Friday, June 20, 2008

Satu Kebanggaan

EURO 2008 telah beberapa minggu bermula. Tanpa kehadiran Pasukan popular England, acara empat tahun sekali ini tetap meriah dengan kehadiran pasukan-pasukan hebat seperti Itali, Perancis, Jerman dan Belanda.

Saingan peringkat kumpulan telah pun berakhir dengan beberapa pasukan menepati ramalan mara ke peringkat suku akhir.

Kumpulan A menampilkan Portugal dan Turki ke suku Akhir.

Kumpulan B pula menampilkan kehebatan Croatia dan Jerman.

Kumpulan C yang disifatkan sebagai kumpulan maut menampilkan Belanda dan Juara Dunia Itali. Amat malang, pasukan kegemaran saya Perancis terkeluar setelah tewas 2-0 di tangan Itali pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Pasukan D pula menyaksikan terkeluarnya juara bertahan Greece yang kalah semua perlawanan. Kumpulan ini menampilkan Sepanyol dan Russia di peringkat suku akhir.

Ramai yang meramalkan Belanda dan Portugal akan mampu ke final berdasarkan persembahan mantap pasukan masing-masing dalam peringkat kumpulan. Belanda menewaskan juara dunia Itali dan Perancis dengan jaringan yang agak besar manakala Portugal pasti menyegat dengan kehadiran pemain sensasi Manchester United, Christiano Ronalda.

Tapi , malam semalam meyaksikan Portugal tersungkur 2-3 kepada Jerman dalam perlawanan suku akhir pertama.

Apa yang membanggakan saya dalam EURO 2008 ini ialah kehadiran ramai pemain beragama islam samada muslim origin atau muslim convert. Kehadiran mereka ini bukan sahaja sebagai pemain bolasepak yang hebat tetapi juga menampilkan imej yang baik sebagai seorang muslim. Kita tentu masih ingat akan kehebatan bekas playmaker dan kapten Perancis , Zinedine Zidane, yang membawa Perancis memenangi Piala Dunia 1998 setelah menjaringkan dua gol pada pelawanan akhir menewaskan Brazil 3-0.

Pada EURO kali ini , Perancis menampilkan paling ramai pemain beragama islam. Pemain-pemain ini bukan pemain sebarangan , tetapi selalu diberi tumpuan kerana kehebatan dan aksi mereka di padang. Berikut adalah antara pemain-pemain beragama islam dalam squad perancis;

1) Frank /Belal Ribery - A muslim convert yang berkahwin dengan wanita berketurunan Algeria. Setelah sekian lama menyembunyikan identitinya sebagai muslim , akhirnya dia mengaku apabila menyatakan dia merasa selamat dengan islam.

"Islam is my source of strength either in or outside the playground," he said.

"I lead a difficult career and I was determined to find peace of mind, and I finally found Islam."-Frank Ribery


2) Nicoles/Belal Anelka - A muslim convert yang pernah bermain untuk Paris Saint-Germain, Arsenal, Real Madrid, Liverpool ,Manchester City dan Boltan wonderers. Pada bulan Januari 2008, dia menyertai Chelsea dengan bayaran perpindahan 108 M.

3)Karim Benzema - A French of Algerian origin. Walaupun pemain yang berusia 20 tahun ini dianggap sebagai Zidane baru kerana rupa dan keturunannya yang berasal dari Algeria,namun gaya permainannya dikatakan mempunyai persamaan dengan pemain terkenal Brazil , Ronaldo terutamanya gaya larian ketika membawa bola. Bermain untuk kelab Lyon.



4) Samir Nasri - sama seperti Benzema,dia juga merupakan a French of Algerian origin. Digelar sebagai Zinedine Zidane baru oleh penyokong Marseille, dia dikatakan bakal berpindahan ke Arsenal musim hadapan bagi mengisi kekosongan posisi mildfield yang ditinggalkan Matthieu Flamini.

5) Lassana Diara - Agak terkejut saya apabila mendapat tahu pemain ini merupakan muslim French of Malian origin .Dikenali sebagai “new Claudie Makelele”, setelah menyertai Chelsea 3 tahun lalu.Pada tahun 2007, beliau menyertai Arsenal sebelum menyertai Portmouth dimana beliau telah membantu kelab itu memenangi Piala FA baru-baru ini.

6) Eric Abidal - Pemain pertahanan yang pernah bermain untuk Lyon. Kini menyarung jersi Barcelona.

7) Lilian Thuram - Pemain pertahanan veteran Perancis yang telah mengumumkan persaraan setelah kegagalan Perancis layak ke suku akhir EURO 2008.


Selain itu , terdapat beberapa lagi pemain beragama islam dalam pasukan yang menyertai Euro 2008 kali ini.Antaranya;

1) Robin Van Persie(Belanda) - Agak mengejutkan apabila saya mengetahui yang pemain bintang Arenal ini merupakan seorang Muslim. Dia memeluk islam bukan hanya disebabkan perkahwinan dengan wanita morocco, tetapi juga disebabkan pengaruh pergaulannya dengan rakan-rakan berketurunan Morocco sejak zaman kanak-kanak lagi.

2) Ibrahim Afelley(Belanda) - A Dutch of Moroccon Origin. Bermain untuk kelab PSV Eindhoven.

3) Khalid Boulahrouz(Belanda) - Pemain yang pernah menyarung jersi no 9 ketika bersama Chelsea ini merupakan Dutch of Moroccon Origin. Selepas gagal mendapat tempat di Chelsea , dia berpindah ke sevilla sehigga sekarang.

4) Zlatan Ibrahimovic(Sweden) - A Swedish of Bosnian-Herzegovnian Parentage.Pernah menyarung Jersi Ajax dan Juventus. Kini bermain untuk kelab Internazionale.

5) Rami Shaaban( Sweden-Goolkeeper) - A Swedish of Egyptian Origin.Bermain untuk kelab Hammary.

6) Ramazan Ozcan(Austria) - Austrian of Turkish origin. Bermain untuk kelab Hoffenheim.

7) Umit Korkmaz (Austria) - Austrian of Turkish origin. Bermain untuk kelab Rapid Wien.

8) Hakan Yakin( Switzerland) – A Swiss of Turkish Origin. Bermain untuk kelab Young Boys. Walaupun Switzerland tidak layak ke suku akhir, namun kejayaan menewaskan
Portugal 2-0 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan tetap mendapat pujian dari penyokong. Dan Heronya adalah Hakan Yakin yang menjaringkan kedua-dua gol.

Hakan Yakin

Pemain-pemain ini bukan sahaja bermain bolasepak untuk pasukan masing-masing , tetapi juga membawa imej islam .Sebagai contohnya, pada perlawanan pertama Perancis, Frank Ribery dan Eric Adibal dilihat sempat berdoa sebelum perlawanan. Kehebatan mereka dipadang dan juga sebagai seorang Muslim sememangnya menjadi satu kebanggan kepada kita. Kita tentu masih ingat Pemain Sevilla,Frederic Kanoute yang sanggup menghabiskan wangnya demi mengelakkan sebuah masjid daripada dilelong kerana itu merupakan satu-satunya masjid yang terdapat di Sevilla. Dan Keengganannya memakai jersi yang memaparkan penaja untuk website perjudian internet (an internet gambling site) sehingga menyebabkan pihak pengurusan kelab Sevilla memberi kebenaran untuknya memakai jersi tanpa penaja.

No comments: