Monday, March 9, 2009

Idola Sepanjang Zaman

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Kehadiran maulidur Rasul seperti biasa disambut dengan penuh kesyukuran, syukur kerana lahirnya Junjungan besar Nabi Muhammad yang diutuskan Allah untuk membetulkan akhlak manusia . Hari Keputeraan Rasullah ini disambut untuk mesyukuri nikmat Allah yang mengirimkan seorng lelaki yang mempunyai nila-nilai akhlak yang mulia serta wajib diteladani oleh semua manusia.

Pada masa yang sama, sambutan ini berfungsi mengenang dan menghargai jasa-jasa, pengorban, rintangan dan seribu satu kepayahan yang pernah dialami junjungan besar Nabi Muhammad dalam menyebarkan syiar islam ke seluruh pelusuk dunia. Berkat kesungguhan beliau yang kemudiaan diteruskan oleh pengikut-pengikutnya meyebabkan islam tersebar luas ke seluruh dunia, dari kawasan sejuk di Russia sehinggalah ke Australia, dari Jepun ke Eropah dan dari tanah gersang Gurun Sahara sehinggalah ke kepulauan kecil Caribbean. Penganut agama Allah, Islam ini terdiri dari manusai yang berbagai bahasa, budaya,warna kulit dan dipisahkan dengan lautan luas, namun mempunyai satu persamaan yang jelas, yang tidak akan pernah pudar sampai bila-bila iaitu keimanan kepada tuhan yang satu, Allah SWT.

Kasih dan sayang kita kepada Nabi Muhammad bukan sahaja ditunjukkan dengan menyambut hari kebesaran Baginda tetapi lebih dari itu. Menyebut dengan lidah yang kita menyayangi Baginda tanpa mengikut setiap ajaran dan perbuatan Baginda tidaklah cukup, lantaran sikap dan peribadi mulia Baginda inilah yang disanjung tinggi dan mampu mengubah dan memandu manusIA kearah kearah jalan yang benar, kearah mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.

Diantara sifat-dsifat Baginda yang wajib diikuti ialah;

1)Sentiasa benar
Gelaran al-Amin yang diberikan jelas menunjukkan yang beliau seorang yang amanah dan boleh dipercayai dalam apa hal jua. Malah,Siti Khadijah memberi kepercayaan kepada beliau untuk membawa barang dagangan sewaktu bekerja dengan.

2)Berkeyakinan tinggi
Berkat keyakinan baginda, ajaran islam tersebar luas ke seantero dunia,walaupun Bagindamelalui seribu satu keperitan dalam menyampaikan perintah Allah.Baginda yakin, dalam usahanya itu , suatu hari nanti kemenangan pasti akan dicapai.

3)Tekun, Rajin dan cekal
Jika kita menyusuri sejarah Baginda, Baginda pernah menjadi pengembal kambing
semasa kecil , berniaga semasa remaja dan akhirnya menjadi Pesuruh Allah menyebarkan ajaran islam.Dalam meyebarkan ajaran islam , beliau sentiasa rajin dan tidak pernah berputus asa dalam menyampaikan dakwah walaupun menerima cacian dan makian daripda orang yang cuba didakwahnya.

Sifat-sifat yang dinyatakan diatas seharusnya wujud dalan diri setiap manusia yang bergelar muslim jika kita betul-betul menjadikan Nabi Muhammad ikutan atau idola kita. Namun ,malangnya sesetengah generasi atau masyarakat sekarang hanya mengenal Baginda dengan nama tetapi tidak sangat mengenali sejarah, perjuangan dan akhlak mulia Baginda.Mereka menjadikan benda lain sebagai idola sehinggakan jiwa menjadi sebati dengan akhlak dan perangai idola mereka.Ini tidak langsung menyebabkan mereka menjadi taksub dan terikut-ikut dengan akhlak seseorng tanpa mengetahui kesan terhadap akidah mereka.Tanpa mengetahui dan meneladani sejarah Baginda, mana mungkin kita mampu menyayangi manusai hebat ini, yang tersenarai dalam kedudukan nombor satu dalam senarai manusia paling berpengaruh di dunia.

Sabda nabi;

"Tidaklah seseorang itu dikatakan beriman sehingga aku lebih dicintai daripada ayahnya,anaknya da seluruh manusai.”(Hadis riwayat Bukhari)

Jadi, mencintai Baginda adalah wajib kerana itu tanda adanya iman dalam diri kita.
Nabi Muhammad SAW,Idola Sepanjang Zaman.

Fikir-fikirkan….

“Wahdah Pemangkin Khairul Ummah”


P/s:Picture diambil dari www.flickr.com/photos/muntazirah/461440859/

::Written by Faisal
::11:01 p.m
::Monday,March 09, 2009

No comments: