Saturday, January 24, 2009

An Open Letter to Barrack Obama

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

To:

Barrack Hussein Obama Jr.,
The President of United States of America,
The White House,
1600 Pennsylvania Avenue NW,
Washington, DC 20500,

Dear Mr. President,

First of all, I want to congratulate you for being the first ever African American President .I did not watch full of your inauguration, because that time it was midnight in Malaysia and I felt very sleepy. But, I know many people all around the world were watched the ceremony because your presidency has become an icon for most of the people. Other than American people who watched your ceremony in the Capitol Building, there were thousand of Millions who watched through the television and internet. They want to be a part of the historical moment in the history of United States. Despite your country facing worst economic downturn since the great depression, your inauguration has come with a hefty price tag estimated at more than $ 170 million. This cost was many times higher than the inauguration of others President such as George W. Bush and Bill Clinton. These show your inauguration is the greatest in the history of United States of America.

Since the night you have been announced as the new US President last year by defeated John McCain, all the people over the world cheer and happy with the new Uncle Sam country’s leadership. From China to Mexico, from Antarctica to Arctic, and from Malaysia to Nigeria, they hope the change that you always speak out during the campaign will bring a new situation to the world, the world with peace and harmony contrary with the President bush’s administration that always try to spread bloodshed and make unilateral decisions.

Your historical backgrounds always make Muslims wonder. They always question whether your are Muslim or not. Even though, you had declared that you were never practicing Islam before, most of the Muslim, based on the fact that you were live in Indonesia during your childhood and descendant of Muslim family, they believe that at least you know more about Islam compared with the other US Presidents. Thus, you should be more concern about the Muslim world.

Recently, there was an attack on Gaza by Israel Regime. This is not the first time ever the Palestinian were oppressed, killed and injured by Israel armies. It has been normal for Israel to killed people and also normal for the world’s society to watch the same thing goes again and again on television, internet and newspapers. As a former lawyer and lecturer of laws, I do believe that you have deep understanding on the Palestinian-Israel conflict that has been going for more than fifty years. Unfortunately, after more than 1300 Palestinians has been killed and thousands more were injured, you did not released any statement regarding this matter. Your attitude to just silence on this issue slightly show your support to Israel ‘Holocoust’ on Palestinians. Only after you officially become the US President, you did show a little pity to the Palestinian’s suffered.

In the book about you that I read, you mention that you got inspiration from your mother. Even though your mother was Christian, she did not fully follow the teaching. She teach you about patience, discipline and to defend what is right without told you it’s relation to religion. For your mother, religion only the expression of the human cultures and can be used to control human behaviors. So,the only way to know what is right and what is wrong is solely by using rational minds. If that the principle that believe in, why when it come to the Palestine issue and Israel interest, you seem to be like an ignorant leader, just keep quit and let hundreds of innocent Palestinians to died. Most of them are childrens, women and eldest, even babies who perhaps just being life for few days before Israel bomb strike their house and died. Where are the humanity values that your mother teaches you? Where the entire spiritual words about liberty, opportunity, freedom and democracy that you always mention the campaign? Where the change that you always promote in your slogan “Change, We Need, Change, We can Believe”.?

It seems to me that your life's principles are only working if the matters are not related to Israel.

If that true that you really want to bring change to the world, it should be done in all aspects. The hope of the people on you as A Black Kennedy should be reality. I hope that you will make change especially regarding the US policies in the Middle East. If I do not see any changes in year of your presidency especially in solving the Palestinians-Israel conflict, I will throw away all my full support that I give to you since the day I know you as the Democrat’s candidate until now as the 44 President of United States and I urge Muslims and all people who love peace, security, liberty, democracy and freedom to so. I end my letter with the quote from your Inaugural Address;

The time has come to reaffirm our enduring spirit; to choose our better history; to carry forward that precious gift, that noble idea passed on from generation to generation: the God-given promise that all are equal, all are free, and all deserve a chance to pursue their full measure of happiness

Thank you.

From:
A Muslim Youth; who loves peace,
Engineering Student,
International Islamic University Malaysia.



::Written by Faisal
::11:32 p.m
::Saturday,January 24, 2009

Sunday, January 18, 2009

BN Kalah Lagi...

