Saturday, July 19, 2008

Pencinta Keamanan

Penderitaan rakyat palestin sudah lama diketahui umum. Namun apa yang kita tonton di kaca tv hanyalah sebahagiaan daripada penderitaan dan seksaan yang dialami oleh rakyat Palestine.Banyak lagi penderitaan rakyat Palestine yang lebih dahsyat dan tidak dihebohkan lantaran kita umat islam tidak mempunyai kuasa atau akses ke atas media-media besar dunia. Kebanyakan syarikat penyiaran barat di kuasai oleh orang –orang yahudi sehingga berita-berita yang disiarkan lebih memihak kepada Negara Israel. Buktinya , dalam satu kajian yang dijalankan oleh satu pertubuhan ke atas rakyat Britain mendapati lebih 50 peratus daripada koresponden percaya bahawa Palestin menjajah Israel. Kajian ini tentu sekali mengejutkan kerana kita semua tahu mengenai apa yang berlaku di Palestine.Keputusan kajian ini jelas menunjukkan bahawa media barat telah berjaya memainkan peranan penting dalam mengaburi mata orang-orang barat. Tapi apa yang lebih malang pada saya ialah sesetengah rakyat Malaysia sendiri barangkali tidak sangat mengetahui apa yang berlaku negara timur tengah tersebut. Sesetengah generasi muda terutamanya begitu lalai dengan hidup mereka yang telah banyak dipengaruhi elemen-elemen barat. Anak-anak muda kita disogok dengan music, filem-filem Hollywood dan cara berpakaian yang kadang-kadang bertentangan dengan ajaran islam. Saya yakin jika anak muda mamahami dan tahu sejarah palestin ,tentu mereka menyedari apa yang cuba dilakukan barat ketika ini.Malah sesetengah orang cerdik pandai menganggap masalah Palestin adalah masalah tanah air mereka sendiri, masalah mereka mahu menuntut kemerdekaan dari Israel dan bukannya masalah umat islam. Ternyata mereka ini gagal memahami sejarah atau memang sengaja memejamkan mata supaya mereka tidak perlu lagi berserabut memikirkan penyelesaian kepada masalah yang berlarutan lebih separuh abad itu.

Yasser Arafat meninggal dunia tanpa sempat melihat keamanan di Palestine Seperti yang diinginkannya.

Minggu ini saya berpeluang membaca buku yang di tulis oleh Dr Ang Swee Chai. Buku yang bertajuk “Dari Beirut Ke Jurussalem” merupakan cerita sebenar penulis yang pernah berkhidmat sebagai doktor sukarelawan ketika pembunuhan dan penyembelihan rakyat Palestine di kem Sabra dan Shatila.Kandungan buku ini sudah cukup memberi pengajaran betapa kejam dan bencinya orang-orang Israel terhadap orang-orang Palestine khususnya dan umat islam amnya. Memang benarlah apa yang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yahudi dan Nasrani tidak akan meniktiraf atau berpuas hati dengan umat islam sehiggalah kita mengikut kehendak mereka.Sikap ganas orang-orang Israel masih lagi berterusan hingga kini tanpa sesiapa pun boleh menghalang walaupun banyak resolusi PBB telah dikeluarkan dan itu hanyalah retorik semata-mata .sebenarnya penindasan yang berlaku di Palestine tiada beza dengan holocaust, iaitu penghapusan orang yahudi ketika zaman Nazi di Jerman. Cuma mungkin yang berbeza hanyalah masa, di Palestine , orang islam di bunuh sedikit demi sedikit dalam suatu jangka masa yang panjang iaitu sejak tahun 1948.

Bilakah penderitaan rakyat Palestine ini akan berakhir?

