Thursday, July 31, 2008

Hari ini

As Salaamu 'alaykum and peace to all,

bermula dengan entry kali ini , semua entry saya akan dimulakan dengan perkataan diatas. sebagai muslim, tiada perkataan greeting yang lebih mulia melainkan memberi salam.....

rasa sudah lama saya tidak update blog ni. Bukannnya tiada idea, tetapi idea yang ada jika ditulis akan mengambil masa yang agak lama untuk dihuraikan. Walaupun saya boleh menulis blog seperti diari, menulis tentang kehidupan saya, tentang apa ynag berlaku dalam hidup saya, tetapi ia bukanlah sesuatu yang bagus. pada saya, adalah lebih baik untuk orang tidak mengenali siapa saya supaya saya dapat hidup dengan lebih tenang. sebab, jika orang mengenali anda, mengetahui hidup anda, mereka akan mengaggap anda seperti ini dan itu dan kadang2 orang akan mempunyai perspektif tidak baik terhadap anda.

malam tadi sempat saya mendengar ceramah Isra' n Mikraj kat masjid . selepas je habis kelas parenting , saya terus bergegas ke masjid. Agak berat hati rasanya untuk ke masjid memandangkan masih banyak assignment yang belum disiapkan dan tambahan pula saya mempunyai kuiz keesokannya. tetapi memikirkan, ceramah ini bukan selalu diadakan, saya paksakan juga diri ini untuk berjalan menuju ke masjid. mendengar ceramah malam tadi memang terasa jugalah hati. kadang2 terkena kat batang hidung sendiri. paling saya tk lupakan cerita yang selalu saya dengar, tapi selalu juga masuk telinga kanan , keluar telinga kiri. cerita seorang pemuda yang ingin membuat kebaikan,menuntut ilmu di perantauan tetapi tidak mendapat kebenaran dari ibunya .......dan akhirnya perbuatan pemuda itu dibalas oleh Allah lantaran doa ibu ,yang merasa sedih setelah ditinggalkan keseorangan oleh anaknya.....

setakat ni saja ye......

Saturday, July 19, 2008

Pencinta Keamanan

Penderitaan rakyat palestin sudah lama diketahui umum. Namun apa yang kita tonton di kaca tv hanyalah sebahagiaan daripada penderitaan dan seksaan yang dialami oleh rakyat Palestine.Banyak lagi penderitaan rakyat Palestine yang lebih dahsyat dan tidak dihebohkan lantaran kita umat islam tidak mempunyai kuasa atau akses ke atas media-media besar dunia. Kebanyakan syarikat penyiaran barat di kuasai oleh orang –orang yahudi sehingga berita-berita yang disiarkan lebih memihak kepada Negara Israel. Buktinya , dalam satu kajian yang dijalankan oleh satu pertubuhan ke atas rakyat Britain mendapati lebih 50 peratus daripada koresponden percaya bahawa Palestin menjajah Israel. Kajian ini tentu sekali mengejutkan kerana kita semua tahu mengenai apa yang berlaku di Palestine.Keputusan kajian ini jelas menunjukkan bahawa media barat telah berjaya memainkan peranan penting dalam mengaburi mata orang-orang barat. Tapi apa yang lebih malang pada saya ialah sesetengah rakyat Malaysia sendiri barangkali tidak sangat mengetahui apa yang berlaku negara timur tengah tersebut. Sesetengah generasi muda terutamanya begitu lalai dengan hidup mereka yang telah banyak dipengaruhi elemen-elemen barat. Anak-anak muda kita disogok dengan music, filem-filem Hollywood dan cara berpakaian yang kadang-kadang bertentangan dengan ajaran islam. Saya yakin jika anak muda mamahami dan tahu sejarah palestin ,tentu mereka menyedari apa yang cuba dilakukan barat ketika ini.Malah sesetengah orang cerdik pandai menganggap masalah Palestin adalah masalah tanah air mereka sendiri, masalah mereka mahu menuntut kemerdekaan dari Israel dan bukannya masalah umat islam. Ternyata mereka ini gagal memahami sejarah atau memang sengaja memejamkan mata supaya mereka tidak perlu lagi berserabut memikirkan penyelesaian kepada masalah yang berlarutan lebih separuh abad itu.

