Sunday, September 9, 2018

Mencari Sinar Mentari (Bahagian 1)

Mei 2007,
Universiti Islam Malaysia, Sungai Pusu, Selangor


"That's it for today and for this semester. I hope you do well in your final exam and hope to see you again in the next course - Insya-Allah. Assalamualaikum." Kata-kata terakhir Prof Basiq.

"Waalaikumusalam, Prof. Thank you" Balas pelajar-pelajar secara beramai-ramai.

Kelas Prof Basiq baru sahaja berakhir sebentar tadi. Agak lega perasaan Amar kerana Prof Basiq membatalkan perbentangan kumpulan tentang Empayer Uthmaniyah. Jika tidak pastinya dialah yang akan membentangkan tajuk tersebut mewakili teman-temannya, Ahmad, Zaki, Rahim dan Sofi. Ini merupakan topik terakhir bagi subjek ini. Seperti rata-rata pelajar, mereka agak malu untuk ke hadapan. Malu kalau-kalau bahasa inggeris mereka gagal difahami oleh Prof Basiq. Amar pun bukan fasih sangat berbahasa inggeris tapi oleh kerana dia dianggap ketua kumpulan, maka terpaksalah dia mengalah. Kelas hari ini juga menandakan berakhirnya kelas Prof Basiq untuk subjek Muslim History and Civilization bagi semester ini. Amar memang gembira dengan kelas Prof Basiq. Jelas Professor yang berasal dari Iraq itu memang mahir dalam bidang ini dan sentiasa bersemangat bercerita tentang kegemilang Islam dan berharap agar generasi islam kini mampu mengembalikan semula kegemilangan tersebut.

"Amar, nanti ulangkaji sekali ya"

Tiba-tiba ada suara dibelakang memanggilnya. Dia berpaling.

       "Oh Din, boleh ja. Tapi minggu depanlah ya. Hari Isnin. Esok lusa aku nak rehat" Balasnya kepada Fakharudin.

" Aih, hujung minggu nak keluar dengan awek ke?"

        "Banyak la kau punya awek"

"Takkan marah kot. Relakslah...sini banyak tau bakal zaujah-zaujah yang cantik. Comey pulak tu. Takkan hang tak tertarik"

        "Hahah..yalah tu..ambik kat hang la semua tu". balas Amar sambil ketawa.
        "Bukan la. aku ada latihan belajar renang sabtu dan ahad" sambung Amar.

"Hebat la kau, nanti boleh ajar aku renang"

        "Doakan aku sehebat Ian Thorpe. lepas tu baru aku boleh ajar kau...hahaha" Gurau Amar


Usikan kawan baiknya itu menyerlahkan sifat Amar. Sifatnya yang pemalu dengan wanita membuatkan dia tidak pernah bercinta dengan mana-mana gadis. Walaupun pernah jatuh hati dengan wanita, sifat malunya menyebabkan segala-galanya tinggal angan-angan. Kerisauan untuk tidak diterima menyebabkan dia hanya memendam rasa sehinggalah orang yang disukainya menjadi milik orang lain. Tambahan pula, dia sangat komitted dengan pelajarannya, dan tidak mahu hal yang tidak penting ini kelak mengganggu pelajarannya.


Dia dan Fakharudin memang banyak kelas yang sama. Daripada enam subjek yang diambilnya, 4 daripadanya, dia satu kelas dengan Fakharudin. Mereka bukan sahaja sama kelas malah selalu duduk sebelah menyebelah di dalam kelas. Banyak tugasan kelas yang diselesaikan secara bersama. Amar selalu dianggap seorang lelaki yang tidak suka berkawan. Dia selalunya suka menyimpan dan jarang bercakap hal-hal peribadi. Tetapi dengan Fakharudin, dia mudah menerimanya sebagai sahabat yang boleh diajak berbicara. Mungkin karektor lelaki berasal dari subang ini membuatkan dia mudah untuk berbicara dan percaya yang hal-hal hidupnya tidak akan diberitahu kepada orang lain.

