Thursday, November 6, 2008

Saya dan Obama

As Salaamu‘alaykum and peace to all,



Kemenangan Barack Obama dalam pilihan Raya presiden Amerika baru-baru ini begitu mengujakan bukan sahaja bagi penduduk Negara Uncle Sam itu tapi juga seluruh dunia. Sebaik sahaja beliau di umumkan sebagai presiden Amerika yang ke 44 , satu dunia meraikannya seolah-olah seperti lahirnya harapan dan sinar baru untuk melihat dunia yang lebih baik. Dengan slogan pilihan rayanya Change, We Believe In dan Change , We need, sudah tentu masyarakat dunia mengharapkan agar beliau mampu mengubah dunia, terutamanya apa yang berlaku di Negara-negara islam dan dasar luar yang lebih terbuka dan telus. Pun begitu, kita janganlah terlalu mengharapkan banyak perubahan memandang pelobi-pelobi Yahudi masih memainkan peranan dalam menentukan dasar-dasar luar Amerika.

Pada saya, sejak kali pertama mendengar nama beliau ketika pemilihan calon Demokrat untuk bertanding jawatan Presiden, saya begitu yakin yang beliau mampu memberi dimensi baru kepada Amerika dan dunia.

Pertamanya kerana beliau berketurunan Afrika. Jadi , sudah pasti jika menjadi presiden ,sentimen perkauman dapat dikurangkan bukan sahaja di Amerika tapi juga di seluruh dunia . Malah, ketika beliau diumumkan sebagai Presiden Amerika berkulit hitam pertama, ramai rakyat Amerika berketurunan Afrika menganggap kejayaan itu sebagai kemuncak kepada usaha pejuang-pejuang kulit hitam terdahulu seperti Martin Luther dan Malcom X.

Keduanya, kerana namanya, Barack Hussen Obama. Namanya tengahnya Hussein sudah cukup untuk orang lain menganggapnya sebagai muslim. Walaupun beliau mengaku , beliau bukan penganut islam dan tidak pernah mengamalkan ajarannya, tapi sejarah keluarga sebelah bapanya yang beragama islam tetap menjadikannya popular dan menjadi harapan kepada orang-orang islam di Amerika. Malah, beliau masih lagi mempunyai saudara mara di Kenya yang beragama islam.

Dilahirkan dari keluarga yang berpecah belah, melalui zaman remaja yang sukar, pernah terjebak dengan dadah dan terpaksa menghadapi sentiman perkauman ketika berkempan , kejayaan Obama bukanlah mudah. Beliau yang dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani Wanita dan Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, adalah anak kepada lelaki Islam dari Kogelo, Wilayah Nyanza, Kenya, Barack Hussein Obama Sr. dan wanita kulit putih dari Wichita, Kansas, Ann Dunham. Bagaimanapun, sewaktu Obama berusia dua tahun, ibu bapanya bercerai. Bapanya kemudian pulang ke Kenya. Beberapa tahun selepas itu, ibunya berkahwin untuk kali kedua dan sekali lagi dengan lelaki Islam, Lolo Soetoro dari Indonesia. Obama mengikut ibu dan bapa tirinya tinggal di Indonesia pada tahun 1967.

Pada usia 6 tahun, Obama dihantar ke sekolah tempatan di Indonesia dan tidak ketinggalan menerima pendidikan Islam serta turut menerima pendidikan di sekolah Kristian Katolik. Pada usia 10 tahun, Obama dihantar pulang ke Honolulu untuk tinggal bersama datuk dan neneknya sambil bersekolah di Sekolah Punahou sehingga tamat sekolah tinggi pada tahun 1979. Ibunya kembali ke Hawaii pada tahun 1972 untuk beberapa tahun sebelum pulang semula ke Indonesia untuk menghabiskan kerja lapangan kedoktoran. Bagaimanapun, ibunya meninggal dunia pada tahun 1995.
Kredibiliti dan Karisma Obama sebagai pemimpin telah terserlah sejak di Universiti lagi,dimana beliau pernah dipilih sebagai Presiden Harvard Law Review, jurnal rasmi bagi pelajar Undang-undang Harvard. Obama adalah pelajar kulit hitam pertama dipilih memegang jawatan itu sepanjang lebih 300 tahun penubuhan universiti tersebut.

Kejayaan Obama sebagai the first ever African American President , saya sifatkan sebagai satu motivasi kepada diri saya sendiri dan mungkin juga kepada orang lain. Dilahirkan bukan dari keluarga politik atau koporat, tapi sebaliknya berasal keluarga biasa menunjukkan sesiapa sahaja mampu berjaya jika mempunyai matlamat dan cita-cita yang jelas.Obama semasa sekolahnya di Indonesia pernah memberitahu rakan yang suatu hari nanti dia mahu menjadi Presiden dan akhirnya impian tersebut tercapai. Seperti kata Perdana Menteri ,Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi, Obama telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu menjadi pemimpin tanpa mengira warna kulit dan kaum.

p/s: oleh sebab nama tengah Obama ialah Huseein dan dia mempunyai latar belakang keluarga yang beragama islam, saya selalu berharap yang dia akan menjadi muslim suatu hari nanti. Mana la tau kan? jadi, dapat la dia tengok , betapa cantik dan indahnya islam itu.

::Written by Faisal
::9:30 pm
::November 6, 2008