Satu perkara yang menarik tentang penulis, sebelum menjadi sukarelawan , beliau merupakan penganut kristian yang agak fundamentalis. Dia selalu bermegah dan percaya kebaikan Negara-negara barat dan kebenaran Negara Israel. Malah, seperti kebanyakan orang kristian, dia menganggap rakyat Palestine sebagai pengganas hanya kerana mereka mahu mempertahankan tanah air.Sewaktu kemenangan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 di mana tertawannnya semenanjung gaza dan tebing Barat, beliau turut meraikan kejayaan itu. Namun, pandangan beliau berubah apabila menjadi sukarelawan di kem Sabra dan Shatila. Sewaktu hari terakhir tragedi iaitu 18 september 1982,beliau keluar dari hospital setelah bertungkus lumus 72 jam menyelamatkan nyawa untuk menyaksikan apa yang sebenarnya terjadi.Beliau melihat seorang lelaki tua yang matanya dicungkil dan bagaimana seorang ibu yang cuba memberikan bayinya kepadanya untuk diselamatkan.Sesetengah mayat dihimpunkan di tepi-tepi jalan sehingga reput. Manakala mayat-mayat yang terbunuh dan terperangkap di dalam bangunan dibiarkan ditimbus apabila jentolak digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut. Penduduk Palestine yang masih hidup dikumpulkan beramai-ramai sebelum ditembak tanpa perikemanusiaan. Terdapat juga mayat yang diikat dengan wayar dan diseksa sebelum dibunuh. Sesetengah kanak-kanak dibom hidup-hidup, dan wanita yang dibogelkan sebelum dicincang sehigga sukar dikenalpasti. Apayang beliau saksikan sedikit sebanyak telah mencabut keegoon yang selama ini menganggap kebaikan orang-orang kristian.Selepas targedi itu beliau mula memahami penderitaan orang-orang Palestine sehingga menjadi tempat mengadu bagi penduduk Palestine. Sebagai seorang sukarelawan yang menyaksikan sendiri kezaliman Israel, beliau pernah menjadi saksi untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya Kahan, yang ditubuhkan Israel bagi menyiasat tragedi di Sabra dan Shatila. Pun begitu ,seperti kebiasaannnya, suruhanjaya ini hanyalah sebagai platform bagi Israel supaya supaya di lihat baik oleh orang-orang asing di atas kezaliman mereka. Sebagai pengakhiran, ingin saya memetik beberapa ayat dari buku tersebut yang tatkala membacanya, menyentuh perasaan dan merasa sebak di atas penderitaan rakyat Palestine yang telah berlalu lebih setengah abad:


Mereka mempunyai impian……..

Sebuah dunia tempat kita tidak perlu bimbang akan dihempap hidup-hidup oleh timbunan cebisan bangunan yang tumbang; iaitu tempat di mana saya tidak perlu lagi merawat jasad yang parah hanya untuk mendapati kemudiaannya bahawa ia telah dihancurkan semula, atau memangku mayat seorang anak yang remuk sambilhati ini tertanya-tanya, “Mengapa?”, atau terdengar orang bertanya, “ Berapa lama lagi?”.

Sebuah dunia tanpa penjara, penderitaan, kesakitan, kelaparan dan tanpa kad pemgenalan untuk orang pelarian. Sebuah dunia yang membenarkan saya meletakkan kepala di atas bantal di rumah sendiri sambil mendengar lagu dendangan ibu, sebelum tertidur tanda hari tersebut sudah berakhir. Dunia ini adalah impian kita, Jerusalem kita.

Sekian, wassalam.

Ditulis oleh Faisal Khamis @ A Peacemaker

6 comments:

A Peacemaker said...

entry ni dan lama saya tulis..saya post kat blog yang lain. maknanye...recycle and reedit the old entry...
he....

ayu_ana said...

saya suggest awak baca novel zahrah de tigris keluaran jemari seni..saya rasa novel tu sesuai dgn jiwa awak..saya tak menyesal memiliki novel tu..

A Peacemaker said...

novel tntang ape tu ayu...? kalau tntang cinta , mintak maaf la...tk minat sangt,kalau cerita lain2 mungkin boleh..
tapi biasnya tk minat sngat baca novel...dah lama dah tak baca...
lbih suka baca buku2 berbentuk fakta...
tapi sejk dua menjak ni dah tk selalu baca...mals rasanya...masih ada dua buku yg baru beli yng tk di baca....
betul2 malas la...

tapi yg paling saya suka..main futsal lh.....

ayu_ana said...

novel tu cerita pasal perjalanan hidup sukarelawan kat iraq..keadaan kat hospital..sekolah..diceritakan dgn cara yg menarik..sejarah2 yg perlu kita tahu..ana kurang minat nak bace buku yg terlalu fiksyen..maybe sebab ana lebih suka wat calculation berbanding membaca&menghafal..tapi novel ni betul2 bagi kesan pada diri ana..kalau nak,ana boleh hadiahkan pada faisal novel ni.

A Peacemaker said...

to ayu..
mngkin lain kali boleh la..kot
skrng ni tak de banyak masa nk baca..
rasa betul2 malas nk baca....

anyway, thank u for ur offer.....

ayu_ana said...

ana pun layan novel pas abis final je..isi masa terluang..kalo time kuliah ni asyik tekan calculator je => oklah,sibuk study pun kn jaga kesihatan =)