Sunday, November 19, 2017

Kembali Semula Ke UIA

Assalamualaikum, 

Minggu lepas, saya kembali semula buat pertama kali selepas tujuh tahun meninggalkan Taman Budi dan Ilmu ini. Saya datang bersama keluarga untuk Majlis Konvokesyen adik lelaki saya, yang berjaya menamatkan pengajian dalan bidang Biomedical Sciences.

Memandangkan hanya tinggal ibu sahaja sekarang, maka dapatlah saya masuk ke Majlis Konvokesyen UIA ke-33 bersama-sama dengan ibu. Dan rasa agak terharu saat menyanyikan kembali lagu UIA "Leading The Way"  sebelum majlis bermula.

Kedatangan saya ke sini, mengembalikan semula nostalgia lama. Sampai sekarang, peluang belajar dan menuntut ilmu di sini adalah kesempatan terbaik yang pernah lalui dalam hidup saya. Saya selalu anggap ia sebagai "turning point" dalam banyak perubahan dalam hidup saya. Alhamdulilah, syukur kepada Allah kerana mencampak saya ke sini suatu ketika dulu.

Jika anda pernah belajar di UIA, anda tentu faham apa yang saya rasa dan maksudkan. Pengalaman yang berbeza dari hidup sekarang. Panggilan "sisters" dan "brothers" adalah signature pelajar-pelajar UIA. Begitu juga dengan budaya memberi salam ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar yang lain walaupun tidak dikenali (hanya lelaki kepada lelaki dan wanita kepada wanita sahaja).

Kesempatan berkawan dengan pelajar antarabangsa juga adalah satu perkara yang sangat saya hargai. Dari seorang yang gagap berbahasa inggeris, dek kerana selalu bercakap dengan pelajar asing, dari semasa ke semasa sehingga sekarang, bahasa inggeris saya menjadi lebih baik. Pergaulan ini membolehkan saya mengenali sikap-sikap bangsa lain yang sudah tentu berbeza sedikit daripada kita.

Semasa dan Selepas habis Majlis Konvokesyen, sempat saya tangkap beberapa gambar sekitar UIA, terutamanya di Kulliyyah of Engineering.











Sehingga sekarang, saya masih merindui zaman-zaman belajar di UIA dulu. Moga UIA terus maju, berkembangan dan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak, berbudi dan berilmu.


Relaxlah!!!
19 Dec 2017
04:13 pm