Friday, March 27, 2009

Snippet- UMNO, Mukhriz dan Jerlun

1.Sebelum anda membaca ayat-ayat yang seterusnya, lebih baik saya terangkan dulu kepada anda yang saya bukanlah penyokong UMNO. Apa yang saya tulis hanyalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pemerhatian saya,seorang pelajar yang langsung tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk bercakap tentang politik. Tetapi atas niat prihatin dan atas dasar kasih sayangnya terhadap agama , bangsa dan negara, dia menjadikan menulis sebagai satu cara untuk menumpahkan sejuta rasa dari dalam hatinya.

2.Semasa di zaman remaja dulu, saya memang penyokong kuat UMNO. Sokongan itu didasarkan atas kakaguman kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mohamad. Saya bukanlah taksud, atau sebahagian orang yang digelar mahathist , tetapi kagum dengan keupayaan dan kebolehannya memotivasikan sesiapa sahaja yang mendengar ucapannya termasuklah saya.

3.Tun Mahathir bukanlah hebat berpidato seperti DSAI yang boleh saja membakar semangat dan mempengaruhi orang lain,tidak pula membosankan yang membuatkan orang mengantuk apabila mendengar, tetapi setiap kata-kata Tun akan didengar dengan teliti dan orang tidak berganjak dari tempat duduk.

4.Saya masih ingat lagi , ketika satu perhimpunan Agung UMNO, Tun Mahathir bercakap tiga jam tanpa henti. Satu rekod untuk seorang yang sudah berumur 70-an. Walaupun pada perhimpunan Agung UMNO, ucapannya tidaklah sangat berkisar tentang parti itu tetapi lebih kepada cerita tentang orang islam dan melayu. Cerita tentang betapa orang islam perlu kuat dalam pendidikan ekonomi , ketenteraan dan segala-galanya untuk mengembalikan semula kegemilangannya suatu ketika dulu. Untuk memastikan juga umat islam tidak sewenang-wenangnya ditindas seperti yang berlaku di paletine. Kepada orang melayu pula, nasihat yang diberikan adalah jelas.Mereka perlu merubah minda dan sikap. Jangan asyik mengambil jalan mudah untuk berjaya, segalanya perlu diusahakan, jangan nanti kita menjadi kuli di tanah air sendiri.

5.Sebagai seorang yang tinggal di kampung dan tidak sangat terdedah kepada dunia luar, amat sukar untuk saya mencari sesuatu yang betul-betul boleh membuka minda dan memotivasikan diri. Tapi alhamduliah tabiat menonton tv, banyak membuka ruang kepada minda untuk melihat dunia bukan setakat berkisar di pekan kecil Ayer Hitam tapi lebih jauh lagi sehinggalah ke semenanjung Gaza. Setiap kali Tun Mahathir memberikan ucapan, saya pasti akan tercegat di hadapan tv kerana saya yakin setiap apa yang disampaikan pasti akan menyuntik semangat ke dalam diri terutamanya tentang orang melayu.

6.Di kawasan saya rata-rata orang melayu bekerja sebagai petani atau lebih tepat lagi pesawah. Walaupun saya anak pesawah , sudah agak lama saya tidak turun ke bendang. Memalukan bukan..he…he…?.walaupun kebanyakan tanah sawah dipunyai oleh orang –orang melayu, tapi hampir 80%(hanya anggapan saya) kilang-kilang pemprosesan padi di miliki oleh orang-orang cina. Kalau ada pun orang melayu, meraka tidaklah sangat maju, ala-ala seperti hidup segan mati tak mahu. Rata-rata orang melayu lebih suka menjual padi kepada tauke-tauke cina. Malah,perniagaan runcit juga di monopoli oleh orang-orang cina. Orang melayu pula maju dalam perniagaan makanan dan restauran.

