Tuesday, January 6, 2009

Darwinism, Materialism dan Communism (Siri 2)

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Siri 1
http://faisalkhamis.blogspot.com/2008/12/darwinism-materialism-dan-communism.html

Latar Belakang
Sebenarnya,idea tentang kewujudan sendiri kehidupan tanpa penciptaan telah wujud sejak zaman purba lagi. Sebagai contohnya, di zaman Mesopotamia, berdasarkan Epik Enuma-Elish, tuhan yg bernama Lahmu and Lahuma dikatakan muncul secara tiba-tiba daripada banjir yg selalu berlaku ketika itu. Menurut cerita ini lagi, Tuhan ini tercipta dengan sendirinya dan kemudian mencipta benda-benda hidup yg lain. Dengan kata lain, kehidupan muncul secara tiba-tiba dari benda bukan hidup sebelum berkembang(evolve) menjadi benda-benda hidup yg lain.

Namun pada zaman moden,Teori evolusi telah dicadangkan oleh seorang ahli biologi british, Charles Darwin dlm bukunya The Origin of the Species, By Means of Natural Selection yang diterbitkan pada tahun 1859. Namun , harus diingati yg lelaki british ini tidak pernah menerima pendidikan biologi secara formal.Dia Cuma menunjukkan minat dlm bidang biologi dan belajar tentang alam semulajadi dan benda-benda hidup melalui pengembaraan dan pemerhatian terhadap alam semulajadi.Dalam bukunya ini, Darwin mendakwa semua benda hidup berasal dari satu ancestor and from this single ancestor , they grow different from one another by small changes which came by coincidences.



Terdapat dua sebab mengapa Charles Darwim mengusulkan teori ini
1)Oleh sebab minat yg mendalam terhadap alam semulajadi, Darwin secara sukarela telah mengikut pengembaraan ke seluruh dunia selama lima tahun dgn menggunakan kapal H.M.S Beagle pada tahun 1832 di England. Di antara tempat persinggahan adalah Galapagos Island(Ecuador). Darwin agak teruja dgn kepelbagaian sejenis spesis burung( called finches) yg menunjukkan perbezaan antara satu sama lain hanya pada structure paruhnya . melihat kepada situasi ini, Darwin membuat kesimpulan yg perbezaan ini disebabkan oleh adaptasi kpd habitat semulajadi.Dengan berdasarkan idea ini, beliau memperkenalkan konsept “ adaptation to the environment” di mana mengikutnya, semua hidupan berasal dari satu species, tetapi disebabkan adaptasi kepada habitat yg berlainan ,maka sesuatu species dengan sendirinya berubah untuk menyesuaikan diri dan terbentuklah species yg baru, yg sama sekali berbeza dengan species asal atau induk. Mengikut pendapat Darwin juga, manusia adalah juga berasal dari process ini dan adalah the most developed outcome of this mechanism(disinilah datangnya konsep white men’s burden).

2) Di dalam buku beliau The Origin of the Species, By Means of Natural Selection, terdapat satu topic yang bertajuk “The Origin of the Species By Means of Natural Selection or the Preservation of Favoured Races in the Struggle for Life”. Secara ringkasnya, topik ini mencadangkan yg manusia perlu bersaing antara satu sama lain untuk terus hidup, sama seperti haiwan yg selalu bersaing untuk mendapatkan makanan , pasangan dan sebagainya. Dgn itu , bangsa yg kuat akan terus kekal hidup manakala yg lemah akan lenyap atau menjadi hamba kepada yg kuat. Sebenarnya, Darwin mendapat idea ini dari buku yang ditulis oleh seornag ahli ekonomi, Thomas Malthus yang bertajuk “ An Essay on the Principle of Population”. Mengikut Malthus, berdasarkan pengiraan, populasi manusia akan berganda dalam setiap 25 tahun. Walaubagaimanapun,peningkatan jumlah pengeluaran makanan tidak pada kadar yang sama.Jika perkiraan ini benar, kebuluran akan berlaku. Salah satu cara untuk mengelak ini dari berlaku ialah mengawal populasi manusia melalui peperangan,penyakit dan sebagainya. Dengan kata lain, untuk membolehkan sebahagian manusia terus hidup, sebahagian lagi mesti mati. Dengan itu ,muncullah idea “The Fight of Survival” dimana yg kuat dan berkuasa akan terus hidup dan yg lemah akan sentiasa ditindas.

