Wednesday, June 11, 2008

Prudent

Prudent… Itulah perkataan yang selalu didengari dalam rancangan debat Bersama Media yang disiarkan dalam RTM satu semalam. 1_835401280m_4 Dengan tajuk Penstrukturan Subsidi Minyak, debat itu dihangatkan dengan kehadiran Menteri Perdagangan, Datuk Shahril Samad dan Ketua Pemuda PAS, Salehudin Ayub serta Hanifah Ali, Agendadaily.com dan saudara Mustawar selaku penganalisis Bebas serta moderator. Perkataan Prudent membawa maksud berhati-hati,Bijaksana manakala mengikut Kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary, ia membawa maksud avoiding risks and uncertainties and carefully. Perkataan ini selalu dikeluarkan oleh Salehudin Ayub merujuk kepada pentadbiran kerajaan yang dikatakan tidak telus. Debat semalam pada saya tidaklah sangat menjawab beberapa persoalan yang penting. Datuk Shahril Samad banyak menceritakan tentang mengapa perlu harga minyak dinaikan, perbezaan diantara pendapatan dan keuntungan Petronas, ketidakbolehan kerajaan menanggung subsidi yang banyak manakala Salehudin Ayub lebih banyak menerangkan bahawa kerajan perlu berhebah , berbincang dengan pihak lain bagaimana untuk mengurang beban rakyat dan kerajan perlu mengelak gejala tidak baik yang mungkin berlaku dalam pengurusan kewangan Petronas

Seperti tajuknya , debat semalam berkisar dengan kenaikan harga minyak yang terlalu tinggi. Dalam keadaan kenaikan beras yang agak tinggi,menaikan harga minyak pada kadar yang tinggi bukan sesuatu yang bijak. Kalaulah , pilihanraya diadakan dalam jangka masa terdekat ini, saya yakin kerajaan sekarang akan kalah kerana kemarahan rakyat. Oleh sebab minyak merupakan bahan bakar utama, maka kenaikannya turut melibatkan kenaikan harga komuniti yang lain seperti sayur, ikan,tambang bas dan sebagainya.

Pada mula saya mendengar tentang kenaikan harga pertrol sebanyak 78 sen menjadi RM 2.70 selitar dan harga diesel sebanyak RM 1.00 menjadi RM 2.58, hati saya agak marah dan terbakar. Walaupun saya bukanlah penunggang motasikal, sebagai rakyat Malaysia , keputusan kerajan itu bakal menjejaskan hidup rakyat terutamanya di kawasan luar Bandar. Pertamanya, Sebelum ini kerajaan telah berjanji , harga minyak hanya akan naik pada bulan Ogos. Kenaikan serta –merta ini boleh disifatkan suatu penipuan atau memungkiri janji. Keduanya, jika penduduk Malaysia di Bandar merasakan kenaikan itu sebagai suatu beban, apatah lagi penduduk di Luar Bandar. Antara orang-orang tersebut ialah ibu saya. Setiap hari ibu akan menghantar dua orang adik saya ke sekolah pagi dan petang. Secara purata, ibu saya akan berulang-alik menghantar dan mengambil mereka empat mereka empat kali sehari. Dalam keadaan harga lama, ibu saya pernah merungut minyak yang diisi dengan harga RM 3.00 hanyalah bertahan untuk tiga hari sahaja , maka dengan kenaikan petrol sebanyak 41% ini, ia mungkin hanya bertahan untuk satu setengah hari sahaja dengan wang yang sama. Ini tentulah membebankan ibu saya yang salama ini pun memang sudah terbeban dengan berbagai masalah.

Apa pun yang terjadi , saya merasakan yang rakyat Malaysia perlu faham dengan keadaan sekarang. Mungkin benar terdapat ketidatelusan dalam pentadbiran sekarang, namun pengurangan subsidi minyak adalalah perlu supaya kerajaan boleh menumpukan penmbangunan dalam sektor lain. Kita sudah lama diberikan subsidi minyak yang banyak sehinggakan kita menganggapnya sebagai satu keperluan. Satu perkara yang menarik tentang isu ini ialah kerajaan menyatakan mereka tidak menaikan harga minyak,Cuma mereka mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan kepada 30 sen seliter. Kenyataan ini Nampak seolah-olah mahu menyedapkan hati hati rakyat, tetapi itulah faktanya. Seperti kata Datuk Shahril Samad, keputusan kerajaan bukanlah popular tetapi terpaksa dilakukan demi pembangunan negara. Kalau difikirkan secara logik,mengapa perlu kerajaan melakukan keputusan yang tidak polular ini selepas hanya menang dengan majoriti mudah dalm piliharaya yang lepas.Kalau diikutkan, kerajaan perlu mengurangkan harga minyak untuk menarik kembali keyakinan rakyat terhadap kerajaan, namun itu tidak berlaku.

Namun , jika kita membuat pembandingan dengan Negara-negara lain , di dunia, Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.
Kenaikan ini menyakitkan, tetapi sakitnya lebih dirasai bukan kerana kenaikan dari segi peratusan adalah lebih tinggi daripada negara-negara maju, tetapi kerana cara kenaikan tersebut dibuat.

Saya ingin memetik beberapa komen dari pembaca blog Tun Mahathir, www.chedet.com yang saya sifatkan agak lucu

Corpetro said...

saya yg paling terkena bila minyak naik ni....ini disebabkan saya berulang alik dari cyberjaya ke melaka. Skrang ni pun belanja minyak + tol saya pi keje rm 1000 sebulan....itu minyak harga rm1.92 je....aku rasa klu dengan rate skrang ni rm 2.70 mau kat rm 1500 untuk minyak kereta je!!!! kerajaan bg subsidi rm625 setahun tu cuma belanja minyak saya setengah bulan.

isteri saya pun x sanggup tgk saya sakit poket ujung bulan, malam tadi beliau buat keputusan untuk berenti belajar. dan kami akan pindah balik ke Seri Kembangan ujung bulan ni. Satu keputusan yg amat menyedihkan, tapi kami terpaksa menerimanya. Nak duduk asrama, anak saya nak letak mana pula...tak terjaga. Satu keluarga menangis mlm tadi. isteri nangis sebab dia kena berenti belajar, saya nangis sebab terharu dengan keputusan isteri, anak aku nangis sebab tgk mak ayah dia nangis...terima kasih kerajaan malaysia....

Untuk keluarga yg One Man income mcm saya ni, sure banyak effek...

Tariff elekrik pun akan naik tidak lama lagi, berikutan diesel naik rm 1.....ahhh...malas nak pk apa lagi yg akan naik....

anjelina said...

TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH! kapada Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri yang dikasihi, kerana berjaya memeranjatkan dan menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama untuk bersama-sama dan berbondong-bondong berbaris ke stesen-stesen minyak berhampiran untuk mengisi minyak kenderaan mereka sebelum kadar baru dikenakan. Namun, ini hanya dapat bertahan untuk dua atau tiga hari saja kemudian barulah rakyat akan merasai keadaan sebenar kemaikan harga minyak ini!
Ucapan jutaan terima kasih jua dipanjatkan kepada menteri-menteri dan pakar-pakar ekonomi yang bersama-sama Yang Berbahagia Selalu Si Perdana Menteri untuk membuat keputusan yang tidak popular ini dengan mengenepikan option-option lain yang ada demi menambahkan kesengsaraan rakyat dengan meletakkan beban untuk dipikul oleh rakyat jelata atas dasar rakyatlah yang telah menyokong mereka untuk memerintah.
SYABAS kepada rakyat!

No comments: