Thursday, January 1, 2009

Tahun Baru yang Pilu di Bumi Palestin

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Malam yg hening.pada waktu-waktu malam begini, Ali Abu-Fatahi bersama keluarganya akan makam malam bersama-sama dalam keadaan yg aman.Namun pada hari itu,tatkala mereka menjamah makanan, dengan tidak semena-mena,suatu bunyi yg kuat menghentam rumah mereka.Akibat dari hemtaman kuat roket Israel itu, dia terpelanting keluar jauh dari rumah.

Itulah antara saat-saat terakhir yg masih diingati Abu-Fatahi.selepas itu dia terus pengsan.

Apabila dia tersedar, dia mendapati dirinya sudah berada dihospital bersama-sama dengan 15 lagi ahli keluarganya yg juga berada didalam rumah sewaktu kejadiaan.
Dari jauh, dia dapat mendengar suara abangnya, Mahmoud yg masih lagi trauma. Mahmoud masih lagi terkejut apabila melihat mayat jirannya yg berkecai terkena roket Israel.

Catatan di atas hanya sebahagian daripada cerita-cerita penderitaan dan kesengsaraan yg ditanggung oleh rakyat palestian dalam serangan tentera Israel baru-baru ini. Entah apa sebabnya, mereka diperlakukan demikian, dihina,ditindas, dibunuh sesuka hati tanpa perkemanusiaan.

Tahun 2009 yg datang semalam disambut dengan meriah. Tempat-tempat utama seperti KLCC , Bukit Bintang menjadi tarikan terutamanya kepada anak-anak muda. Di Kuala Lumpur, majlis sambutan Ambang 2009 anjuran diadakan di Dataran Merdeka dengan pelbagai persembahan menarik oleh artis-artis popular seperti Mawi, Estranged, Suki dan M. Nasir.Bi Bukit bintang pula, gelagat anak-anak muda yg tekinja-kinja menari dan melompat-lompat menyerikan lagi sambutan tahun baru.

Disaat mereka bersuka ria dan menghiasi azam baru mereka untuk tahun 2009 semalam ,sedarkah yg saudara kita di Palestin terus dipijak dan dibunuh sesuka hati.Sekali lagi kita digemparkan dengan kekejaman rejim zionis .Beratus-ratus umat islam yang mati terbunuh dan ribuan yang lain cedera hasil dari serangan besar-besaran zionis terhadap puak hamas. Angka terbaru mencatatkan kecederaan sebanyak 1700 orang dan terbunuh sebanyak lebih 350.Alasan yg diguna pakai tetap sama iaitu untuk memerangi hamas yg dikatakan berlindung di kawasan berpendudak padat itu walhal kalu kita lihat niatnya memang jelas mahu membunuh dan memalukan( kerna ia dilakukan pada tahu baru hijrah) orng islam. Mengikut satu sumber, tentera zionis telah merancang semua ini sejak 6 bulan yg lalu.





Menyentuh soal Palestine,saya tidak dapat menyembunyikan rasa sedih dan hiba saya. Sejak dari kecil lagi, isu Palestien terus mendapat tempat dalam hati saya.sewaktu disekolah , saya selalu menonton tv dan berita-berita berkaitan Palestine. Oleh sebab waktu itu saya masih kecil(dan tidak matang), saya selalu tertanya-tanya, mengapakah perlunya anak-anak kecil yg sepatutnya ke sekolah, menimba ilmu melontar batu ke arah kereta kebal Israel? Mengapakah Kanak-kanak kecil yg sepatutnya ke sekolah, menghabiskan masa riang bersama teman-teman, bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri dari tentera zionis.?

Dari semasa ke semasa , menganjak ke usia remaja, saya semakin memahami keadaan sebenar. Malah, boleh saya katakan yg isu Palestine lah membuka minda (seluas-seluasnya..he..he..), menjadikan saya muslim yg sedikit lebih baik dan menyebabkan saya melihat dunia dari perpective yg berlainan.Melalui pembacaan melalui akhbar dan buku( waktu tu internet tak dak lagi, kat kampong, saya pun masih tak tau nk tekan-tekan computer ni) ,saya mula memahami bagaimana umat islam di tindas dan yg lebih malang umat islam yg lain gagal membantu lantaran lemah, tidak bersatu dan selalu bertelagah.

Sewaktu Presiden Yasser Arafat meninggal pada tahu 2002( kalu tak silap), saya betul-betul merasa satu kehilangan, Sebak, hiba, sedih, marah( sebab ada laporan yg mengatakan dia di racun) dan segala-galanya menerjah ke jiwa. Sejak dari kecil lagi, saya mengikuti perkembangan tokoh, usaha-usaha yg dilakukannya dalam membawa keluar Palestine dari konflik yg sudah berlarutan lebih 50 tahun.

Tapi malangnya, sehingga saat dia menghembuskan nafas terakhir, impiannya melihat sebuah Palestine yg aman dan bebas masih tidak tercapai.