Neo-Darwinism
Usaha Darwin untuk mengembangkan ideanya telah mendapat sokongan dari banyak ahli biologi . Contohnya, ahli biologi dari Perancis, Lamarck. Dalam mengukuhkan ideology ini, beliau menerangkan yg benda hidup mewariskan sifat-sifat yg ada dari satu generasi ke satu generasi dan kemudian secara perlahan-lahan berubah kepada species yang lain akibat daripada adaptasi kepada persekitaran. Sebagai contohnya, girafah didakwa berasal dari sejenis rusa( called antelope), hasil daripada usahanya untuk mencapai daun-daun pada pokok yang tinggi, lalu menyebabkan ia memanjangkan tengkok, dan dari generasi ke generasi species rusa ini berubah kepada girafah.

Walaubagaimanapun,Pada tahun 1865, seorang ahli botani Austrian, Gregor Mendel dlm eksperimen kacang pea yg dijalankan telah berjaya membuktikan yg benda hidup hanya akan mewarisi sifat-sifat yg diperolehi dari induknya dan tidak akan berubah sifat walaupun berada dlm habitat yg berlainan,bertentangan dari apa yang didakwa Lamarck. Dengan itu , munculllah bidang sains genetic dan kemuncaknya penemuaan struktur DNA pada tahun 1950.

~Dominant and recessive phenotypes. (1) Parental generation. (2) F1 generation. (3) F2 generation~

Dengan penemuan the law of inheritance oleh Mendel dan the structure of DNA Watson dan Crick, saintis-saintis evolusi terpaksa mencari kaedah lain untuk menerangkan dan mempertahan teori ini. Selepas satu mesyuarat yg diadakan pada 1941, mereka telah mengemukan satu penjelasan untuk menghidupkan kembali theori ini. Dgn menambahkan konsep random mutation(mutasi secara rawak) ke dalam Darwin’s Natural Selection, lahirlah The Modern Synthetic Evolution theory yg kemudiannya ditukar kepada Neo-Darwinism.

Pun begitu, ia bukanlah sesuatu yg bijak untuk mendakwa yg random mutation menjadi sebab kpd perubahan species kpd species yg lain.Sejak sekian lama, mutasi diketahui hanya membawa bahaya dan penyakit kpd manusia seperti sindrown down, albinism dan kanser.

Ada tiga sebab utama mengapa mutation tidak boleh diterima sbgai kaedah dlm proses evolusi.
1)The direct effect of mutations is harmful: mutation adalah satu process yg berlaku secara rawak. Oleh sebab itu, kehadiran mutation process tidak langsung meningkatkan organisma structure tetapi hanya menyebabkan kerosakan kpd organism. Mutation bolehlah dianalogikan seperti gempa bumi, yang sentiasa memusnahkan bangunan-bangunan.
2)Mutations add no new information to an organism’s DNA: DNA terbina daripada empat component iaitu Guanine (G), Cytosine(C), Adenine (A) dan Tyrosine (T). Mutation yang terjadi disebabkan oleh gangguan terhadap empat komponen tersebut samada ianya diubah dari kedudukannya, dimusnahkan atau dibawa ke tempat lain. Oleh itu mutation tidak akan menyebabkan organism memperoleh organ sifat-sifat yg baru ,untuk membolehkannya menjadi species yg berbeza dari induknya.
3)In order for a mutation to be transferred to the subsequent generation, it has to have taken place in the reproduction cells of the organism: perubahan yg rawak yg terjadi dlm cell atau organ badan tidak boleh dipindahkan kepada generasi berikutnya. Seperti contohnya,kerosakan pada mata seseorang yang disebabkan oleh radiasi tidak akan dipindahkan kepada generasi berikutnya.

Jadi, berdasarkan fakta-fakta diatas, amat mustahil untuk benda hidup berkembang menjadi species yang berbeza dari induk memandangkan tiada langsung mekanisma dalam alam semulajadi yang membolehkan ini terjadi.

Pada masa yg sama,teori Neo-Darwinism juga disangkal dgn penemuan fosil-fosil yg digali oleh ahli-ahli arkeologi. Spt yg telah dinyatakan sebelum ini, teori evolusi mendakwa yg perubahan species ke species yg lain berlaku secara berperingkat-peringkat dari generasi ke generasi. Jika ini benar , maka akan wujudlah species yg menunjukkan transitional form,iaitu species yg mempunyai sifat-sifat fizikal dari kedua-dua species, iaitu species induk dan juga species baru. Sbg contohnya, species yg dinamakan half fish/half reptilian yg dikatakan pernah wujud hasil drpd evolusi ikan kepada reptilian. Selain itu, akan wujud juga reptilian-bird, di mana reptilian memperoleh sifat-sifat fizikal burung disamping sifat-sifat reptilia yg telah sedia ada.