7.Untuk pengetahuan anda,saya berasal dari pekan kecil Ayer Hitam dan Daerah Jerlun.Pada Pilihanraya lepas, Dun Ayer Hitam dimenangi oleh calon pas(saya tak ingat namanya) manakala Parlimen Jerlun dimenangi oleh Datuk Mukhriz Mahathir, anak lelaki Tun Mahathir. Itu pun kemenangan mukhriz adalah dengan majoriti yang agak kecil. Mengikut ibu saya, kebanyakan pengundi yang memangkah beliau adalah kerana mereka teringatkan jasa-jasa Tun Mahathir.

8.Datuk Mukhriz menjadi calon untuk jawatan ketua pemuda UMNO dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lepas. Agak malang , beliau tewas. Memang saya sejak dari awal-awal lagi berharap yang beliau akan memenangi jawatan tersebut.Kalau tidak silap saya,Datuk Mukhriz merupakan pengelola Aman Malaysia, Petubuhan Bukan Kerajaan yang banyak menganjurkan activiti-activiti berbentuk keamanan sejagat.

9.UMNO cuba menunjukkan yang ia merupakan parti yang bersih dengan mewujudkan Jawatankuasa Bertindak Disiplin UMNO dalam membenteras gejala politik wang. Ia nampaknya agak berkesan kerana bukan sahaja ikan kecil yang kena tetapi juga ikan-ikan besar yang mempunyai kedudukan tinggi dalam parti. Jika dulu Datuk Isa Samad dikenakan tindakan,yang terbaru Datuk Ali Rustam pula yang hilang kelayakan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Tapi apa yang peliknya, ada juga beberapa ahli yang didapati bersalah tapi hanya diberi amaran. Pelik. Cuba bayangkan, seorang didapati bersalah di makhamah, tapi akhirnya hanya di beri amaran tanpa perlu menjalani hukuman. Pelik bukan?

10.Akhirnya,seorang ahli UMNO yang didapai bersalah dan hanya diberi amaran berjaya mengepalai salah satu sayap penting dalam UMNO. Ia agak memalukan. Selepas saja dia diumumkan menang, ramai ahli UMNO yang bertempik menentang kerana kemenangannya itu tidak menggambarkan sokongan dari akar umbi.

11.Tun Mahathir tidak hadir pada pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana kesal dengan tindakan perwakilan salah satu sayap UMNO yang seolah-olah merestui politik wang dengan memilih orang yang sudah didapati bersalah menjadi pemimpin. Ramalan beliau, jika Datuk Najib memilih pemimpin itu sebagai menteri kabinet kelak, pasti pada PRU 13, BN akan kalah teruk. UMNO akan dilihat jijik dimata rakyat, kerana mempunyai pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah politik.

12.Novelis terkenal,Faisal tehrani(bukan Faisal Khamis ya ) menyifatkan kemenangan calon politik wang tersebut sebagai suatu yang bagus. Tidak seperti Datuk Mukhriz yang menyokong, pemimpin tersebut menolak PPSMI, sekaligus mendapat sokongan dari orang-orang yang digelar pejuang bahasa. Tapi soalnya, adakah semua orang yang berdemontrasi beberapa minggu lepas mendesak PPSMI dimansuhkan akan menyokong pemimpin ini hanya kerana sehaluan dalam isu PPSMI ini?. Mungkin tidak. Politik tetap politik, orang politik akan mencari apa saja cara untuk menjatuhkan ahli politik yang lain.

13.Moga-moga segalanya akan kembali baik di masa hadapan.

14.Itu saja dari saya kali ini.Terima kasih kerana membaca, moga-moga anda sihat sentiasa. Kepada yang akan menghadapi peperiksaan, moga-moga DIA mempermudahkan segalanya. Insya-Allah. Berusahalah, walaupun pada akhirnya anda tidak berjaya, tapi paling tidak ia mendidik anda menjadi lebih rajin. Di masa hadapan anda akan terbawa-bawa dengan sikap itu dan insya-Allah, kelak anda akan berjaya (Nasihat ini ditujukan pertamanya kepada saya).

::Written by Faisal, Yang Meluahkan Seribu Rasa dari Jiwa
::11:30 p.m
::Friday,March 09, 2009

Monday, March 16, 2009

Jangan Cari Alasan

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata sebab kakak (panggilan keluarga kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, gambar) terpaksa berpuasa sebab tidak ada wang untuk beli makanan.

“Tetapi alhamdulillah, kakak memahami keadaan keluarga. Malah kakak menjadikan ibadah itu sebagai rutin pada setiap hari Khamis dan Isnin sejak berumur 12 tahun.”

Mahu saja saya menitiskan air mata tatkala baca berita di atas. Cerita tentang hidup seorang gadis berusia 18 tahun yang tidak mahu mengalah dengan hidupnya. Semua kepayahan dilaluinya dengan tabah dan menerimanya sebagai cabaran untuk berusaha dengan lebih keras.Dia tidak tengar menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak belajar. Malah kemiskinanlah yang membawa hidupnya sehingga berjaya mendapat 19A1 dan 1A2 sekaligus menjadi pelajar terbaik di Malaysia. Itulah dia Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal,gadis dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan).

Rasa bangga dan sedikit terharu yang datang dalam jiwa saya ini adalah kerana apa yang dilaluinya hampir sama dengan kisah hidup saya di zaman remaja dulu.Pernah ke sekolah tanpa membawa wang selama berbulan-bulan lamnya,kadang-kadang balik ke sekolah,tiada apa yang hendak di makan malah adik, Lehud pernah menangis lantaran terpaksa memakan maggi dengan nasi selepas penat pulang berkayuh basikal.Tapi itu semua tidak menjadi halangan buatnya, dan sekarang dia sudah pun disekolah menengah dengan bantuan penuh kerajaan setelah cemerlang dalam peperiksaan.

Setiap kali saya melihat penderitaan orang-orang yang miskin serta tidak mempunyai hidup yang teratur, saya akan terus mengimbau masa silam. Pernah satu ketika, tatkala menonton tv tentang penderitaan rakyat Palestine, saya terpaksa menoleh pandangan kearah lain, tidak sanggup melihat keadaan mereka yang hanya makan sekadar roti dan minum air tidak berih yang terdedah kepad penyakit. Pernah juga , ketika tengah makan tengah hari,saya menolak makanan ke tepi kerana terkenangkan masa lampau dan keadaan keluarga di kampong. Tatkala saya sedap menikmati hidangan nasi ayam dan jus epal ,apa agaknya yang ibu dan adik-adik saya tengah makan?

Di rumah saya pula tidak ada apa sangat.Yang ada hanyalah sebuah tv yang dibeli dengan harga RM 300 dan sebuah radio usang yang masih lagi berfungsi dengan baik. Tiada peti ais untuk menyejukkan makanan, tiada sofa untuk tetamu. Tetamu-tetamu yang datang terpaksa duduk di atas lantai beralaskan tikar. Bilik tidur pula dipisahkan bukanlah dengan dinding kayu,apatah lagi konkrit,tetapi hanyalah beberapa buah almari yang diambil dari sebuah sekolah asrama secara percuma. Setiap kali saya pulang, tiada tilam empuk buat tidur. Tapi hanyalah sebuah tikar buat mengalasi badan. Sewaktu hari keraian seperti hari raya, rumah pasti sesak,semuanya akan pulang termasuklah saya , lehud dan seorang lagi adik perempuan yang tidak tinggal dengan kami sejak kecil.

Jadi, cerita kecekalan dan kegigihan Nik Nur Madihah sedikit sebanyak menyebabkan saya terkenangkan kembali hidup saya. Ceritanya hampir sama. Cuma yang bezanya, dia cemerlang,saya pula, keputusan SPM hanya cukup-cukup untuk ke universiti.

Berbaloikah?


Hazlin Hassan dalam NST menulis;
But while many look to their success for inspiration, opinions remain divided over how successful they really are, and if the craze over scoring a string of As should be encouraged.

Critics say the scramble for As is unhealthy, and they point out that academic qualifications alone do not quarantee success and that there is more to being a genius than a string of As.


Beliau menambah;
Some think that the government should limit the number of subjects that students can register for, to make more time for extra-curricular activities and to develop soft skills like teamwork.

