Thursday, March 12, 2009

Motivation 2: Respon-Respon kepada Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Setiap kejayaan yang datang dalam hidup seseorang pasti akan ada respon dari orang sekeliling.Respon ini tidak dapat dielakkan kerana hidup kita sentiasa berhubung antara satu sama lain, melainkan anda seorang yang tidak suka berkongsi kejayaan dan kegagalan dengan orang lain. Respon kepada kejayaan dapat dibahagikan kepada dua, respon positif dan respon negatif.

Respon positif biasanya datang dari orang yang dekat dengan kita seperti ibubapa, adik-beradik,kenalan-kenalan rapat dan boleh jadi juga orang-orang kampung anda. Ianya datang dari perasaan gembira dan terharu melihat kejayaan yang anda kecapi.

Cuba bayangkan siapa yang tidak bangga melihatkan anda yang dulunya hanyalah anak petani miskin, kini sudah di Universiti dan kelak akan mempunyai kerjaya yang baik? Tentu orang kampung bangga kan?

Respon negative pula timbul hasil perasaan kecewa , kurang senang dan dengki dengan kejayaan yang anda perolehi.Respon ini datang dari orang yang mempunyai masalah dengan anda, berselisih faham, berdendam, bertikam lidah dan lain-lain perkara yang menyebabkan dia tidak boleh melihat anda berjaya.Orang yang mempunyai respon ini rasa tidak senang hati dengan kejayaan anda walaupun ia langsung tidak memudaratkan hidupnya.Meraka merupakan orang-orang yang secara diam-diam bersaing dengan anda dalam bidang yang diceburi.

Respon negative ada juga baiknya.Ianya mendorong seseorng untuk bekerja keras, rajin dan tidak berputus asa dan mahu menjadi lebih baik daripada orang yang telah berjaya.Perasaan yang tidak puas hati menyebabkan seseorang itu mahu membuktikan yang dia juga sehebat orang lain. Namun , harus berhati-hati, kerana dengan menjadikan perasaan tidak puas hati sebagai semangat, anda mungkin kecewa dan bertambah sakit hati sekiranya anda gagal dalam usaha anda.

Cara yang sebaiknya, jadikanlah respon positif sebagai cara untuk memajukan diri. Dengan berlandaskan sokongan dan strategi untuk berjaya dari orang yang sudah berjaya, anda mampu memperoleh kejayaan.Gunakan perasaan gembira dari berkongsi kejayaan sebagai lonjakan yang anda juga mampu mencapai impian.Setiap kali anda teringat akan kejayaan mereka, ianya akan mendorong anda untuk mencapai kejayaan yang sama.

Jadi,dimana kedudukan anda?

Jika anda mempunya rakan-rakan yang berjaya, berilah respon yang positif. Dan jadikanlah kejayaan mereka sebagai lonjatan dan semangat untuk anda mendapat sesuatu yang diingini.
Jika respon anda positif, memuji kejayaan yang mereka kecapi,insya-Allah, mereka juga akan mendoakan kejayaan anda.Mereka juga pasti tidak keberatan menolong anda dan memberi semangat dalam usaha anda itu.

Jadi,jika anda sudah membaca entri saya kali ini, ketahuilah saya sentiasa mendoakan kejayaan anda.


::Written by Faisal
::8:44 p.m
::Thursday,March 12, 2009

5 comments:

A Peacemaker said...

entah kenapa,sjak 2 3 menjak ni asyik fikir2 nk tulis entri tntang motivasi je...

fareast said...

Seeloknya kita bergembira dengan kejayaan orang lain. Orang lain bergembira, kita juga bergembira.

A Peacemaker said...

to fareast..
mmng sepatutnya begitu, tapi kdng2 perasaan iri tetap ada...prsaan tu yg kena buang jauh2......

A Peacemaker said...

to fareast..
mmng sepatutnya begitu, tapi kdng2 perasaan iri tetap ada...prsaan tu yg kena buang jauh2......

Anonymous said...

salam..
terima kasih atas p'kongsian ini..
secara tidak langsung dpt menambah ilmu kpd saya..heheh