Jika benarlah species-species ini pernah wujud, sudah pasti akan terdapat berjuta-juta species yg seumpama dgnnya. Lebih penting lagi, kewujudan species ini pasti dapat dibuktikan melalui penemuan fossil-fosil. Malah, bilangan species yg menunjukan transitional form ini sepatutnya melebihi species haiwan yg ada sekarang dan boleh ditemui diseluruh dunia melalui penerokaan ahli-ahli arkeologi. Malah , Darwin dlm bukunya, The Origin of the Species ada menyatakan:
If my theory be true, numberless intermediate varieties, linking most closely all of the species of the same group together must be assuredly existed…Consequently evidence of their former existence could be found only amongst fossil remains.

Berdasarkan ramalan Darwin inilah, ahli-ahli evolusi sejak abad ke 19 lagi telah berusaha menggali ke dlm bumi dengan harapan untuk menemui fossil yg menunujukkan intermediate form atau transitional form ini. Pun begitu, sehingga sekarang ,setelah beribu-ribu penggalian dijalankan hampir di seluruh dunia, tiada langsung fossil yg dijumpai yg membuktikan dakwaan mereka adalah benar(kalau ada pun,hanyala penipuan yg akhirnya terbongkar). Kebanyakan fossil yg dijumpai dlm bumi, menunjukkan ianya bertentangan dengan apa yg didakwa, sebaliknya ia menunjukkan yg kehidupan muncul dlm keadaan yg sempurna seperti yg ada sekarang sejak dari dahulu lagi.

Sbg contohnya,strata(dari perkataan startum:specialized a layer of rock,earth or similar material)fossil yg paling tua pernah dijumpai ialah berusia 500-550 juta tahun. Antara Fossil yg dijumpai dalam strata ini ialah fossil siput,obor-obor, dan haiwan invetabrata yg lain. Fossil-fossil ini mempunyai structure asas yg kompleks spt mata, system peredaran darah, bentuk fizikal yg sama seperti haiwan yg ada sekarang. Ini menunjukkan haiwan yg wujud sekarang tiada bezanya dengan yg ada 500 juta tahun dahulu, justeru membuktikan yg evolusi tidak pernah terlibat dalam proses kehidupan dan kehidupan muncul dgn struktur yg sempurna hasil dari penciptaan yg Maha Esa.

p/s:Untuk beberapa siri yang pertama ini ,ia lebih kepada sejarah dan perkembangan teori ini. Selepas itu, barulah saya akan masuk kepada topik bagaimana ideologi ini mempengaruhi dunia dan kesannya kepada masyarakat dunia.
p/s:Jika anda mempunyai sebarang soalan, boleh diletakkan dibahagian komen.Insya-Allah, saya akan menjawab soalan anda sebaik yang mungkin.

::Written by Faisal
::9:30 a.m
::Tuesday,January 06, 2009

4 comments:

fareast said...

Pengisian yang menarik. Pengolahan yang hampir sama dengan salah satu buku Harun Yahya. Penipuan evolusi. Pengisian yang mantap dan mengolahan yang jelas serta contoh yang mantap. Good work. Teruskan usaha.

A Peacemaker said...

sala
to fareast..
tq..
memang hampir sama dngan buku harun yahya tu sebab saya pernah baca buku tu tapi dalam bahasa inggeris..
jadi apa yg saya tulis ini adalah sebahagian daripada ilmu yg saya dapat dari buku tu dan diolah bersama2 dengan knowledge yg saya dapat dari tempat lain dngan menggunakan ayat sendiri..
jadi semasa saya menulis entry ini dan yg seterusnya, salah satu rujukan adalh buku yg ditulis oleh harun yahya(mana mgkin saya duduk dihadapan laptop dan terus menulis tanpa rujukan)
apa yg cuba saya lakukan ialah menerangkan asal-usul teori ini dan bagaimana ia mempengaruhi dunia pada abad yg lepas(juga sekarang)..kesannya kepada masyarakat dan tamadun barat(jika boleh dikatakan tamadun)..
sekian tq

Qurrata 'Ayun said...

klu teori ni ade evidence yg teori ni salah kan (e.g. fosil), knpe eh teori ni x dikatakan salah officially?

A Peacemaker said...

to princes nur..
soal kenapa teori ini tak officially declare as wrong bergantung kepada orng2 barat..sebabnya, di negara2 lain spt malaysia, teori ini tidak mempunyai apa2 kepentingan dlam masyrakat..
sebenarnya banyak bukti yg dikemukan oleh scientist barat untk mmbuktikn teori ini benar, akhirnya dibuktikan salah. contohnya, tentang penemuan 'nebraska'(saya tk ingat sangat) yg dikatakn sebagi bukti wujudnya process evolusi dari ape to human being. tapi akhirnya, terbukti yg dakwaan itu adalah palsu. tapi , sampai sekarang(kalu tk silap saya), penemuan ini masih dijadikan bukti kewujudn evolution dlm buku2 teks di sekolah2 di barat..
sekian..
tq