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Nampaknya Barisan Nasional kalah lagi pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang berlangsung semalam kepada pembangkang,PAS.Setelah kalah di Permatang Pauh beberapa bulan lalu, kekalahan kali ini barangkali adalah kesinambungan Tsunami Politik yang melanda negara sejak PRU 12 tahun lepas.Sebenarnya sejak PRU 12, saya sudah tidak sangat ambil tahu tentang politik malaysia,rasa malas dan menyampah dengan perangai sesetengah ahli-ahli politik Malaysia yang suka menuduh antara satu sama lain.Dan entri kali ini adalah yang pertama berkaitan dengan politik tanah air.

Petikan Akhbar:

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menerima kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan hati terbuka kerana menghormati pilihan rakyat selaras dengan sistem demokrasi di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang percaya kepada prinsip demokrasi, BN akur dengan keputusan itu kerana "suara rakyat adalah suara keramat". "Ini bukan bererti kita akan hentikan iltizam dan semangat BN untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Kita akan terus berkhidmat berlipat kali ganda untuk rakyat," katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar Terengganu di Seri Iman di sini, malam tadi

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Setiausaha Agung Umno dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi.

Wan Ahmad Farid pula meraih 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Najib berkata, BN akan melaksanakan setiap perkara yang perlu dilakukan bagi menyusun semula imej parti dan apa jua dasar supaya dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada parti itu.

"Saya masih amat yakin bahawa kesudahannya rakyat yakin BN tetap parti terbaik untuk memimpin negara kita," katanya.

Mengenai majoriti lebih besar yang diperoleh calon PAS itu, Najib berkata, BN tidak boleh membuat kesimpulan terhadap perkara itu walaupun ia memberikan tamparan terhadap Umno dan BN.

"Ini pilihan raya kecil...banyak faktor yang boleh tentukan keputusan dan faktor tempatan tidak boleh dibaca sebagai pertimbangan politik peringkat nasional," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, BN memandang serius keputusan itu dan akan mengkaji secara mendalam hala tuju Umno dan BN.

Beliau bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk menentukan punca kekalahan namun sepertimana biasa BN akan melakukan kajian terperinci.

Ditanya sama ada keputusan itu bermakna rakyat menolak BN, beliau berkata: "Ini hanya pilihan raya kecil. Semestinya ia satu tamparan kepada kita (BN) tetapi kita akan terus berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan tawar hati dengan keputusan ini.

"Kita akan meneruskan komitmen untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik lagi dan membangunkan dan memajukan lagi negara sehingga mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi, insya-Allah," katanya.

Beliau berkata kekalahan itu tidak akan dibincangkan secara khusus pada Konvensyen BN akan datang kerana konvensyen itu bertujuan menentukan masa depan BN secara keseluruhan.

Najib juga menolak andaian bahawa rakyat kini tidak lagi mahukan BN selepas kekalahan kedua parti itu pada pilihan raya kecil selepas di Permatang Pauh pada Ogos tahun lepas.

"Kita pernah kalah dulu (Permatang Pauh) tetapi kita akan sifatkan ini sebagai satu pengajaran yang harus kita timba hikmah dari kekalahan ini (di Kuala Terengganu) untuk kita mengorak langkah ke hadapan dengan lebih positif lagi," katanya.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga merasakan kekalahan itu tidak akan memberi kesan kepada prestasi BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Ia satu tamparan, tetapi hakikatnya ialah BN masih berkuasa di Terengganu," katanya.

Ditanya mengenai masa depan Wan Ahmad Farid, Najib berkata BN akan menentukan masa depan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu itu selepas ini. BERNAMA


::Written by Faisal
::10:25 p.m
::Sunday,January 18, 2009

Thursday, January 15, 2009

Gaza Masih Berdarah

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Gaza masih berdarah. Setakat ini, lebih 1000 Palestin telah terbunuh manakala beribu-ribu yg lain tercedera.Kekejaman Israel laknatullah dibumi suci Palestine masih berterusan manakala dunia masih lagi seperti biasa, gagal menghenti “Holocust di zaman moden ini”, walaupun beberapa usaha telah dijalankan termasuk desakan PBB kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas penduduk Palestine.

Dinegara kita pula, kempen boikot hangat dilaksanakan. Bagus-bagus, moga-moga dengan boikot ni, dapat la ajar Israel dan Amerika sikit yg mereka tak boleh sewenang-wenangnya menindas orang lain.