Jika kita melihat kembali, pelajar-pelajar yang cemerlang kebanyakan datang dari keluarga yang tidaklah sesusah Nik Nor Madihah.Kebanyakan mereka mempunyai kekuatan kewangan yang agak baik dan menjadikan tuisyen berbayar untuk meningkatkan prestasi pelajaran.Dalam kisah gadis ini,dia tidak sangat mempunyai apa-apa. Bapanya hanyalah seorang nelayan manakala ibunya pula merupakan pencuci.Jadi, salah satu cara untuk melepaskna diri keluar dari kesusahan hanyalah dengan belajar .Walaupun mungkin kejayaan dia dipertikaikan kerana selain pelajaran,aspek lain juga perlu dititikberatkan, tetapi sebagai seorang yang tidak punya apa-apa,adalah wajar baginya menggadaikan masa terlibat dengan actiiviti-activiti lain?Adakah wajar baginya untuk menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti lain yang jika pun cemerlang tidak akan sangat membawanya keluar dari kesusahan?

Tidak wajar bukan?

Jika anda berada dalam sebuah bilik yang gelap dan mempunyai hanya satu pintu untuk keluar, sudah tentu anda akan berusaha dengan gigih untuk membuka pintu itu. Jika tidak ,anda akan terus berada di dalam kegelapan buat selama-lamanya.

Beliau menambah lagi;
But others, including parents, believe that the environment has become so competitive that they have no choice but to encourage the children to cram in as many qualifications as they can, in order to have the upper hand, when it comes to applying for scholarships, university places and later on, jobs.

I expect impressive qualifications such as 20 1As would certainly open more doors for you than if you'd only scored a string of mediocre Bs or Cs. Hence the dilemma facing parents and students today, over whether they should jump on the bandwagon at the risk of sacrificing their childhood and youth.


::Written by Faisal
::11:01 p.m
::Monday,March 09, 2009

Thursday, March 12, 2009

Motivation 2: Respon-Respon kepada Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Setiap kejayaan yang datang dalam hidup seseorang pasti akan ada respon dari orang sekeliling.Respon ini tidak dapat dielakkan kerana hidup kita sentiasa berhubung antara satu sama lain, melainkan anda seorang yang tidak suka berkongsi kejayaan dan kegagalan dengan orang lain. Respon kepada kejayaan dapat dibahagikan kepada dua, respon positif dan respon negatif.

Respon positif biasanya datang dari orang yang dekat dengan kita seperti ibubapa, adik-beradik,kenalan-kenalan rapat dan boleh jadi juga orang-orang kampung anda. Ianya datang dari perasaan gembira dan terharu melihat kejayaan yang anda kecapi.

Cuba bayangkan siapa yang tidak bangga melihatkan anda yang dulunya hanyalah anak petani miskin, kini sudah di Universiti dan kelak akan mempunyai kerjaya yang baik? Tentu orang kampung bangga kan?

Respon negative pula timbul hasil perasaan kecewa , kurang senang dan dengki dengan kejayaan yang anda perolehi.Respon ini datang dari orang yang mempunyai masalah dengan anda, berselisih faham, berdendam, bertikam lidah dan lain-lain perkara yang menyebabkan dia tidak boleh melihat anda berjaya.Orang yang mempunyai respon ini rasa tidak senang hati dengan kejayaan anda walaupun ia langsung tidak memudaratkan hidupnya.Meraka merupakan orang-orang yang secara diam-diam bersaing dengan anda dalam bidang yang diceburi.

Respon negative ada juga baiknya.Ianya mendorong seseorng untuk bekerja keras, rajin dan tidak berputus asa dan mahu menjadi lebih baik daripada orang yang telah berjaya.Perasaan yang tidak puas hati menyebabkan seseorang itu mahu membuktikan yang dia juga sehebat orang lain. Namun , harus berhati-hati, kerana dengan menjadikan perasaan tidak puas hati sebagai semangat, anda mungkin kecewa dan bertambah sakit hati sekiranya anda gagal dalam usaha anda.

Cara yang sebaiknya, jadikanlah respon positif sebagai cara untuk memajukan diri. Dengan berlandaskan sokongan dan strategi untuk berjaya dari orang yang sudah berjaya, anda mampu memperoleh kejayaan.Gunakan perasaan gembira dari berkongsi kejayaan sebagai lonjakan yang anda juga mampu mencapai impian.Setiap kali anda teringat akan kejayaan mereka, ianya akan mendorong anda untuk mencapai kejayaan yang sama.

Jadi,dimana kedudukan anda?

Jika anda mempunya rakan-rakan yang berjaya, berilah respon yang positif. Dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai lonjatan dan semangat untuk anda mendapat sesuatu yang diingini.
Jika respon anda positif, memuji kejayaan yang mereka kecapi,insya-Allah, mereka juga akan mendoakan kejayaan anda.Mereka juga pasti tidak keberatan menolong anda dan memberi semangat dalam usaha anda itu.

Jadi,jika anda sudah membaca entri saya kali ini, ketahuilah saya sentiasa mendoakan kejayaan anda.


::Written by Faisal
::8:44 p.m
::Thursday,March 12, 2009

Monday, March 9, 2009

Idola Sepanjang Zaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Kehadiran maulidur Rasul seperti biasa disambut dengan penuh kesyukuran, syukur kerana lahirnya Junjungan besar Nabi Muhammad yang diutuskan Allah untuk membetulkan akhlak manusia . Hari Keputeraan Rasullah ini disambut untuk mesyukuri nikmat Allah yang mengirimkan seorng lelaki yang mempunyai nila-nilai akhlak yang mulia serta wajib diteladani oleh semua manusia.

Pada masa yang sama, sambutan ini berfungsi mengenang dan menghargai jasa-jasa, pengorban, rintangan dan seribu satu kepayahan yang pernah dialami junjungan besar Nabi Muhammad dalam menyebarkan syiar islam ke seluruh pelusuk dunia. Berkat kesungguhan beliau yang kemudiaan diteruskan oleh pengikut-pengikutnya meyebabkan islam tersebar luas ke seluruh dunia, dari kawasan sejuk di Russia sehinggalah ke Australia, dari Jepun ke Eropah dan dari tanah gersang Gurun Sahara sehinggalah ke kepulauan kecil Caribbean. Penganut agama Allah, Islam ini terdiri dari manusai yang berbagai bahasa, budaya,warna kulit dan dipisahkan dengan lautan luas, namun mempunyai satu persamaan yang jelas, yang tidak akan pernah pudar sampai bila-bila iaitu keimanan kepada tuhan yang satu, Allah SWT.

Kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad bukan sahaja ditunjukkan dengan menyambut hari kebesaran Baginda tetapi lebih dari itu. Menyebut dengan lidah yang kita menyayangi Baginda tanpa mengikut setiap ajaran dan perbuatan Baginda tidaklah cukup, lantaran sikap dan peribadi mulia Baginda inilah yang disanjung tinggi dan mampu mengubah dan memandu manusIA kearah kearah jalan yang benar, kearah mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Diantara sifat-dsifat Baginda yang wajib diikuti ialah;

1)Sentiasa benar
Gelaran al-Amin yang diberikan jelas menunjukkan yang beliau seorang yang amanah dan boleh dipercayai dalam apa hal jua. Malah,Siti Khadijah memberi kepercayaan kepada beliau untuk membawa barang dagangan sewaktu bekerja dengan.

2)Berkeyakinan tinggi
Berkat keyakinan baginda, ajaran islam tersebar luas ke seantero dunia,walaupun Bagindamelalui seribu satu keperitan dalam menyampaikan perintah Allah.Baginda yakin, dalam usahanya itu , suatu hari nanti kemenangan pasti akan dicapai.

3)Tekun, Rajin dan cekal
Jika kita menyusuri sejarah Baginda, Baginda pernah menjadi pengembal kambing
semasa kecil , berniaga semasa remaja dan akhirnya menjadi Pesuruh Allah menyebarkan ajaran islam.Dalam meyebarkan ajaran islam , beliau sentiasa rajin dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah walaupun menerima cacian dan makian daripda orang yang cuba didakwahnya.

Sifat-sifat yang dinyatakan diatas seharusnya wujud dalan diri setiap manusia yang bergelar muslim jika kita betul-betul menjadikan Nabi Muhammad ikutan atau idola kita. Namun ,malangnya sesetengah generasi atau masyarakat sekarang hanya mengenal Baginda dengan nama tetapi tidak sangat mengenali sejarah, perjuangan dan akhlak mulia Baginda.Mereka menjadikan benda lain sebagai idola sehinggakan jiwa menjadi sebati dengan akhlak dan perangai idola mereka.Ini tidak langsung menyebabkan mereka menjadi taksub dan terikut-ikut dengan akhlak seseorng tanpa mengetahui kesan terhadap akidah mereka.Tanpa mengetahui dan meneladani sejarah Baginda, mana mungkin kita mampu menyayangi manusai hebat ini, yang tersenarai dalam kedudukan nombor satu dalam senarai manusia paling berpengaruh di dunia.

Sabda nabi;

"Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman sehingga aku lebih dicintai daripada ayahnya,anaknya da seluruh manusai.”(Hadis riwayat Bukhari)

Jadi, mencintai Baginda adalah wajib kerana itu tanda adanya iman dalam diri kita.
Nabi Muhammad SAW,Idola Sepanjang Zaman.

Fikir-fikirkan….

“Wahdah Pemangkin Khairul Ummah”


P/s:Picture diambil dari www.flickr.com/photos/muntazirah/461440859/

::Written by Faisal
::11:01 p.m
::Monday,March 09, 2009

Saturday, March 7, 2009

Bahan Buangan Pun Berguna

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Moga-moga sentiasa sihat hendaknya dan sentiasa diberkati Allah .Dan harap-harap sentiasa tabah dalam menghadapi hari mendatang yang penuh dengan cabaran.

Beberapa minggu kebelakangan ini, sentiasa sibuk dengan kehidupan pelajar.Sibuk dengan assignment, project and quiz yang datang saban minggu betul-betul memenatkan dan kadang-kadang saya sengaja menyibukkan diri sendiri.Tapi, alhamdulilah, berkat kesungguhan dan kesabaran, segala-galanya dapat ditempuh dengan tenang .

Semalam, baru saja habis seminar presentation. Memang agak gementar juga,memandang saya jarang sekali bercakap dihadapan orang ramai. Dengan permulaan yang agak terketar-ketar dan jantung yang berdenyut kencang, akhirnya berjaya juga dihabiskan. Tapi tak tahu, rakan-rakan faham atau tidak apa yang saya cakapkan terutamanya Bahasa Inggeris saya yang agak lintang pukang.

Untuk presentation semalam, tajuknya ialah bioconversion of Palm oil Mill Effluent(POME) to the Fermentable Sugar atau pun dalam bahasa melayunya penukaran bahan buangan cecair kelapa sawit, Pome kepada fermentable sugar, iaitu sugar yang boleh ditukar kepada alkohol. Di bawah supervision Prof Ismail, berjaya juga kita orang siapkan walaupun buat kerja pada saat-saat akhir.

Tentang POME , sebenarnya ia salah satu dari bahan buangan dari kilang kelapa sawit. Bahan buangan kelapa sawit dibahagi kepada dua,pepejal dan liquid. Pepejal terdiri dari sabut kelapa manakala cecair itulah yang dipanggil POME.

Jadi , macam mana mana nak dapatkan Fermentable Sugar ?

Sebenarnya semua bahan buangan pertanian termasuk risk husk(batang padi), sugar cane dan lain-lain mengandungi bahan organik yang dipanggil lignocellulose. Lignocellulose terdiri daripada tiga komponen iaitu cellulose, hemicellulose dan lignin.

Susunan strukturnya pula agak menarik. Ditengah tengah adalah glucose, yang dikelilingi oleh hemicelluloses manakala lapisan luar adalah Lignin. Daripada ketiga-tiga bahan ini, hanya cellulose saja yang boleh ditukar kepada fermentable sugar, glucose.

