Thursday, January 15, 2009

Gaza Masih Berdarah

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Gaza masih berdarah. Setakat ini, lebih 1000 Palestin telah terbunuh manakala beribu-ribu yg lain tercedera.Kekejaman Israel laknatullah dibumi suci Palestine masih berterusan manakala dunia masih lagi seperti biasa, gagal menghenti “Holocust di zaman moden ini”, walaupun beberapa usaha telah dijalankan termasuk desakan PBB kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas penduduk Palestine.

Dinegara kita pula, kempen boikot hangat dilaksanakan. Bagus-bagus, moga-moga dengan boikot ni, dapat la ajar Israel dan Amerika sikit yg mereka tak boleh sewenang-wenangnya menindas orang lain.

Pagi tadi saya agak terkejut apabila membaca berita tentang sebuah kawasan perkeburan Islam yg dibom oleh jet-jet pejuang Israel.Ya Allah, betapa teruknya tentera-tentera Israel ni sehinggakan kubur dimana letaknya orang yg dah meninggal pun nak diletupkan. Alasan yg diberikan agak tidak logik, untuk menghapuskan tempat persembunyian senjata yg dikatakan terletak berhampiran dengan kawasan perkuburan.Kalu ye pun nak bom tempat tu, macam mana boleh tersalah arah, walhal jet-jet pejuang yg digunakan adalah yg termoden dan amat mustahil jika tembakan tidak tepat dan tersasar.Apa yg nak dikatakan di sini, tentera-tentera Israel memang sengaja nak bom tempat perkuburan tu.

Tapi apa yg lebih buatkan saya marah,panas dan hiba adalah apabila pengeboman itu menyebabkan sejumlah anggota badan manusia yg merupakan mayat-mayat berterbangan ke kediaman penduduk berhampiran.Bukan itu sahaja tapi daging serta organ dalaman manusia bertaburan di atas bumbung sehinggakan penduduk terpaksa mengutip cebisan-cebisan mayat dan diletakkan di dalam plastik sebelum dikebumikan sekali gus.Kawasan itu juga turut berbau busuk yang berpunca daripada mayat yang reput dan hangus terbakar.Ahh, betapa jahat dan tak berperikemanusaiannya orang-orang yahudi ni.


Sebenarnya, apa yg berlaku ke atas rakyat Palestine ni, penindasan dan pembunuhan tiada bezanya dengan apa yg berlaku lebih 30 tahun dahulu ketika tragedy di kem Sabra dan Shatila.Memang Israel mahu menghapuskan terus orang-orang Palestine dari planet bumi. Cuma yg bezanya adalah perancang kepada pembunuhan tersebut.

Arkitek kepada pembunuhan di kem Sabra dan Shatila ialah bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yg ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahan Israel. Dialah yg bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas orang-orang Palestine di kedua-dua kem tersebut. Dan sekarang dia telah pun terlantar koma di hospital, barangkali balasan di dunia ke atas apa yg telah dilakukannya. May Allah Punish you,Sharon....

Dan kini Holocust ke atas rakyat Palestine di Gaza dicanang oleh Perdana Menterinya, Ehud Olmert…

Sebagai penutup, saya selitkan sebahagian entri saya yg bertajuk Pencinta Keamanan,yg dipostkan beberapa bulan yg lalu. Entri ini berkaitan dengan pembunuhan orang-orng Palestin di kem Sabra dan Shatila yg ditulis berdasarkan sebuah buku yg pernah saya baca,karangan Dr Ang Swee Chai. Buku yang bertajuk “Dari Beirut Ke Jurussalem” merupakan cerita sebenar penulis yang pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawan ketika pembunuhan dan penyembelihan rakyat Palestine di kem Sabra dan Shatila.

Sama-sama kiat hayati. Tragedi di kedua-dua kem ini hampir sama dengan apa yg berlaku di Gaza, Palestine sekarang;

Satu perkara yang menarik tentang penulis, sebelum menjadi sukarelawan , beliau merupakan penganut kristian yang agak fundamentalis. Dia selalu bermegah dan percaya kebaikan Negara-negara barat dan kebenaran Negara Israel. Malah, seperti kebanyakan orang kristian, dia menganggap rakyat Palestine sebagai pengganas hanya kerana mereka mahu mempertahankan tanah air.Sewaktu kemenangan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 di mana tertawannnya semenanjung gaza dan tebing Barat, beliau turut meraikan kejayaan itu. Namun, pandangan beliau berubah apabila menjadi sukarelawan di kem Sabra dan Shatila. Sewaktu hari terakhir tragedi iaitu 18 september 1982,beliau keluar dari hospital setelah bertungkus lumus 72 jam menyelamatkan nyawa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi.Beliau melihat seorang lelaki tua yang matanya dicungkil dan bagaimana seorang ibu yang cuba memberikan bayinya kepadanya untuk diselamatkan.Sesetengah mayat dihimpunkan di tepi-tepi jalan sehingga reput. Manakala mayat-mayat yang terbunuh dan terperangkap di dalam bangunan dibiarkan ditimbus apabila jentolak digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut. Penduduk Palestine yang masih hidup dikumpulkan beramai-ramai sebelum ditembak tanpa perikemanusiaan. Terdapat juga mayat yang diikat dengan wayar dan diseksa sebelum dibunuh. Sesetengah kanak-kanak dibom hidup-hidup, dan wanita yang dibogelkan sebelum dicincang sehigga sukar dikenalpasti. Apayang beliau saksikan sedikit sebanyak telah mencabut keegoon yang selama ini menganggap kebaikan orang-orang kristian.Selepas targedi itu beliau mula memahami penderitaan orang-orang Palestine sehingga menjadi tempat mengadu bagi penduduk Palestine. Sebagai seorang sukarelawan yang menyaksikan sendiri kezaliman Israel, beliau pernah menjadi saksi untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya Kahan, yang ditubuhkan Israel bagi menyiasat tragedi di Sabra dan Shatila. Pun begitu ,seperti kebiasaannnya, suruhanjaya ini hanyalah sebagai platform bagi Israel supaya supaya di lihat baik oleh orang-orang asing di atas kezaliman mereka. Sebagai pengakhiran, ingin saya memetik beberapa ayat dari buku tersebut yang tatkala membacanya, menyentuh perasaan dan merasa sebak di atas penderitaan rakyat Palestine yang telah berlalu lebih setengah abad:

Mereka mempunyai impian……..
Sebuah dunia tempat kita tidak perlu bimbang akan dihempap hidup-hidup oleh timbunan cebisan bangunan yang tumbang; iaitu tempat di mana saya tidak perlu lagi merawat jasad yang parah hanya untuk mendapati kemudiaannya bahawa ia telah dihancurkan semula, atau memangku mayat seorang anak yang remuk sambilhati ini tertanya-tanya, “Mengapa?”, atau terdengar orang bertanya, “ Berapa lama lagi?”.
Sebuah dunia tanpa penjara, penderitaan, kesakitan, kelaparan dan tanpa kad pemgenalan untuk orang pelarian. Sebuah dunia yang membenarkan saya meletakkan kepala di atas bantal di rumah sendiri sambil mendengar lagu dendangan ibu, sebelum tertidur tanda hari tersebut sudah berakhir. Dunia ini adalah impian kita, Jerusalem kita.
Sekian, wassalam.

::Written by Faisal
::8:10 p.m
::Thursday,January 15, 2009

1 comment:

sharamli said...

sama2 d0akan sem0a slamat......