Pagi tadi saya agak terkejut apabila membaca berita tentang sebuah kawasan perkeburan Islam yg dibom oleh jet-jet pejuang Israel.Ya Allah, betapa teruknya tentera-tentera Israel ni sehinggakan kubur dimana letaknya orang yg dah meninggal pun nak diletupkan. Alasan yg diberikan agak tidak logik, untuk menghapuskan tempat persembunyian senjata yg dikatakan terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan.Kalu ye pun nak bom tempat tu, macam mana boleh tersalah arah, walhal jet-jet pejuang yg digunakan adalah yg termoden dan amat mustahil jika tembakan tidak tepat dan tersasar.Apa yg nak dikatakan di sini, tentera-tentera Israel memang sengaja nak bom tempat perkuburan tu.

Tapi apa yg lebih buatkan saya marah,panas dan hiba adalah apabila pengeboman itu menyebabkan sejumlah anggota badan manusia yg merupakan mayat-mayat berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.Bukan itu sahaja tapi daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung sehinggakan penduduk terpaksa mengutip cebisan-cebisan mayat dan diletakkan di dalam plastik sebelum dikebumikan sekali gus.Kawasan itu juga turut berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.Ahh, betapa jahat dan tak berperikemanusaiannya orang-orang yahudi ni.


Sebenarnya, apa yg berlaku ke atas rakyat Palestine ni, penindasan dan pembunuhan tiada bezanya dengan apa yg berlaku lebih 30 tahun dahulu ketika tragedy di kem Sabra dan Shatila.Memang Israel mahu menghapuskan terus orang-orang Palestine dari planet bumi. Cuma yg bezanya adalah perancang kepada pembunuhan tersebut.

Arkitek kepada pembunuhan di kem Sabra dan Shatila ialah bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yg ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahan Israel. Dialah yg bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas orang-orang Palestine di kedua-dua kem tersebut. Dan sekarang dia telah pun terlantar koma di hospital, barangkali balasan di dunia ke atas apa yg telah dilakukannya. May Allah Punish you,Sharon....

Dan kini Holocust ke atas rakyat Palestine di Gaza dicanang oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert…

Sebagai penutup, saya selitkan sebahagian entri saya yg bertajuk Pencinta Keamanan,yg dipostkan beberapa bulan yg lalu. Entri ini berkaitan dengan pembunuhan orang-orng Palestin di kem Sabra dan Shatila yg ditulis berdasarkan sebuah buku yg pernah saya baca,karangan Dr Ang Swee Chai. Buku yang bertajuk “Dari Beirut Ke Jurussalem” merupakan cerita sebenar penulis yang pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawan ketika pembunuhan dan penyembelihan rakyat Palestine di kem Sabra dan Shatila.

Sama-sama kiat hayati. Tragedi di kedua-dua kem ini hampir sama dengan apa yg berlaku di Gaza, Palestine sekarang;

Satu perkara yang menarik tentang penulis, sebelum menjadi sukarelawan , beliau merupakan penganut kristian yang agak fundamentalis. Dia selalu bermegah dan percaya kebaikan Negara-negara barat dan kebenaran Negara Israel. Malah, seperti kebanyakan orang kristian, dia menganggap rakyat Palestine sebagai pengganas hanya kerana mereka mahu mempertahankan tanah air.Sewaktu kemenangan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 di mana tertawannnya semenanjung gaza dan tebing Barat, beliau turut meraikan kejayaan itu. Namun, pandangan beliau berubah apabila menjadi sukarelawan di kem Sabra dan Shatila. Sewaktu hari terakhir tragedi iaitu 18 september 1982,beliau keluar dari hospital setelah bertungkus lumus 72 jam menyelamatkan nyawa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi.Beliau melihat seorang lelaki tua yang matanya dicungkil dan bagaimana seorang ibu yang cuba memberikan bayinya kepadanya untuk diselamatkan.Sesetengah mayat dihimpunkan di tepi-tepi jalan sehingga reput. Manakala mayat-mayat yang terbunuh dan terperangkap di dalam bangunan dibiarkan ditimbus apabila jentolak digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut. Penduduk Palestine yang masih hidup dikumpulkan beramai-ramai sebelum ditembak tanpa perikemanusiaan. Terdapat juga mayat yang diikat dengan wayar dan diseksa sebelum dibunuh. Sesetengah kanak-kanak dibom hidup-hidup, dan wanita yang dibogelkan sebelum dicincang sehigga sukar dikenalpasti. Apayang beliau saksikan sedikit sebanyak telah mencabut keegoon yang selama ini menganggap kebaikan orang-orang kristian.Selepas targedi itu beliau mula memahami penderitaan orang-orang Palestine sehingga menjadi tempat mengadu bagi penduduk Palestine. Sebagai seorang sukarelawan yang menyaksikan sendiri kezaliman Israel, beliau pernah menjadi saksi untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya Kahan, yang ditubuhkan Israel bagi menyiasat tragedi di Sabra dan Shatila. Pun begitu ,seperti kebiasaannnya, suruhanjaya ini hanyalah sebagai platform bagi Israel supaya supaya di lihat baik oleh orang-orang asing di atas kezaliman mereka. Sebagai pengakhiran, ingin saya memetik beberapa ayat dari buku tersebut yang tatkala membacanya, menyentuh perasaan dan merasa sebak di atas penderitaan rakyat Palestine yang telah berlalu lebih setengah abad:

Mereka mempunyai impian……..
Sebuah dunia tempat kita tidak perlu bimbang akan dihempap hidup-hidup oleh timbunan cebisan bangunan yang tumbang; iaitu tempat di mana saya tidak perlu lagi merawat jasad yang parah hanya untuk mendapati kemudiaannya bahawa ia telah dihancurkan semula, atau memangku mayat seorang anak yang remuk sambilhati ini tertanya-tanya, “Mengapa?”, atau terdengar orang bertanya, “ Berapa lama lagi?”.
Sebuah dunia tanpa penjara, penderitaan, kesakitan, kelaparan dan tanpa kad pemgenalan untuk orang pelarian. Sebuah dunia yang membenarkan saya meletakkan kepala di atas bantal di rumah sendiri sambil mendengar lagu dendangan ibu, sebelum tertidur tanda hari tersebut sudah berakhir. Dunia ini adalah impian kita, Jerusalem kita.
Sekian, wassalam.

::Written by Faisal
::8:10 p.m
::Thursday,January 15, 2009

Tuesday, January 6, 2009

Darwinism, Materialism dan Communism (Siri 2)

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Siri 1
http://faisalkhamis.blogspot.com/2008/12/darwinism-materialism-dan-communism.html

Latar Belakang
Sebenarnya,idea tentang kewujudan sendiri kehidupan tanpa penciptaan telah wujud sejak zaman purba lagi. Sebagai contohnya, di zaman Mesopotamia, berdasarkan Epik Enuma-Elish, tuhan yg bernama Lahmu and Lahuma dikatakan muncul secara tiba-tiba daripada banjir yg selalu berlaku ketika itu. Menurut cerita ini lagi, Tuhan ini tercipta dengan sendirinya dan kemudian mencipta benda-benda hidup yg lain. Dengan kata lain, kehidupan muncul secara tiba-tiba dari benda bukan hidup sebelum berkembang(evolve) menjadi benda-benda hidup yg lain.

Namun pada zaman moden,Teori evolusi telah dicadangkan oleh seorang ahli biologi british, Charles Darwin dlm bukunya The Origin of the Species, By Means of Natural Selection yang diterbitkan pada tahun 1859. Namun , harus diingati yg lelaki british ini tidak pernah menerima pendidikan biologi secara formal.Dia Cuma menunjukkan minat dlm bidang biologi dan belajar tentang alam semulajadi dan benda-benda hidup melalui pengembaraan dan pemerhatian terhadap alam semulajadi.Dalam bukunya ini, Darwin mendakwa semua benda hidup berasal dari satu ancestor and from this single ancestor , they grow different from one another by small changes which came by coincidences.