Process menukarkan cellulose kepada glucose melibatkan enzyme celulase. Jadi untuk membolehkan prosess berlaku,cellulase perlu melalui lignin dan hemicelluloses sebelum boleh menukarkan cellulose kepada glucose.

Tapi process ini agak sukar memandang struktur Lignin agak keras. Jadi lignin perlu dipecahkan dulu untuk memudahkan process pemecahan cellulose kepada glucose oleh enzyme Cellulase.Disinilah letaknya peranan Preatreatment process dengan tujuan untuk memecahkan atau melonggarkan struktur lignin.Sebenarnya, tanpa preatreatment, process penukaran masih boleh berlaku tetapi akan mengambil masa yang lama memandangkan enzyme cellulose terpaksa menembusi struktur lignin yang tebal.

Selepas pretreatment, process penukaran cellulose boleh dilalakukan, yang dipanggil Enzymatic Hydrolisis. Sebenarnya,enzyme Cellulase terdiri daripada tiga jenis enzyme Endocellulase, Exocellulase and Cellobiase(beta-glucosidase)

Endocellulase menukarkan Cellulose (dalam bentuk crytal) kepada cellulose, Exocellulase menukarkan cellulose kepada cellobiose manakala cellobiase menukarkan cellobiose kepada dua molekul glucose.

Apa yang cuba saya nak terangkan disini ialah bagaimana dahulunya bahan buangan hasil pertanian yang tidak berguna kini mempunyai perbagai kegunaan hasil daripada perkembangan pesat dunia sains. Nak ditunjukkan kat sini bahawa setiap sesuatu itu pasti ada gunya kepada kehidupan.

Jadi, jika bahan buangan ada gunanya, apatah lagi kita manusia, sudah pasti lebih berguna .Cuma yang perlu dilakukan adalah mencari dan membina potensi diri.Menghargai diri sendiri dahulu sebelum kita mengharapkan orang lain menghargai diri.Fikir-fikirkan……

p/s:Nampak macam tak ada kaitan je POME dengan nasihat tu? Entah, saya pun tak tahu.


::Written by Faisal
::4:52 p.m
::Saturday,March 07, 2009

Monday, March 2, 2009

My Personal Story

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

A lot of people does not that the way i feel about my life is very bad . I, sometimes could not understand what life is all about, since not much thing that i've done and not much things i can do in my life at this moment.Being growth up in not good environment,having not many friends,has lot of family problems,and had went through quite bad life during my teenage time, my searching for happiness is still there and still continue.Perhaps, what my lecturer say is true, if family is good,the child will always feel happy in the family and when he/she goes outside, he/she will not face any problems since she/he knows, the family is always behind him/her.....
But the different thing happen for those who did not feel happy in the family, perhaps because too much troubles.the children who did not feel happy with the home environment usually will try to find it outside,especially when the mix with friends....and if they choose the wrong friends, they might slip to the wrong direction, involve in social problems.....

that what i went through for the last few years and still continue until now.When i have problem, i don't know where to go and sometimes i just keep inside my heart. i've nothing much in my life,the only thing i've is me,my dreams, my beloved mother and brothers and few friends who really understand who i'm. To tell my problems to my mother is not good idea since my mother herself have a lot of problems and i don't want to burden her anymore.

Alhamdulilah,since few month ago, my blog become a place for me to release my tensions,to tell everything that i've in my heart,from my relationship problem to the family problem.

One of the my friends argued with me, why should i write everything about my life in the blog and let people read.i don't have a good answer for that question. sometimes,i think,it weird to let people know about you. But then i realize , i've no place to go, no place to share my problems....

Oh people, i you like this blog , you can read n comment if u want...n u might inspired and motivated me through the comments....
if don't like, just leave, that's it, no big problems, no big deals.....

Hopefully u understand...

At this moment, my life stood still...

::Written by Faisal
::10:53 p.m
::Monday,March 02, 2009