.walaupun kebanyakan tanah sawah dipunyai oleh orang –orang melayu, tapi hampir 80%(hanya anggapan saya) kilang-kilang pemprosesan padi di miliki oleh orang-orang cina. Kalau ada pun orang melayu, meraka tidaklah sangat maju, ala-ala seperti hidup segan mati tak mahu. Rata-rata orang melayu lebih suka menjual padi kepada tauke-tauke cina. Malah,perniagaan runcit juga di monopoli oleh orang-orang cina. Orang melayu pula maju dalam perniagaan makanan dan restauran.

7.Untuk pengetahuan anda,saya berasal dari pekan kecil Ayer Hitam dan Daerah Jerlun.Pada Pilihanraya lepas, Dun Ayer Hitam dimenangi oleh calon pas(saya tak ingat namanya) manakala Parlimen Jerlun dimenangi oleh Datuk Mukhriz Mahathir, anak lelaki Tun Mahathir. Itu pun kemenangan mukhriz adalah dengan majoriti yang agak kecil. Mengikut ibu saya, kebanyakan pengundi yang memangkah beliau adalah kerana mereka teringatkan jasa-jasa Tun Mahathir.

8.Datuk Mukhriz menjadi calon untuk jawatan ketua pemuda UMNO dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lepas. Agak malang , beliau tewas. Memang saya sejak dari awal-awal lagi berharap yang beliau akan memenangi jawatan tersebut.Kalau tidak silap saya,Datuk Mukhriz merupakan pengelola Aman Malaysia, Petubuhan Bukan Kerajaan yang banyak menganjurkan activiti-activiti berbentuk keamanan sejagat.

9.UMNO cuba menunjukkan yang ia merupakan parti yang bersih dengan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Disiplin UMNO dalam membenteras gejala politik wang. Ia nampaknya agak berkesan kerana bukan sahaja ikan kecil yang kena tetapi juga ikan-ikan besar yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti. Jika dulu Datuk Isa Samad dikenakan tindakan,yang terbaru Datuk Ali Rustam pula yang hilang kelayakan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tapi apa yang peliknya, ada juga beberapa ahli yang didapati bersalah tapi hanya diberi amaran. Pelik. Cuba bayangkan, seorang didapati bersalah di makhamah, tapi akhirnya hanya di beri amaran tanpa perlu menjalani hukuman. Pelik bukan?

10.Akhirnya,seorang ahli UMNO yang didapai bersalah dan hanya diberi amaran berjaya mengepalai salah satu sayap penting dalam UMNO. Ia agak memalukan. Selepas saja dia diumumkan menang, ramai ahli UMNO yang bertempik menentang kerana kemenangannya itu tidak menggambarkan sokongan dari akar umbi.

11.Tun Mahathir tidak hadir pada pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana kesal dengan tindakan perwakilan salah satu sayap UMNO yang seolah-olah merestui politik wang dengan memilih orang yang sudah didapati bersalah menjadi pemimpin. Ramalan beliau, jika Datuk Najib memilih pemimpin itu sebagai menteri kabinet kelak, pasti pada PRU 13, BN akan kalah teruk. UMNO akan dilihat jijik dimata rakyat, kerana mempunyai pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah politik.

12.Novelis terkenal,Faisal tehrani(bukan Faisal Khamis ya ) menyifatkan kemenangan calon politik wang tersebut sebagai suatu yang bagus. Tidak seperti Datuk Mukhriz yang menyokong, pemimpin tersebut menolak PPSMI, sekaligus mendapat sokongan dari orang-orang yang digelar pejuang bahasa. Tapi soalnya, adakah semua orang yang berdemontrasi beberapa minggu lepas mendesak PPSMI dimansuhkan akan menyokong pemimpin ini hanya kerana sehaluan dalam isu PPSMI ini?. Mungkin tidak. Politik tetap politik, orang politik akan mencari apa saja cara untuk menjatuhkan ahli politik yang lain.

13.Moga-moga segalanya akan kembali baik di masa hadapan.

14.Itu saja dari saya kali ini.Terima kasih kerana membaca, moga-moga anda sihat sentiasa. Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, moga-moga DIA mempermudahkan segalanya. Insya-Allah. Berusahalah, walaupun pada akhirnya anda tidak berjaya, tapi paling tidak ia mendidik anda menjadi lebih rajin. Di masa hadapan anda akan terbawa-bawa dengan sikap itu dan insya-Allah, kelak anda akan berjaya (Nasihat ini ditujukan pertamanya kepada saya).

::Written by Faisal, Yang Meluahkan Seribu Rasa dari Jiwa
::11:30 p.m
::Friday,March 09, 2009

11 comments:

PrincessHangLiJo said...

Great minds think alike~ setuju2!

sharamli said...

6.Di kawasan saya rata-rata orang melayu bekerja sebagai petani atau lebih tepat lagi pesawah. Walaupun saya anak pesawah , sudah agak lama saya tidak turun ke bendang. Memalukan bukan..he…he…?.

kt tmpat 0rg dh xdk sawah dah...sian 0rg kg..

A Peacemaker said...

to sharamli...
ye ko...
tempat sya bendang masih banyak lagi..
wak ni betul ko tinggal kat Ayer Hitam ni@ ataupun mmang dah lama tak balik ...he..he...

shahadah said...

salam..sememangnya org melayu, lebih tepat lagi org Islam harus berfikir luar dari kotak. sampai bila mahu hanya mempersoalkan hak? tpi tgk juga adakah kita dah laksanakan tggjwb atau tidak. sy stuju dengan awk bila awk kata pemimpin yg buat salah hanya diberi amaran tu mmg xpatut. sepatutnya pemimpin lah paling teruk kene. sebab dia akan menjadi teladan pada rakyat nya. moga2 pemimpin kita di masa hadapan lebih mantap lagi. dan kita lah pencorak politik, sosial dan ekonomi masa akan dtg. (^_^)

nono farahshila said...

salam Faisal :)

Honestly saya impress dengan penulisan awak. Sekurang-kurangnya awak berani membuat percubaan untuk menganalisa apa yang berlaku. Jika dibandingkan dengan saya yang lebih suka untuk pendam sendiri sebab saya masih kurang berani untuk menulis hal-hal yang berkaitan dengan politik. Takut nanti berbunyi tak matang hehe..

Tun Mahathir adalah idola saya. Saya tak kisah dengan keburukkan yang orang ceritakan tentang dia. Tapi saya melihat kepada apa yang beliau lakukan untuk Malaysia dan juga muslim dari negara dunia ketiga. Pemikiran beliau sangat kehadapan dan semuanya memberatkan kepada Melayu dan Islam tanpa menggugat kepentingan bangsa lain, which I personally think is good.

Saya malas nak menulis panjang, cuma satu benda nak kongsi. Saya pernah ke bilik seorang lecturer and beliau berasal dari Nigeria. Di dalam bilik beliau penuh dengan buku-buku tentang Tun M, dan juga Marina Mahathir. Lecturer saya tu cakap, Tun M sangat2 disanjungi dan dikenali oleh rakyat Nigeria. Mendengarkan apa yang diperkatakan oleh beliau membuatkan saya bangga menjadi part of product dibawah pimpinan Mahathir :)

Faizal said...

Sebuah pandangan politik yang ikhlas.. Konflik politik kapitalis di Malaysia memang begini.. Disebabkan itulah paradigma pemikiran politik kita harus keluar dari batasan politik sekular tempatan ini dan luaskan lagi mencakupi skop masalah umat Islam di seluruh dunia.

Dunia Islam harini memerlukan penganutnya meneruskan konsep siyasah yang diperjuangkan Oleh Rasulullah saw.. Siayasah=mengambil tahu urusan umat Islam di dalam dan diluar negara.

Perjuangan melayu perlu diketepikan... konflik politik sekular arena tempatan ini juga harus diubah.. Kita perlu berganding bahu berfikiran politik siyasah Rasulullah, memperjuangkan Islam, mengembalikan kemuliaan Islam yang telah hilang..

johan said...

Kadang2 apa yang nampak nyata itu hanyalah ilusi. Nobody is perfect. Mmg benar Tun dulu banyak jasanya.Tapi di zaman beliau juga ada bibit2 kemusnahan yang perlu ditangani pemimpin2 selepas beliau, sebagai contoh: 1. Kuasa Raja2 Melayu yang di tawarkan oleh beliau yang kini digugat oleh Singh dan Lim serta pengikut2nya. Maka apabila jatuh institusi Raja2 Melayu yang juga ketua agama Islam maka akan tergugatlah agama kita dan juga orang Melayu amnya. 2. Isu pertandingan ratu cantik yang telah di sertai oleh gadis2 Islam/Melayu yang cun2 di Selangor 3. Kronisma yang berleluasa yang menjadi seperti barah di dalam zaman pemerintahan beliau.

Tentu ada sebabnya ramai yang masih percaya kepada kepimpinan KJ dan mengundi beliau sebagai ketua pemuda yang baru berbanding dengan kepimpinan Mukriz dan Dr Khir Toyo.

A Peacemaker said...

to syahada...
memnan snagai manusia , kita perlu melihat dunia scara global..
baru minda kita akan terbuka...

A Peacemaker said...

to nono...
rasanya bukan wak saja, tapi semua orng yg sesuai denga kita kagum dengan kepimpinan Tun...walaupun pda hakikatnya ade jugak cacat celanya ketika permerintahannya...
Saya sifatkan Tun sbag pemimpin yg hebat pada zamamnya jika kia compare Tun dengan pemimpin negara islam yang lain...

tak ramai pemimpin negara islam yg berani menegur negara barat especially US....
sebab tu ramai orng islam dinegara2 dunia ketiga hormat dan kagum dengan beliau....

A Peacemaker said...

to johan...
entah la,saya sendri pun tak fham ,cam na dia leh menang walhal, pada peringkat pencalonan dulu Mukhriz yg dapat banyak undi..
mungkin sebab dia mempunyai kebolehan memimpin yag baik. saya pernah dengar ucapannya kat tv, memang bagus, bahasa melayunya pun baik, tak mix dengan english.....
tapi masalhnya skrang,namanya telah tercalar dengan msalah politik wang tu...jadi imejnya telah tercalar....

A Peacemaker said...

to faizal(nama sama cam saya la)..
memang ape yg saya tulis ni ikhlas..
tidak menyebelahi mana2 pihak..

saya pernah baca buku tntag uthmaniyah empayer..
memang agak menyedihkan melihatkan jatuhnya sebuah empayer islam ynag hebat...

walaupun malaysia xlah sehebat empire tu, tapi risau juga kalu2 keamanana yg kita ade ni tergugat...paling penting kedudkan agama islam yang makin hari nampaknya makin tidak dihormati orng lain..

sebab tu lah saya sngat setuju dengan cadangan presiden sebuah parti islam untuk bergabung dengan UMNO.paling tidak ia akan dapat menguatkan kembali orng islam...

betul x?