Terdapat dua sebab mengapa Charles Darwim mengusulkan teori ini
1)Oleh sebab minat yg mendalam terhadap alam semulajadi, Darwin secara sukarela telah mengikut pengembaraan ke seluruh dunia selama lima tahun dgn menggunakan kapal H.M.S Beagle pada tahun 1832 di England. Di antara tempat persinggahan adalah Galapagos Island(Ecuador). Darwin agak teruja dgn kepelbagaian sejenis spesis burung( called finches) yg menunjukkan perbezaan antara satu sama lain hanya pada structure paruhnya . melihat kepada situasi ini, Darwin membuat kesimpulan yg perbezaan ini disebabkan oleh adaptasi kpd habitat semulajadi.Dengan berdasarkan idea ini, beliau memperkenalkan konsept “ adaptation to the environment” di mana mengikutnya, semua hidupan berasal dari satu species, tetapi disebabkan adaptasi kepada habitat yg berlainan ,maka sesuatu species dengan sendirinya berubah untuk menyesuaikan diri dan terbentuklah species yg baru, yg sama sekali berbeza dengan species asal atau induk. Mengikut pendapat Darwin juga, manusia adalah juga berasal dari process ini dan adalah the most developed outcome of this mechanism(disinilah datangnya konsep white men’s burden).

2) Di dalam buku beliau The Origin of the Species, By Means of Natural Selection, terdapat satu topic yang bertajuk “The Origin of the Species By Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life”. Secara ringkasnya, topik ini mencadangkan yg manusia perlu bersaing antara satu sama lain untuk terus hidup, sama seperti haiwan yg selalu bersaing untuk mendapatkan makanan , pasangan dan sebagainya. Dgn itu , bangsa yg kuat akan terus kekal hidup manakala yg lemah akan lenyap atau menjadi hamba kepada yg kuat. Sebenarnya, Darwin mendapat idea ini dari buku yang ditulis oleh seornag ahli ekonomi, Thomas Malthus yang bertajuk “ An Essay on the Principle of Population”. Mengikut Malthus, berdasarkan pengiraan, populasi manusia akan berganda dalam setiap 25 tahun. Walaubagaimanapun,peningkatan jumlah pengeluaran makanan tidak pada kadar yang sama.Jika perkiraan ini benar, kebuluran akan berlaku. Salah satu cara untuk mengelak ini dari berlaku ialah mengawal populasi manusia melalui peperangan,penyakit dan sebagainya. Dengan kata lain, untuk membolehkan sebahagian manusia terus hidup, sebahagian lagi mesti mati. Dengan itu ,muncullah idea “The Fight of Survival” dimana yg kuat dan berkuasa akan terus hidup dan yg lemah akan sentiasa ditindas.

Neo-Darwinism
Usaha Darwin untuk mengembangkan ideanya telah mendapat sokongan dari banyak ahli biologi . Contohnya, ahli biologi dari Perancis, Lamarck. Dalam mengukuhkan ideology ini, beliau menerangkan yg benda hidup mewariskan sifat-sifat yg ada dari satu generasi ke satu generasi dan kemudian secara perlahan-lahan berubah kepada species yang lain akibat daripada adaptasi kepada persekitaran. Sebagai contohnya, girafah didakwa berasal dari sejenis rusa( called antelope), hasil daripada usahanya untuk mencapai daun-daun pada pokok yang tinggi, lalu menyebabkan ia memanjangkan tengkok, dan dari generasi ke generasi species rusa ini berubah kepada girafah.

Walaubagaimanapun,Pada tahun 1865, seorang ahli botani Austrian, Gregor Mendel dlm eksperimen kacang pea yg dijalankan telah berjaya membuktikan yg benda hidup hanya akan mewarisi sifat-sifat yg diperolehi dari induknya dan tidak akan berubah sifat walaupun berada dlm habitat yg berlainan,bertentangan dari apa yang didakwa Lamarck. Dengan itu , munculllah bidang sains genetic dan kemuncaknya penemuaan struktur DNA pada tahun 1950.

~Dominant and recessive phenotypes. (1) Parental generation. (2) F1 generation. (3) F2 generation~

Dengan penemuan the law of inheritance oleh Mendel dan the structure of DNA Watson dan Crick, saintis-saintis evolusi terpaksa mencari kaedah lain untuk menerangkan dan mempertahan teori ini. Selepas satu mesyuarat yg diadakan pada 1941, mereka telah mengemukan satu penjelasan untuk menghidupkan kembali theori ini. Dgn menambahkan konsep random mutation(mutasi secara rawak) ke dalam Darwin’s Natural Selection, lahirlah The Modern Synthetic Evolution theory yg kemudiannya ditukar kepada Neo-Darwinism.

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yg bijak untuk mendakwa yg random mutation menjadi sebab kpd perubahan species kpd species yg lain.Sejak sekian lama, mutasi diketahui hanya membawa bahaya dan penyakit kpd manusia seperti sindrown down, albinism dan kanser.