Yasser Arafat meninggal dunia tanpa sempat melihat keamanan di Palestine Seperti yang diinginkannya.

Minggu ini saya berpeluang membaca buku yang di tulis oleh Dr Ang Swee Chai. Buku yang bertajuk “Dari Beirut Ke Jurussalem” merupakan cerita sebenar penulis yang pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawan ketika pembunuhan dan penyembelihan rakyat Palestine di kem Sabra dan Shatila.Kandungan buku ini sudah cukup memberi pengajaran betapa kejam dan bencinya orang-orang Israel terhadap orang-orang Palestine khususnya dan umat islam amnya. Memang benarlah apa yang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yahudi dan Nasrani tidak akan meniktiraf atau berpuas hati dengan umat islam sehiggalah kita mengikut kehendak mereka.Sikap ganas orang-orang Israel masih lagi berterusan hingga kini tanpa sesiapa pun boleh menghalang walaupun banyak resolusi PBB telah dikeluarkan dan itu hanyalah retorik semata-mata .sebenarnya penindasan yang berlaku di Palestine tiada beza dengan holocaust, iaitu penghapusan orang yahudi ketika zaman Nazi di Jerman. Cuma mungkin yang berbeza hanyalah masa, di Palestine , orang islam di bunuh sedikit demi sedikit dalam suatu jangka masa yang panjang iaitu sejak tahun 1948.

Bilakah penderitaan rakyat Palestine ini akan berakhir?

Satu perkara yang menarik tentang penulis, sebelum menjadi sukarelawan , beliau merupakan penganut kristian yang agak fundamentalis. Dia selalu bermegah dan percaya kebaikan Negara-negara barat dan kebenaran Negara Israel. Malah, seperti kebanyakan orang kristian, dia menganggap rakyat Palestine sebagai pengganas hanya kerana mereka mahu mempertahankan tanah air.Sewaktu kemenangan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 di mana tertawannnya semenanjung gaza dan tebing Barat, beliau turut meraikan kejayaan itu. Namun, pandangan beliau berubah apabila menjadi sukarelawan di kem Sabra dan Shatila. Sewaktu hari terakhir tragedi iaitu 18 september 1982,beliau keluar dari hospital setelah bertungkus lumus 72 jam menyelamatkan nyawa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi.Beliau melihat seorang lelaki tua yang matanya dicungkil dan bagaimana seorang ibu yang cuba memberikan bayinya kepadanya untuk diselamatkan.Sesetengah mayat dihimpunkan di tepi-tepi jalan sehingga reput. Manakala mayat-mayat yang terbunuh dan terperangkap di dalam bangunan dibiarkan ditimbus apabila jentolak digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut. Penduduk Palestine yang masih hidup dikumpulkan beramai-ramai sebelum ditembak tanpa perikemanusiaan. Terdapat juga mayat yang diikat dengan wayar dan diseksa sebelum dibunuh. Sesetengah kanak-kanak dibom hidup-hidup, dan wanita yang dibogelkan sebelum dicincang sehigga sukar dikenalpasti. Apayang beliau saksikan sedikit sebanyak telah mencabut keegoon yang selama ini menganggap kebaikan orang-orang kristian.Selepas targedi itu beliau mula memahami penderitaan orang-orang Palestine sehingga menjadi tempat mengadu bagi penduduk Palestine. Sebagai seorang sukarelawan yang menyaksikan sendiri kezaliman Israel, beliau pernah menjadi saksi untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya Kahan, yang ditubuhkan Israel bagi menyiasat tragedi di Sabra dan Shatila. Pun begitu ,seperti kebiasaannnya, suruhanjaya ini hanyalah sebagai platform bagi Israel supaya supaya di lihat baik oleh orang-orang asing di atas kezaliman mereka. Sebagai pengakhiran, ingin saya memetik beberapa ayat dari buku tersebut yang tatkala membacanya, menyentuh perasaan dan merasa sebak di atas penderitaan rakyat Palestine yang telah berlalu lebih setengah abad:


Mereka mempunyai impian……..

