Sunday, October 11, 2009

Motivation 3:Quotes

Situation 1
I was in the café with my two international friends. I talked to one of them while another one was ordering the food. I said;
“You know man, I’m happy of leaving this university next semester, but I will leave without the happy ending. I’m not happy with my academic, family and social life. Everything that I have planned just went wrong”

Then,he replied;
‘You know man, if I’m telling you my life when I was in my country, you will cry. You see our Palestinian friend,Mahmoud, he went through the worst life than me. You have better life than us. Just say ALHAMDULILLAH”
It was really touched my heart. I wish this kind of friend will always be here, next to me.

Situation 2

It was on the second Eidulfitri. I had a short conversation with my mom;

“Mom, sometimes I feel very unlucky. I try not to think about it but still when I come back, I will remember the entire thing that happen in the past and still continue until now. I’m return home without feeling happy. I really don’t know what I should do anymore”.
My mom smiled, I look directly to her wrinkles face. Then, she said;
“You know, for you to enter the university and acquired knowledge is the lucky enough. Don’t you think so my dear son?”
I stuck. My heart was crying and I regret for the word that I had said.

Situation 3

I got two supervisors for my project this semester. My co-supervisor, Dr. Waleed always gives me these motivational words every time I meet him;
“You should care yourself more than anybody care of you”.
This quote makes me feel more responsible toward myself and in everything I do.
Then, I asked myself , “do people care who I’m?”

::Faizalkhamis
::6:42 pm
::Sunday, October 11, 2009

Thursday, October 1, 2009

Kalau Mencari Permata

Bayangkan ada seorang pembeli ingin membeli sebutir permata yang paling berharga. Yang pasti oleh sebab permata tersebut amat berharga dan ramai yang berkehendakkannya, maka harga yang diletakkan adalah tinggi dan mana-mana pembeli haruslah mempunyai wang secukupnya untuk memiliki permata yang berharga itu.

Apabila pembeli tersebut ke kedai permata,didapati ada tiga permata dengan diletakkan dalam keadaan yang berbeza. Masing-masing disimpan di dalam kotak, dalam cermin kaca dan di atas meja secara terbuka.

Permata yang di dalam kotak itu barangkali yang paling bernilai dan harganya tentulah tinggi kerana sudah pasti, yang di dalam kotak adalah yang paling cantik, dan sangat istimewa sehinggakan pemiliknya meletakkan permata tersebut di dalam kotak. Tujuannya agar jangan ada sesiapa menyentuh permata tersebut kecuali mereka berhak dah sudah memilikinya. Permata tersebut tidak boleh dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ianya sangat bernilai. Seandainya setiap mata dengan percuma boleh melihat kecantikan dan kehalusan permata tersebut, mungkin nilai yang ada padanya akan jatuh dan sama dengan permata yang dipamerkan dalam cermin kaca pameran.

Permata yang kedua pula disimpan di dalam kaca pameran.Walaupun tidak boleh disentuh tapi masih boleh dilihat kecantikannya.Nilainya mungkin masih tinggi, tapi mana mungkin akan sama nilainya dengan permata yang disimpan di dalam kotak. manusia dengan mudah dapat meneliti dan memerhati permata tersebut sesuka hati seberapa lama dikehendaki.Dan yang membuatkan permata ini kurang nilainya ialah mana-mana manusia sudah boleh menilai dan memberikan komen berkaitan mutu permata ini, kerana ianya bebas untuk dilihat. Dan bagi yang ingin memiliki permata ini, keistimewaan permata itu sedikit sebanyak sudah hilang kerana semua orang sudah pernah melihatnya dan mengetahui akan mutunya. Yang istimewa hanyalah kerana belum ada sesiapa yang telah menyentuhnya.

Permata yang ketiga adalah yang paling rendah nilainya kerana ia hanya diletakkan di atas meja. Jadi, manusia bukan sehaja boleh melihat tapi menyentuh seberapa yang banyak yang dikehendaki.Permata itu semakin lama semakin hilang seri dan nilainya lantaran sudah semakin ramai yang memegang dan memerhati kualitinya. Amat malanglah pada pemilik permata itu yang dengan senang membiarkan permatanya terdedah kepada orang ramai walhal ianya perlu dipelihara dengan sebaik yang mungkin.


Saya tidak pasti yang mana satu pilihan anda tapi pada saya yang pertama itulah yang terbaik. Oleh kerana diletakkan dalam kotak, maka tiada manusia yang pernah melihat untuk dinilai dan ia terjaga dari pandangan manusia yang bukan pemiliknya. Tapi mahu memiliknya bukan sesuatu yang mudah, kerana pembelinya perlu mempunyai sifat-sifat tertentu supaya agar kecantikan dan kesuciannya terjaga sampai bila-bila dari pandangang orang lain apabila mejadi miliknya kelak.


Permata yang paling mahal pernah dicatatkan di dunia ialah Chopard Blue Diamond Ring bernilai $16.26 juta. Ianya mempunyai 18 karat emas putih dan setiap satu karat berharga $1.7 juta .Permata yang saya maksudkan diatas adalah permata yang tidak bernyawa dan biasanya menjadi idaman wanita-wanita sebagai hiasan dan hanya yang berwang sahaja mamapu memilikinya lantaran harga yang mahal.

Tapi fikirkanlah pula permata yang lain yang saya ingin maksudkan…

Walaupun kadang kala hanyalah dibayar(bukan dibeli) beberapa ribu untuk memilikinya, tapi itu tidaklah setimpal dengan kebahagian seumur hidup yang akan diberikannya kelak. Dengan kasih sayang dan ketenangan yang diberikan kepada pemiliknya dalam mengharungi hidup bersama.

Pemiliknnya pula bukanlah sangat perlu berwang berjuta-juta tetapi apa yang lebih penting adalah sifat-sifat yang mulia, yang dapat menjaga permatanya dengan sebaik mungkin agar ia terus menyinari hidupnya…

Sesungguhnya, dunia ini memang indah, dan seindah-indah hiasan adalah kerana adanya ‘permata-permata’ yang taat kepada pemiliknya yang SEBENAR.


Fikir-fikirkan……


::Faizalkhamis
::10.05 am
::Thursday, October 01. 2009