Ada tiga sebab utama mengapa mutation tidak boleh diterima sbgai kaedah dlm proses evolusi.
1)The direct effect of mutations is harmful: mutation adalah satu process yg berlaku secara rawak. Oleh sebab itu, kehadiran mutation process tidak langsung meningkatkan organisma structure tetapi hanya menyebabkan kerosakan kpd organism. Mutation bolehlah dianalogikan seperti gempa bumi, yang sentiasa memusnahkan bangunan-bangunan.
2)Mutations add no new information to an organism’s DNA: DNA terbina daripada empat component iaitu Guanine (G), Cytosine(C), Adenine (A) dan Tyrosine (T). Mutation yang terjadi disebabkan oleh gangguan terhadap empat komponen tersebut samada ianya diubah dari kedudukannya, dimusnahkan atau dibawa ke tempat lain. Oleh itu mutation tidak akan menyebabkan organism memperoleh organ sifat-sifat yg baru ,untuk membolehkannya menjadi species yg berbeza dari induknya.
3)In order for a mutation to be transferred to the subsequent generation, it has to have taken place in the reproduction cells of the organism: perubahan yg rawak yg terjadi dlm cell atau organ badan tidak boleh dipindahkan kepada generasi berikutnya. Seperti contohnya,kerosakan pada mata seseorang yang disebabkan oleh radiasi tidak akan dipindahkan kepada generasi berikutnya.

Jadi, berdasarkan fakta-fakta diatas, amat mustahil untuk benda hidup berkembang menjadi species yang berbeza dari induk memandangkan tiada langsung mekanisma dalam alam semulajadi yang membolehkan ini terjadi.

Pada masa yg sama,teori Neo-Darwinism juga disangkal dgn penemuan fosil-fosil yg digali oleh ahli-ahli arkeologi. Spt yg telah dinyatakan sebelum ini, teori evolusi mendakwa yg perubahan species ke species yg lain berlaku secara berperingkat-peringkat dari generasi ke generasi. Jika ini benar , maka akan wujudlah species yg menunjukkan transitional form,iaitu species yg mempunyai sifat-sifat fizikal dari kedua-dua species, iaitu species induk dan juga species baru. Sbg contohnya, species yg dinamakan half fish/half reptilian yg dikatakan pernah wujud hasil drpd evolusi ikan kepada reptilian. Selain itu, akan wujud juga reptilian-bird, di mana reptilian memperoleh sifat-sifat fizikal burung disamping sifat-sifat reptilia yg telah sedia ada.

Jika benarlah species-species ini pernah wujud, sudah pasti akan terdapat berjuta-juta species yg seumpama dgnnya. Lebih penting lagi, kewujudan species ini pasti dapat dibuktikan melalui penemuan fossil-fosil. Malah, bilangan species yg menunjukan transitional form ini sepatutnya melebihi species haiwan yg ada sekarang dan boleh ditemui diseluruh dunia melalui penerokaan ahli-ahli arkeologi. Malah , Darwin dlm bukunya, The Origin of the Species ada menyatakan:
If my theory be true, numberless intermediate varieties, linking most closely all of the species of the same group together must be assuredly existed…Consequently evidence of their former existence could be found only amongst fossil remains.

Berdasarkan ramalan Darwin inilah, ahli-ahli evolusi sejak abad ke 19 lagi telah berusaha menggali ke dlm bumi dengan harapan untuk menemui fossil yg menunujukkan intermediate form atau transitional form ini. Pun begitu, sehingga sekarang ,setelah beribu-ribu penggalian dijalankan hampir di seluruh dunia, tiada langsung fossil yg dijumpai yg membuktikan dakwaan mereka adalah benar(kalau ada pun,hanyala penipuan yg akhirnya terbongkar). Kebanyakan fossil yg dijumpai dlm bumi, menunjukkan ianya bertentangan dengan apa yg didakwa, sebaliknya ia menunjukkan yg kehidupan muncul dlm keadaan yg sempurna seperti yg ada sekarang sejak dari dahulu lagi.

