Monday, May 23, 2016

Short Visit to Melaka

Hi all,

I went to Melaka last three weeks to met my friend a.k.a to search for happiness...hahaha... This is my first ever visit to Melaka. I spent just a day visited some historical places. Of course, there are other places which I do not visit due to time constraint.

Enjoy the pictures.










Thanks..See you in the next post.

Relaxlah!!!
23 May 2016
04:35 pm

Saturday, May 7, 2016

NTCRC 3-State Half Marathon 2016 - Nak Dapat Feel Balik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Diharapkan anda semua berada dalam keadaan sihat, gembira dan bahagia sekarang kerana saya sekarang berada dalam keadaan sihat, gembira dan bahagia. Jadi, jika saya berada dalam keadaan sihat, gembira dan bahagia, ada juga harus berada dalam keadaan yang sama.

Dua minggu lepas (24 April 2016), saya menyertai semula marathon selepas lebih 6 bulan tidak berlari. Dan ini larian pertama pada tahun ini. Ia adalah NTCRC 3-State Half Marathon yang bermula di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan merentasi Parit Buntar, Perak dan Bandar Bahru, Kedah sebelum kembali semula ke Nibong Tebal. Ia adalah Half-Marathan dengan jarak lebih kurang 22km.


Secara keseluruhannya, penganjuran adalah baik, water station ada 4-5 tempat. Laluan traffic juga baik, dikawal oleh pihak polis disamping dibantu oleh staf-staf penganjur. Walaupun ia bermula pada pukul 5:45 pagi, laluan marathon merentasi masjid, jadi sempatlah kami berhenti menunaikan solat subuh. Cuma yang kurang baiknya diri saya kerana persiapan yang kurang. 10 km yang pertama saya berlari seperti biasa tetapi selepas itu kaki mula rasa sakit. Saiz kasut yang sedikit kecil menyebabkan larian rasa tidak selesa dan ditambah dengan tanpa latihan cukup, ia menjadi cukup memenatkan. 

Saya menamatkan marathon dalam masa lebih kurang 3 jam setengah, yang merupakan catatan normal saya. Jadi, tiada peningkatan dari segi masa. Larian kali ni lebih kepada nak ambik balik feel marathon sebab dah lama tinggal. Berat badan pun dah naik sikit. Kahkahkah. Target masa saya untuk menamatkan half marathon adalah bawah 3 jam, namun masih belum tercapai.

Itu saja untuk kali ini. Jumpa di Perlis Marathon 2016 hujung bulan ni. Sekian. Terima kasih.


Relaxlah!!!
05 May 2016
05:10 pm