Sehingga sekarang , saya masih menyimpan keratan-keratan akhbar tempatan tentang beliau yg saya beli ketika itu. Walaupun ianya sudah lama( nampak seperti tidak berguna), setiap kali saya melihatnya kembali, saya senyum keseorangan, senyum bangga, melihat seorang lelaki yg menghabiskan seluruh hidupnya untuk demi keamanan tanah airnya.Bangga membaca latar belakangnya, melihat wajah-wajah perjuangannya, usaha , kegigihan dan semangat yg dicurahkan kepada Plaestine sehingga dianggap sebgai nadi perjuangan dan simbol penyatuan rakyat Palestine.

Namun sekarang,kesannya tanpa Arafat,rakyat palestien yg dulunya bersatu sudah berpecah. Hamas dan Fatah selalu bergaduh sehingga sanggup membunuh saudara seislam. Ini mengingatkan saya kepada kata rakan yg berbangsa sudan dan dan juga Dr Kabashi yg ” Arab people are crazy’

Pada saat dan ketika ini, ketika umat islam di Palestinen(Iraq dan Afganistan juga) terus dinodai hak-hak mereka, tidak banyak yg boleh kita lakukan untuk menghalangnya. Hanyalah berdoa.......

Mungkin Kata-kata Obama ketika memberi ucapan pada Election night,sejurus selepas memenangi pilihan raya harus kita difikirkan.Obama , ketika di akhir ucapannyan , menyoal rakyat Amerika apakah wajah amerika yg mereka mahu lihat di masa hadapan? Ucapannya berbunyi lebih kurang begini;

If our childrens are given an opportunity to live in this country in the next century, if my daughters( malia and sasha) should life as long as they can, what kind of change they will see? What are the progress we have made?This is the time for us to answer that call, an open the door of opportunities for our kids....

Apabila saya memikirkan kembali ucapan ini, saya merasakan soalan yg sama boleh ditanyakan kepada orng islam , tentang masa depan islam, umatnya dan masa depan dunia itu sendiri.Contohnya;

As a muslim, if u ur given an opportunity to live in this world in the next century, what kind of the world we will have? Isn’t like what we have right now?

The world where islam being assume the sources of terrorism…..
The world where the blood of muslim are very cheap in the eyes of westerners…
The world where every time,our brothers and sister are being killed in Palestine,Iraq, and around the world, we have nothing to do to save their....
The world where many of non-muslim( evenmuslim) misunderstood our religion ,islam...

This is the question that all the muslim need to ask themselves. And the answer of this question not lying on the shoulder of OIC, muslim leaders only but also on the shoulder s of all muslim who know the responsibilities and the role they should play on....

Sama-sama kita fikir…moga-moga satu hari nanti keamanan, kedaimanan dan kebebasan yg dicari-cari di bumi Palestine akan tercapai…. Insya-Allah….


::Written by Faisal
::10:36pm
::Thursday, January 01, 2009

6 comments:

Setelus Hati Zinnirah said...

huhuhu....sedih kn... tp kebanyakan anak2 muda kita sekarang ni x sedar diri.. asyik fikir nk enjoy.. bile dtg musibah, br la nk insaf.. nauzubillah..

A Peacemaker said...

salam to u nuyui,i really appreciate ur comment..
betul tu,memnag sedih dan menyedihkan mengennagkn nasib rakyat palestine..
baru tadi dengar ceramah kat masjid uia tentang isu ni. apa yg diceritakan lebih teruk dari apa yg kita gambarkan. agak hiba dan tersebak juga saya tadi...
anak2 muda sekrang teutamanya muslim perlu disedarkn akan apa yg berlaku...tidak mustahil satu hari nanti keamanan, kedamaian yg kita ada sekarang akn diragut, jika anak2 muda islam tidak mengenal jati diri mereka, tanggungjawab mereka...kalaupun mereka gagal melihat palestin dari sudut agama, mereka sepatutnya melihat dari sudut kemanusiaan,di mana hak asasi manusi dicabuli tanpa perikemanusiaan.

sekian, tq for ur comment,
w;salam

Siti Rogayah Bahari said...

salam..
erm..malam tahun baru..anak2 muda kita berpesta dalam hotel..na'uzubillah..

lebih baik jadi rakyat di palestin yg bila2 masa boleh syahid drp jadi manusia yg dah tak kenal sapa tuhannya..

-bintubahariyah-

Tie HT said...

sama-sama lah kita baca surah AL-Fill banyak2, berdoa untuk rakyat palestin..ape lagi yg mampu kita lakukan..hanya doa dan harapan untuk saudara sesama Islam.

Al-Fiil

[1]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.

pakDin said...

rasa simpati dn sedih yg mendalam shj x cukup...
tindakan kita sbgai umat islam perlu diutamakan..
anak muda spt sy terlalu mentah..
tepuk dada tny iman...

A Peacemaker said...

salam..
to pak din..
memang betul, rasa simpati saja tk cukup.kita perlu lakukan sesuatu untuk agama dan umat islam..
yg terbaik skrng ialah sama2 kita berusaha untuk jadi muslim yg lebih baik dari sebelumnya n sama2 sedar yg kita umat islam betul2 lemah...
dan dengan kesedaran yg ada, barulah kita dapat berusaha dan bersatu untuk masa depan islam,penganutnya dan dunia yg lebih baik..
insya-Allah.....