Sbg contohnya,strata(dari perkataan startum:specialized a layer of rock,earth or similar material)fossil yg paling tua pernah dijumpai ialah berusia 500-550 juta tahun. Antara Fossil yg dijumpai dalam strata ini ialah fossil siput,obor-obor, dan haiwan invetabrata yg lain. Fossil-fossil ini mempunyai structure asas yg kompleks spt mata, system peredaran darah, bentuk fizikal yg sama seperti haiwan yg ada sekarang. Ini menunjukkan haiwan yg wujud sekarang tiada bezanya dengan yg ada 500 juta tahun dahulu, justeru membuktikan yg evolusi tidak pernah terlibat dalam proses kehidupan dan kehidupan muncul dgn struktur yg sempurna hasil dari penciptaan yg Maha Esa.

p/s:Untuk beberapa siri yang pertama ini ,ia lebih kepada sejarah dan perkembangan teori ini. Selepas itu, barulah saya akan masuk kepada topik bagaimana ideologi ini mempengaruhi dunia dan kesannya kepada masyarakat dunia.
p/s:Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh diletakkan dibahagian komen.Insya-Allah, saya akan menjawab soalan anda sebaik yang mungkin.

::Written by Faisal
::9:30 a.m
::Tuesday,January 06, 2009

Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru yang Pilu di Bumi Palestin

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Malam yg hening.pada waktu-waktu malam begini, Ali Abu-Fatahi bersama keluarganya akan makam malam bersama-sama dalam keadaan yg aman.Namun pada hari itu,tatkala mereka menjamah makanan, dengan tidak semena-mena,suatu bunyi yg kuat menghentam rumah mereka.Akibat dari hemtaman kuat roket Israel itu, dia terpelanting keluar jauh dari rumah.

Itulah antara saat-saat terakhir yg masih diingati Abu-Fatahi.selepas itu dia terus pengsan.

Apabila dia tersedar, dia mendapati dirinya sudah berada dihospital bersama-sama dengan 15 lagi ahli keluarganya yg juga berada didalam rumah sewaktu kejadiaan.
Dari jauh, dia dapat mendengar suara abangnya, Mahmoud yg masih lagi trauma. Mahmoud masih lagi terkejut apabila melihat mayat jirannya yg berkecai terkena roket Israel.

Catatan di atas hanya sebahagian daripada cerita-cerita penderitaan dan kesengsaraan yg ditanggung oleh rakyat palestian dalam serangan tentera Israel baru-baru ini. Entah apa sebabnya, mereka diperlakukan demikian, dihina,ditindas, dibunuh sesuka hati tanpa perkemanusiaan.

Tahun 2009 yg datang semalam disambut dengan meriah. Tempat-tempat utama seperti KLCC , Bukit Bintang menjadi tarikan terutamanya kepada anak-anak muda. Di Kuala Lumpur, majlis sambutan Ambang 2009 anjuran diadakan di Dataran Merdeka dengan pelbagai persembahan menarik oleh artis-artis popular seperti Mawi, Estranged, Suki dan M. Nasir.Bi Bukit bintang pula, gelagat anak-anak muda yg tekinja-kinja menari dan melompat-lompat menyerikan lagi sambutan tahun baru.

Disaat mereka bersuka ria dan menghiasi azam baru mereka untuk tahun 2009 semalam ,sedarkah yg saudara kita di Palestin terus dipijak dan dibunuh sesuka hati.Sekali lagi kita digemparkan dengan kekejaman rejim zionis .Beratus-ratus umat islam yang mati terbunuh dan ribuan yang lain cedera hasil dari serangan besar-besaran zionis terhadap puak hamas. Angka terbaru mencatatkan kecederaan sebanyak 1700 orang dan terbunuh sebanyak lebih 350.Alasan yg diguna pakai tetap sama iaitu untuk memerangi hamas yg dikatakan berlindung di kawasan berpendudak padat itu walhal kalu kita lihat niatnya memang jelas mahu membunuh dan memalukan( kerna ia dilakukan pada tahu baru hijrah) orng islam. Mengikut satu sumber, tentera zionis telah merancang semua ini sejak 6 bulan yg lalu.





Menyentuh soal Palestine,saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan hiba saya. Sejak dari kecil lagi, isu Palestien terus mendapat tempat dalam hati saya.sewaktu disekolah , saya selalu menonton tv dan berita-berita berkaitan Palestine. Oleh sebab waktu itu saya masih kecil(dan tidak matang), saya selalu tertanya-tanya, mengapakah perlunya anak-anak kecil yg sepatutnya ke sekolah, menimba ilmu melontar batu ke arah kereta kebal Israel? Mengapakah Kanak-kanak kecil yg sepatutnya ke sekolah, menghabiskan masa riang bersama teman-teman, bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri dari tentera zionis.?

