Saturday, June 18, 2016

Perlis Marathon 2016

Assalamualaikum semua,

Perlis Marathon 2016 (29 May 2016) adalah tahun kedua dianjurkan. Berbanding dengan tahun 2015, tahun ini memperlihatkan tambahan bagi full marathon 42 km dan dengan penambahan hadiah wang kemenangan.

Seperti biasa, saya hanya mampu masuk half marathon 21km. Tak mampu lagi nak ke full marathon. Untuk yang 21 km ni pun, training tak cukup. Nasib baik dapat menamatkan perlumbaan dalam masa yang ditetapkan.

Dalam first 10km pertama, larian agak steady. Saya lari dengan pace yang constant tapi perlahan. Mission saya, asal perlahan tapi constant, maintain the same pace. Masuk the next 10 km agak memeritkan, maklumlah training pun tak banyak dan tak constant. Tapi gagah jugak perlahan-lahan menamatkan perlumbaan. Apa yang saya buat untuk saya keep running sewaktu letih ialah dengan mengikut lari dibelakang orang yang lari lebih laju dari saya. Macam gunakan diorang sebagai tarikan...hahaha..memang berjaya dalam untuk the last 10km. Finishing time saya untuk kali ini slightly better than NTRC 3 States Run april lalu.

Dari segi penganjuran, traffic agak bagus, water station pun seperti apa yang sepatutnya. Perlis Marathon 2016 banyak improvement jika dibandingkan dengan tahun lalu.



Yang bestnya bila pergi marathon ialah saya akan jumpa banyak kawan baru. Ada yang datang dari Lembah Klang semata-mata untuk marathon. Teserempak juga dengan rakan UIA saya dulu sebelum marathon bermula.

Itu saja untuk kali ini, jumpa lagi dilarian akan datang. Sekian, terima kasih.


Relaxlah!!!
18 June 2016
12:02 am