Friday, June 13, 2008

Uniknya UIA


Im000165

Uniknya UIA bukan hanya terletak pada nilai islam yang Cuba diserapkan dalam setiap pelajarnya, tetapi juga terletak kepada pelajar-pelajarnya. Hampir 15% pelajar uia merupakan pelajar antarabangsa yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Dari Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan,Eropah ,Asia Timur, Asia Barat malah ada antaranya datang dari Negara yang belum pernah didengari sebelum ini. Alhamdulilah, saya ada mengenali beberapa orang dari mereka yang bukan sahaja baik tetapi juga mudah didekati. Antaranya Mahmoud( Palestine), Mahmoud(Bangladesh), Musa(Kosovo), Simic( Bosnia), Shadab (Kashmir) dan Maher( Yamen). Walaupun tidaklah selalu berjumpa, namum setiap kali berjumpa pasti ada sahaja benda yang dicakapkan. Malah saya kadang-kadang diminta menolong mereka dalam beberapa hal. Contohnya,minggu lepas saya menolong seorang rakan saya belajar bahasa melayu kerana dia ada presentation keesokannya. Memang agak melucukan mendengar orang arab bertutur dalam bahasa melayu. Ada sesetengah perkataan yang sememangnya tidak boleh disebut dengan betul disebabkan perkataan tersebut tidak terdapat dalam bahasa arab. Contohnya perkataan nya ,seperti anaknya, kepunyaannya dan lain-lain perkataan yang berakhir dengan nya . jika anda mendengar , pasti anda akan tergelak habis.Sampai sekarang,saya masih mampu tergelak jika mengenangkan bagaimana sukarnya kawan saya menyebut perkataan nya dengan betul.

Hari ini hari jumaat. Biasanya khutbah jumaat disampaikan dalam dwibahasa. Jika khutbah pertama bahasa melayu , khutbah kedua pula disampaikan dalam bahasa arab atau inggeris. Biasanya , konsep dwibahasa ini hanya melibatkan tiga bahasa; melayu , inggeris dan arab. Dan kombinasi samada melayu-arab, melayu- inggeris atau arab-inggeris. Tapi hari ini, khutbah jumaat agak istemewa. Oleh sebab penyampainya merupakan rakyat China, maka buat pertama kalinya khutbah disampaikan dalam bahasa arab- mandarin. Memang pertama kali mendengar khutbah dalam bahasa mandarin agak pelik bunyinya dan melucukan, tetapi itulah Islam. Ia menunjukkan bahawa islam sudah tersebar jauh ke seluruh pelusuk dunia dan bahasa bukanlah penghalang kepada seseorang untuk mempelajari agama. Kita mungkin berbeza bahasa, budaya, cara , tetapi jika kita mempunyai pegangan yang sama,kita adalah saudara . Allah tidak melihat kepada bangsa tetapi melihat kepada amalan kita samada baik atau buruk.

No comments: