Sunday, September 4, 2016

Larian Sempena Merdeka

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Post kali ini berkenaan dengan progress aktiviti larian saya. Malam merdeka minggu lepas saya berkesempatan untuk menyertai Delta Eco Night Run 2016 di Youth Park, Penang. Saya anggap larian ni sebagai pemanas badan sebelum Penang Bridge Marathon November nanti. Dan minggu depan pun ada lagi marathon, half marathon di Sungai Petani.

Delta Eco Night Run 2016 bermula pada pukul 8:30 mlm 30 August, iaitu malam merdeka. Ada dua categories jarak, 5 km fun run dan 8 km competitive run dan saya join 8 km. Jarak memang pendek tapi ada elevation di botanical garden.

Oleh sebab event ni company sponsor sebahagian yuran penyertaan, maka saya ada la rakan-rakan sekerja yang join sekali. Jadi tak la bosan sangat.

Ketika larian, saya rasa body saya lebih baik. Kurang rasa penat dan even sampai ke garisan penamat, pace saya masih mampu berada sama seperti permulaan. Ini berbeza dengan event-event larian tahun lepas, dimana energy level ketika permulaan dan ketika hendak menamatkan permulaan (event in middle of race) berbeza. Saya fikir ini adalah kesan daripada habit saya yang selalu pergi swimming 3 kali seminggu sejak sebulan lepas. It helps a lot especially in term of breathing and disebabkan swimming use whole part of body, so my foot strength also improve.

Satu lagi factor mungkin keselesaan shoes and apparel yang saya gunakan. Saya gunakan kasut brand Karimor dan juga seluar running brands yang sama. Apa yang boleh saya katakan, memang selesa. Design shoes memang fit kaki saya dan cushion pun sedap especially bila kasut hit the ground. Seluar pula, ni first time saya pakai seluar khas untuk running. Normally, saya guna seluar 3/4 yang guna untuk main futsal. Dulu lari pakai seluar ni pernah melecek paha.haha....At the moment, memang saya akan fix to brand karimor untuk my running apparels and shoes.

Part susah sikit Eco Night Run ni adalah sewaktu di botanical garden. Ada elevation I guess about 30 degrees. Terpaksa slowkan pace.

Habis run, seperti biasa dapat medal, roti, air dan chance untuk cabutan bertuah. Medal unik, ada part yang boleh glow in the night. 

Sebab dah lewat malam and malas nak tunggu hingga cabutan bertuah, maka saya balik awal. Rakan sekerja saya memang cabutan bertuah hadiah utama sebuah skuter vespa. Memang bertuah yo!!!


Akhir kata dari saya,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 59


Relaxlah!!!
04 September 2016
12:32 pm