Friday, June 27, 2008

Berhadapan Dengan Perasaan Rendah Diri

Secara adealnya, orang muda perlu memiliki keyakinan dalam membuat keputusan, dalam berkomunikasi secara efektif, dan dalam menghadapi cabaran hidup yang kian mencabar. Sesetengah orang mungkin berkeyakinan dalam pelajaran dan hubungan kekeluargaan , tetapi dalam keadaan lain mereka merasa tidak selesa dan dipinggirkan. Agak sukar untuk kita menemui orang yang seimbang dan berkeyakinan dalam setiap aspek hidupnya. Keyakinan dalam setiap aspek kehidupan amat penting dalam usaha kita mengembangkan kebolehan dan merasa lebih baik tentang diri sendiri.
Jadi , apabila kita membincangkan tentang perasaan rendah diri, kita membicarakan tentang ketidakbolehan perasaan seseorang untuk berfungsi dengan baik atau melakukan sesuatu dengan betul. Seseorang itu mungkin merasa sesuatu yang tak kena mengenai dirinya atau dia merasa dirinya tidak sehebat dan sebaik orang lain. Dia mungkin merasai perasaan ini kerana harapan yang tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa keatasnya, keadaan persekitaran dan pergaulan dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang. Perasaan yang dirasainya mungkin betul dan mungkin tidak dan kadang-kadang hanyalah illusi.

Seseorang yang mempunyai rasa rendah diri mungkin disebabkan cara bagaimana dia melihat dirinya sendiri. Seorang wanita muda mungkin kelihatan menarik, tetapi mungkin kerana orang disekelilingnya menyatakan sebaliknya atau mungkin dipengaruhi oleh iklan-iklan dan majalah yang selalunya tampil dengan meyatakan kecantikan adalah begini dan tidak begitu, wanita tersebut akan membuat kesimpulan yang dirinya tidak menarik dengan membandingkan dengan keadaan sekelilingnya. Ini bermakna dia tidak melihat dirinya dengan jelas , sebaliknya bergantung kepada persepsi orang lain.


Keadaan masyarakat kita kadang-kadang memberitahu kita yang kita perlu mempunyai cara hidup tertentu untuk kita dilihat hebat atau sempurna oleh masyarakat itu sendiri. Seseorang lelaki yang ingin berkahwin dengan wanita idamannya harus memiliki pekerjaan yang baik dan gaji yang tinggi, jika tidak mungkin tidak dipandang hebat oleh bakal mertuanya. Orang selalu melihat anda berdasarkan berapa banyak duit yang diberikan oleh ibu bapa dan bagaimana anda menggunakannya. Kebanyakan anak muda terperangkap dalam dilema ini dan terpaksa bertindak dalam situasi ini. Orang muda lebih cenderung untuk mengadili diri sendiri berdasarkan bagaimana orang melihat diri mereka .

Kepada mereka yang sentiasa merasa rendah diri, di sini terdapat beberapa tip yang boleh membantu;


1) Sentiasa ingat yang Allah melihat apa yang terdapat dalam hati anda manakala manusia hanya melihat luaran anda sahaja.Seseorang mungkin dipandang mulia di mata masyarakat tetapi mungkin tidak pada pandangan Allah jika kehidupannya tidak selari dengan apa yang dikehendaki oleh agama. Manusia perlu dilihat mulia pada pandangan Allah dengan melakukan apa yang disuruh dengan ikhlas. Jika kita dipandang Mulia oleh Allah, insya-Allah ,Allah akan memberi cahaya ke atas diri kita untuk dipandang mulia oleh orang lain. Berdoa kepada Allah supaya DIA menolong anda mencari potensi diri anda sendiri.

2)Mendengar nasihat dan pandangan dari orang yang dekat dan betul-betul kenal diri anda.Orang yang tidak mengenal diri anda, amat mudah untuk memberi pandangan yang kadang-kadang tidak membantu hidup anda, tetapi keluarga dan rakan rapat anda akan memberikan pandangan dan pendapat dengan jujur dan ikhlas. Dengan hanya mendengar nasihat dari orang yang rapat, kita tidak akan mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang lain.

3)Membuat rancangan hidup dan berusaha untuk mencapainya. Rancangan hidup hendaklah realistik dan membantu anda untuk mencapai tujuan hidup anda dan membantu meningkatkan keyakinan diri sendiri. Sebagai contohnya, jika anda ingin memiliki badan yang sihat,anda perlu melakukan senaman ,selalu ke ginasium dan mengambil diet yang sesuai. Beritahu keluarga anda tentang rancangan anda, jadi mereka boleh membantu mendorong dalam usaha anda itu. Jika matlamat anda untk meningkatkan ilmu, dengan mudahnya anda hanya perlu membaca, selalu ke perpustakaan dan melayari internet. Begitulah juga dengan rancangan anda, apa yang anda lakukan harus menuju kepada matlamat yang ingin anda capai.


4) Jangan tergesa-gesa kerana pembangunan diri anda ke arah yang lebih baik mengambil masa dan perlu dilakukan selangkah demi selangkah. Apa yang penting ialah pastikan setiap hari anda maju kehadapan ke arah matlamat dan cita-cita anda itu.

Sememangnya dalam perjalanan anda untuk bergerak maju kehadapan , anda akan berhadapan dengan orang-orang yang kadang-kadang boleh membuatkan anda lemah semangat. Jika anda mengikut apa yang dirancang dengan hati yang ikhlas, insya-Alah, akan tiba masanya dimana anda akan berkeyakinan terhadap apa yang anda lakukan. Apa yang penting ialah ,apa jua matlamat dan apa juga keyakinan diri yang ingin anda perbaiki, selalu ingat yang hanya Allah sahaja yang mampu menolong anda terutama dalam keadaan anda keseorangan dan merasa rendah diri. Apa yang penting , jangan sesekali berputus asa.

*Diterjemah dan diedit dari artikel Head to Head With Low Self-Esteem dari IslamOnline.net

No comments: