Wednesday, September 8, 2021

OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan OYK Pengapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya, permohonan OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan OYK Pengapit CHRA telah diluluskan JKKP. Kedua-dua kompetensi ini tertakluk dibawah undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Walaupun gembira tapi gemuruh juga sebab ia melibatkan undang-undang.

OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mungkin biasa anda dengar. Dengan kelulusan diploma, tiga tahun pengalaman dan lulus peperiksaan NIOSH, anda sudah boleh mendaftar dengan JKKP untuk jadi OYK. 

Namun, bagi OYK Pengapit CHRA, mungkin ramai yang tak tahu. Pengapit CHRA diperlukan untuk menaksir risiko bahan kimia ditempat kerja. Untuk mendaftar, anda perlukan juga pengalaman tiga tahun dalam keselamatan kesihatan serta lulus peperiksaan CHRA  yang diduduki selepas menyertai kelas selama dua minggu. Tapi, nak lulus peperiksaan yang kadang-kadang agak sukar terutamanya kertas 2 WPA. Selain itu, perlukan pemahaman kepada subjek yang diajar untuk membolehkan kita membuat penaksiran yang baik. Ia bukan mudah pada saya. Saya sendiri kena selalu buka buku-buku untuk familiar dengan konsep yang diajar.

Apa-apa pun, alhamdulillah saya dapat OYK untuk kedua-duanya.

~ Relaxslah!!! A Peacemaker , Pulau Pinang, 08 Sept 2021, 12:14 am