Dari semasa ke semasa , menganjak ke usia remaja, saya semakin memahami keadaan sebenar. Malah, boleh saya katakan yg isu Palestine lah membuka minda (seluas-seluasnya..he..he..), menjadikan saya muslim yg sedikit lebih baik dan menyebabkan saya melihat dunia dari perpective yg berlainan.Melalui pembacaan melalui akhbar dan buku( waktu tu internet tak dak lagi, kat kampong, saya pun masih tak tau nk tekan-tekan computer ni) ,saya mula memahami bagaimana umat islam di tindas dan yg lebih malang umat islam yg lain gagal membantu lantaran lemah, tidak bersatu dan selalu bertelagah.

Sewaktu Presiden Yasser Arafat meninggal pada tahu 2002( kalu tak silap), saya betul-betul merasa satu kehilangan, Sebak, hiba, sedih, marah( sebab ada laporan yg mengatakan dia di racun) dan segala-galanya menerjah ke jiwa. Sejak dari kecil lagi, saya mengikuti perkembangan tokoh, usaha-usaha yg dilakukannya dalam membawa keluar Palestine dari konflik yg sudah berlarutan lebih 50 tahun.

Tapi malangnya, sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir, impiannya melihat sebuah Palestine yg aman dan bebas masih tidak tercapai.

Sehingga sekarang , saya masih menyimpan keratan-keratan akhbar tempatan tentang beliau yg saya beli ketika itu. Walaupun ianya sudah lama( nampak seperti tidak berguna), setiap kali saya melihatnya kembali, saya senyum keseorangan, senyum bangga, melihat seorang lelaki yg menghabiskan seluruh hidupnya untuk demi keamanan tanah airnya.Bangga membaca latar belakangnya, melihat wajah-wajah perjuangannya, usaha , kegigihan dan semangat yg dicurahkan kepada Plaestine sehingga dianggap sebgai nadi perjuangan dan simbol penyatuan rakyat Palestine.

Namun sekarang,kesannya tanpa Arafat,rakyat palestien yg dulunya bersatu sudah berpecah. Hamas dan Fatah selalu bergaduh sehingga sanggup membunuh saudara seislam. Ini mengingatkan saya kepada kata rakan yg berbangsa sudan dan dan juga Dr Kabashi yg ” Arab people are crazy’

Pada saat dan ketika ini, ketika umat islam di Palestinen(Iraq dan Afganistan juga) terus dinodai hak-hak mereka, tidak banyak yg boleh kita lakukan untuk menghalangnya. Hanyalah berdoa.......

Mungkin Kata-kata Obama ketika memberi ucapan pada Election night,sejurus selepas memenangi pilihan raya harus kita difikirkan.Obama , ketika di akhir ucapannyan , menyoal rakyat Amerika apakah wajah amerika yg mereka mahu lihat di masa hadapan? Ucapannya berbunyi lebih kurang begini;

If our childrens are given an opportunity to live in this country in the next century, if my daughters( malia and sasha) should life as long as they can, what kind of change they will see? What are the progress we have made?This is the time for us to answer that call, an open the door of opportunities for our kids....

Apabila saya memikirkan kembali ucapan ini, saya merasakan soalan yg sama boleh ditanyakan kepada orng islam , tentang masa depan islam, umatnya dan masa depan dunia itu sendiri.Contohnya;

As a muslim, if u ur given an opportunity to live in this world in the next century, what kind of the world we will have? Isn’t like what we have right now?

The world where islam being assume the sources of terrorism…..
The world where the blood of muslim are very cheap in the eyes of westerners…
The world where every time,our brothers and sister are being killed in Palestine,Iraq, and around the world, we have nothing to do to save their....
The world where many of non-muslim( evenmuslim) misunderstood our religion ,islam...

This is the question that all the muslim need to ask themselves. And the answer of this question not lying on the shoulder of OIC, muslim leaders only but also on the shoulder s of all muslim who know the responsibilities and the role they should play on....

Sama-sama kita fikir…moga-moga satu hari nanti keamanan, kedaimanan dan kebebasan yg dicari-cari di bumi Palestine akan tercapai…. Insya-Allah….


::Written by Faisal
::10:36pm
::Thursday, January 01, 2009