Sebuah dunia tempat kita tidak perlu bimbang akan dihempap hidup-hidup oleh timbunan cebisan bangunan yang tumbang; iaitu tempat di mana saya tidak perlu lagi merawat jasad yang parah hanya untuk mendapati kemudiaannya bahawa ia telah dihancurkan semula, atau memangku mayat seorang anak yang remuk sambilhati ini tertanya-tanya, “Mengapa?”, atau terdengar orang bertanya, “ Berapa lama lagi?”.

Sebuah dunia tanpa penjara, penderitaan, kesakitan, kelaparan dan tanpa kad pemgenalan untuk orang pelarian. Sebuah dunia yang membenarkan saya meletakkan kepala di atas bantal di rumah sendiri sambil mendengar lagu dendangan ibu, sebelum tertidur tanda hari tersebut sudah berakhir. Dunia ini adalah impian kita, Jerusalem kita.

Sekian, wassalam.

Ditulis oleh Faisal Khamis @ A Peacemaker

Tuesday, July 8, 2008

A New Semester

A new semester is begin

I always excited to meet a new semester regardless of what have happen to my life in the past. For the last two years I really upset and sad for what happen to my life, my family problems and my academic results that always bring regret and tears in my heart.

To see a new lecturer, to learn a new thing, to explore new ideas really make me happy and create my curiosity.

Today, I was attending my first Transport Phenomena class. Ehhhm… , the lecturer quite good and the way he delivered the lecture also easy to understand.

I look around the class, as usual, the class full of sisters. Before I declared my majoring, I have been noticed by my friends that most of the biotech students are sister, but I never expected they number are too much. When I came to the first majoring subject, ahhh…I say..i will face the problem….

It doesn’t mean that I don’t like them, the thing is it difficult for me to communicate and interact with them .Since the brothers are minority, regardless u want or not, u need to talk and ask them something that related to the study. Otherwise, u will leave behind. Sometimes, the class being cancel, since u don’t have never talk or befriend with them and u friends also didn’t about cancellation, so u come to the class until u know nobody there and it’s mean the class have been canceled. It wastes ur time and energy to walk to the class.

This make ur life difficult…….

Since, we are minority, sometimes there are a kind of discrimination……

Last long semester, the thermodynamic class only consist only 8 brothers out of almost 70 students.

Ohhhh..i said…..

And the class is also small. It was like a sardine fish in the tin. During the tutorial class, we always sat at the back since we always came late to the class.

The sister that always comes early (because they are very good sisters) filled up all the front sit. This situation left the back site for us and it always bring tension to me to sit a the back .First, coz the tutor language a quite difficult to understand and he always made a joke and the second, some students talk to each other and this created noisy.

Ahhh….ALLAH..help me..i said

In this situation, how a learning process can go smoothly? I think I had wasted my time by not too much understands n learn during the 2 hours tutorial class…

I think, the sister should only filled one side first n let the other side empty to allow us to sit in front. From Islamic point of view also, man should sit in front in whatever ceremony, gathering and etc. Look during the jamaah prayer, man is a iman dan also the male jamaah will fill up the front line….

Anyway, that class already passed, n it’s not useful to talk a thing about it anymore since I cannot grab it back. I should blame myself also coz i always came late to the tutorial class….

And, hopefully this thing will no happen anymore in the future………

I really hope this semester will bring happiness in my life. I believe that the happiness will come in my life at last if I continue my effort.

Like the film The Pursuit of Happyness, acted by Will Smith, the story of father who trying to make his and her son life better by searching a new job. And, at last, he did it, and happiness come into his life.

But , it’s no easy, u need to work n face the people that always trying to bring u down. But, if u steadfast and patience, insya-Allah , your dream will be reality..

Anyway , I really hope the better days in my life like the song sing by the Nasyed Group D-Clique, Better Days

And I, I pray for better days

Tomorrow will find its way

Through the stormy weather

And now, I walk a lonely road

No one standing by my side

No one to hold