Wednesday, October 21, 2015

Good Will Hunting

Assalamualaikum,

Good Will Hunting adalah sebuah filem yang diterbitkan pada tahun 1997 and dibintangi oleh Matt Damon dan Ben Affleck. Matt dan Ben memenangi Academy Awards untuk Best Writing (Original Screenplay) and Robin William memenangi Best Supporting Actor. Walaupun dah lama ada filem ni, saya hanya menonton beberapa bulan lepas. Tu pun selepas terjumpa dalam laptop adik saya yang baru pulang ke kampung untuk cuti semester.

Secara ringkasnya, filem ini menceritakan tentang seorang anak muda yang genius yang bernama Will (lakonan Matt). Dia berkerja sebagai janitor di MIT. Kebijaksaannya mula dikesan oleh Prof Gerald Lambeau (lakonan Stellan SkarsgÄrd) setelah Will secara sembunyi-sembunyi menyelesaikan soalan-soalan matematik yang disediakan Prof Gerald di chalkboard di luar kelas. Walaubagaimanapun, Prof Gerald mendapati Will seorang anak mudah yang sukar untuk dikawal dan dirunding dan memerlukan perubahan sikit untuk membantunya berjaya dengan kebijaksaan yang dia ada. Justeru, Prof Gerald meminta bantuan rakannya, Dr. Sean (lakonan Robin William) yang merupakan seorang therapists untuk membantu merubah sikap Will. Banyak perkara yang berlaku selepas Will diperkenalkan dengan Dr. Sean. Anda perlu menonton sendiri untuk mengetahuinya.

Selepas saya tengok sekali, saya ulang berkali-kali beberapa babak yang pada saya sangat menarik. Banyak babak-babak yang menyentuh perasaan terutamanya ketika Matt (Will) bercakap dengan Robin (Dr. Sean) di Tasik. Kata-kata Dr. Sean kepada Will adalah permulaan kepada perubahan Will and sedikit sebanyak merobek keegoaannya.

Ada banyak sebab yang menyebabkan saya tersentuh dengan filem ini. Antaranya, watak Will sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan saya. Bukanlah dari kebijaksanaan tetapi dari segi psikologi dan jati diri malah turut dari segi latar belakang. Will semasa kecilnya diabaikan oleh keluarga dan telah dijaga beberapa keluarga angkat semasa kanak-kanak dan remaja. Dia juga pernah didera oleh ayah tirinya semasa kecil. Ini menjadikan dirinya seorang yang suka menyendiri, suka memberontak dan selalu mempunyai anggapan negatif terhadap orang lain. Malah, hubungan cintanya dengan Skylar (lakonan Minnie Driver) pun berantakan kerana sikapnya yang takut diketepikan oleh Skylar sekiranya Skylar mengetahui dirinya yang sebenar.

Saya rasa bukan saya sahaja yang tersentuh malah komen-komen diinternet terhadap filem ini juga menunjukkan ramai yang terkesan dengan filem ini. Ini tidak menghairankan kerana skrip filem ini ditulis oleh Matt dan Ben berdasarkan pengalaman hidup mereka sendiri.

Kepada anda yang belum menonton lagi, boleh berbuat demikian jika berkelapangan.

Antara beberapa kata-kata dalam filem ini yang saya suka. Antaranya:

1. You’ll have bad times, but it’ll always wake you up to the good stuff you weren’t paying attention to.

2. You’ll never have that kind of relationship in a world where you’re afraid to take the first step because all you see is every negative thing 10 miles down the road.

3. You’re not perfect, sport, and let me save you the suspense: this girl you’ve met, she’s not perfect either. But the question is whether or not you’re perfect for each other.

4......You think I know the first thing about how hard your life has been, how you feel, who you are, because I read Oliver Twist? Does that encapsulate you? Personally… I don’t give a s*** about all that, because you know what, I can’t learn anything from you, I can’t read in some f*****’ book. Unless you want to talk about you, who you are. Then I’m fascinated. I’m in. But you don’t want to do that do you sport? You’re terrified of what you might say. Your move, chief.

Selamat menonton. Coollah!!!

The Malay Reserve
21 October 2015
11:48 pm