*********************************************************************************

Laungan azan pagi dari corong pembesar suara Kolej Farouk menyedarkan Amar.

" Astagfirullah hal azim. dah azan rupanya" sahutnya.

Jarang sekali Amar bangun ketika azan. Entah kenapa pagi ni dia tidak terjaga. Mungkin selesa berselimut di pagi hari yang sangat dingin dek kerana hujan yang turun semalaman. Mungkin juga kerana dia betul-betul keletihan selepas sepetang melakukan latihan renang di kompleks sukan. Apa pun alasan, ia bukanlah sebab untuk dia mengabaikan tabiat yang dia telah bentuk. Sejak beberapa bulan yang lalu, dia telah berjaya mengubah tabiat tidurnya dengan selalu bangun setengah jam sebelum subuh.

Dia segera mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Selepas mandi dan berwuduk, terus semula ke bilik, bersiap-siap untuk ke surau. Selesai, dia bergegas ke surau untuk tidak mahu melepaskan ganjaran untuk sama-sama solat bersama imam memandangkan iqamat sudah dilaungkan oleh muazzim.

Surau yang boleh memuatkan seramai 40 orang itu terletak betul-betul ditengah-tengah Kolej Farouk. Surau ini terletak dibawah kantin kolej dan dikelilingi oleh blok-blok kediaman pelajar. Sangat strategik dalam mendidik pelajar-pelajar dalam menjadikan surau sebagai tempat berkumpul dan solat jemaah sebagai suatu kebiasaan. Selain daripada solat jemaah, ia sering menjadi tempat kumpulan-kumpulan tabligh berkumpul, tempat usrah bagi pelajar-pelajar membincangkan hal-hal agama dan semasa, tempat perbincangan pelajar dan berbagai-bagai lagi aktiviti-aktiviti lain. Alhamdulilah, ia tidak sunyi. Inilah yang membuatkan Amar sangat seronok untuk beranak di universiti ini. Hidupnya terisi. Jiwanya hidup dan segar.

Tidak sampai dua minit, Amar sudah sampai di surau dan terus bersolat bersama imam dan beberapa orang makmum yang lain.

*********************************************************************************

Pagi yang dingin. Hujan semalam menyebabkan udara menjadi lembap dan memandang kolej Aminah berada dikawasan bukit, permandangan kabus memang sesuatu yang biasa. Dengan rimbunan hijau pohon-pohon, udara pagi yang segar dan kicauan burung dan unggas, ia adalah pagi yang sangat sempurna yang tidak boleh dibiarkan berlalu. Amat rugi jika pagi yang begini dihabiskan dengan tidur, apatah lagi jika selepas solat subuh.

"Mira, Mira, bangunlah...kan semalam kau nak teman aku gi jogging" Ujur Aisha.

       "Itu semalam, mengantuk la. hang pi la sorang. ramai orang jogging pagi ni kot" Balas Mira sambil memusingkan badannya kesebelah kiri.

" Tak baik tau lepas Solat tidur balik..bangun la Mira, bangun la"

        "Apa hang nak takut, dah cerah la."

"Mana tahu nanti monyet kejar aku. Kau tahu kan sini banyak monyet"

         "Monyet tu kalu tengok hang, dia tak kacau. sebab hang comey. Dia senyum ja"

"Mira, Mira, jom la..kau kan kawan baik aku"

Mira mengalihkan badannya ke kiri untuk membelakangkan dirinya dari Aisha. Aisha tetap tidak berputus asa kerana tidak mungkin dia mahu berjoging berseorangan. Bukan perkara yang biasa dia lakukan. Malah, nak ke kantin dibawah kolej mereka pun, dia mahu diteman. Jika tidak Mira, dia akan mengajak Shira atau Syahidah. Tapi hari ini memandangkan hujung minggu, hanya Mira yang ada manakala Shira dan Syahidah pulang ke rumah meraka yang tidak jauh dari universiti.

Setelah beberapa minit, 

"Okay la, okay la..tapi setengah ja tau" Mira bingkas bangun dari katil, mencapai tuala dan bergegas ke bilik air.

          "Ha...macam tulah kawan, nanti aku belanja kau makan"

"Yalah..yalah…"

Sementara menunggu Mira, Aisha menyiapkan diri dengan pakaian yang sesuai. Beberapa minit kemudian, Mira kembali semula ke bilik, bersiap dengan pakaian jogging dan bersama-sama dengan Aisha turun ke bawah.

**********************************************************************************

Semasa mereka keluar dari bilik jam sudah menunujukkan pukul 7:00 pagi. Keadaan sudah cerah walaupun matahari masih belum memancarkan sinar mentarinya yang terik. Aisha dan Mira menuju ke taman rekreasi universiti yang mengambil masa 2 minit perjalanan dari kolej kediaman mereka. Taman itu memang cantik dan sesuai untuk senaman dan jogging. Selain mempunyai bahan-bahan atau tempat untuk melakukan aktiviti kecergasan, ia juga mempunyai trek jogging yang mengelillingi tasik buatan. Dengan berlatarbelakangkan bukit-bukau, ia memang menyediakan persekitaran pagi hari yang nyaman dan udara yang menyegarkan. Semasa Aisha dan Mira tiba, sudah ada beberapa orang pelajar yang sedang berjoging. Di tasik pula, ada 8 orang pelajar yang sedang membuat latihan rowing. Universiti ini memang terkenal dengan pasukan rowing walaupun ianya bukanlah sukan yang popular. Pasukan rowing mereka pernah menyertai pertandingan di luar negara dan membawa kejuaraan. Jadi, mereka bukan calang-calang. 

Di satu sudut yang lain, kelihatan sebuah kereta meletakkan kenderan di tempat letak kenderaan. Dengan berpakain sukan, dua orang lelaki turun dari kereta itu.

Tatkala Aisha dan Mira menuruni tangga untuk ke trek jogging, mereka terlihat lelaki-lelaki itu.

" Sha..Sha..tu kawan baik hang tu"

         "Sapa? Mana?..mana?"

"Tu...Ahmad"

         "Tak la baik sangat"
         "Aku kenal dia sebab bapa aku kenal bapa dia"

"Elok la tu...nanti senang la nak….."

         "Nak apa??"

"Mana tau kot-kot jodoh hang"

        "Kau ni..tak baik la cakap macam tu...aish merepek...jom la berjoging. Nanti dia Nampak pulak kita."

Aisha segera menuruni tangga dan diikuti oleh Mira. Malas dia mahu melayan usikan Mira. Memang dia mengenali Ahmad dan keluarganya. Bapa mereka sangat aktif dalam berpersatuan malah amat mengenali antara satu sama lain. Malah, Aisha pernah berkunjung ke rumah Ahmad sewaktu majlis perkahwinan abangnya tahun lepas. Pun begitu, dia tidak ada apa-apa perasaan terhadap Ahmad - hanya sekadar kawan seperti kawan-kawannya yang lain.

Selepas melakukan regangan dan berehat sebentar, mereka terus berjoging perlahan-lahan mengelilingi tasik. Mereka menghabiskan masa dua pusingan sebelum masing - masing mengambil keputusan untuk pulang. Bagi Aisha, ia sudah mencukupi. Setengah jam larian di pagi hari yang nyaman sudah cukup untuk merehatkan badan dan menyegarkan minda sebelum mereka berhempas pulas untuk peperiksaan akhir tahun minggu hadapan. Mira pula, walaupun sudah bersenam dan mengeluarkan peluh tapi nafsu tidurnya masih belum hilang. Sebaik sahaja sarapan pagi dan pulang ke bilik, dia terus terlelap di atas katil.

Selepas mandi, Aisha duduk di kerusi sambal merenung jauh ke luar jendela. Tiba-tiba, fikirannya melayang memikirkan tentang Ahmad.

Mencari Sinar Mentari (Bahagian 2)


Relaxslah!!!
A Peacemaker
09 September 2018
2:00 Pm