Sunday, May 31, 2020

SpaceX Cipta Sejarah Hantar Manusia Ke Angkasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Semalam, 30 May 2020 dalam pukul lebih kurang pukul 3:30 pagi waktu Malaysia, SpaceX berjaya mencipta sejarah dengan membuat pelancaran angkasa yang membawa sekali manusia bersama-sama. Ini adalah kali pertama SpaceX menghantar manusia kerana sebelum ini mereka pernah beberapa kali membuat penghantaran kargo ke angkasa.

Ini adalah juga kali pertama roket dilancarkan di Kennedy Space Center (KSC), Amerika Syarikat sejak tahun 2011.

Angkasawan NASA Bob Behnken (Kanan) dan Dough Hurley (Kiri) (Sumber gambar: CNBC)


Melalui misi yang dinamakan sebagai SpaceX Demo-2 ini, ia membawa dua orang angkasawan Nasa ke stesen angkasa lepas iaitu Bob Behnken dan Doug Hurley ke International Space Station (ISS). Pihak SpaceX menggunakan gabungan roket Falcon-9 bersama-sama dengan kapsul Crew Dragon untuk membawa dua orang angkawasan ini.

Apa yang menarik mengenai Falcon 9 ialah ia merupakan rocket dengan 2 peringkat, dimana roket peringkat pertama boleh digunakan semula selepas pelancaran dengan mengarahkan roket untuk mendarat pada sesuatu tempat. Ini adalah penting kerana penggunaan semula roket mengurangkan kos pelancaran dan memungkin penggunaan roket dengan lebih kerap dimasa hadapan. Ia juga memungkin pelancangan angkasa lepas akan menjadi realiti dengan kos yang lebih murah.


Roket Falcon 9 yang dibangunkan oleh SpaceX (Sumber Gambar:Space.com)



Video Pelancaran Roket Falcon-9 30 May 2020 (Sumber: USA Today)


Mungkin selepas ini kita akan melihat lebih kerap penerbangan ke angkasa lepas memandangkan pengurangan kos berbanding sebelum ini. 


Relaxslah!!! A Peacemaker , Pulau Pinang, 31 May 2020, 4:37 pm