Wednesday, March 16, 2011

Hening Malam

Assalamualaikum
Tatkala saya menulis entri pendek ni, jam dah pun menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Baru pulang dari kerja tadi. keje shift.

Ini adalah hari kedua berkerja di department ni selapas dibuka semula isnin lalu.Sebelum ni, department ni ditutup kerana banyak sangat masalah, and the biggest problem ialah tak generate profit pun.

Ini pun buka balik just for a week. If it is ok,selepas diaorang buat analysis, jualan product dapat menampung gaji perkerja dan ada untung, maka akan diteruskan production. Kalau tak,maknanya kena tutup dan saya pun terpaksa cari kerja lain.

Saya pun tak kisah sangat kalau tutup because saya sendiri memang sedang mencari kerja lain. Sejak awal-wala masuk lagi saya memang menganggap yang kerja ni sebagai kerja sementara sebelum dapat kerja baru. Ingat nak kerja 2 atau 3 bulan je tapi sekarang dah melarat ke hampir 7 bulan. Rupa-rupannya pencarian untuk nak dapatkan kerja bukan sesuatu yang mudah.Ia betul-betul memeningkan kepala saya.

Nak sambung belajar duit tak ada walaupun sebelum habis belajar lagi dah ada tawaran.Ditambah pula dengan tekanan saya anak kedua, perlu bantu keluarga. Tanpa kerja yang elok dan gaji yang sepatutnya saya dapat, mana mungkin saya dapat bantu keluarga. Gaji sekarang pun cukup makan je, bagi duit kat mak pun jarang-jarang.

Hidup memang tekanan dan lebih memmeritkan kalau tak ada tempat nak dilepaskan(melainkan blog ni je). Orang lain happy ada keluarga yang baik dan bahagia, saya pula terseksa sebab banyak hal menyakitkan hati berlaku. Tak tau nak cakap apa. hanya Allah yang tahu.

Sesetengah rakan saya yang terjumpa blog saya sebelum ni salah faham sangat-sangat kat saya.Sebenarnya apa yang saya tulis kat sini tak mengambarkan sangat diri saya kat dunia sebenar. Saya seorang yang bermotivasi, berkeyakinan dan sentiasa tabah. orang yang pernah bercakap dengan saya pasti tahu sapa saya. Apa yang saya tulis disini hanyalah sekadar luahan perasaan. Tak lebih dari itu.

Sekiann, untuk kali ni.jumpa lagi. Best pulak tulis gaya tak formal macam ni.

Jazakallah Khair

Wasalam.

2 comments:

zafiqa said...

cari kerja yang bersesuaian memang susah...
teruskan usaha...
semoga dapat apa yag dicari...


sekurang-kurangnya awak ada gak keje, ade gak duit masuk...Alhamdulillah...

A Peacemaker said...

Terima kasih kerana komen.
insya-Allah, akan dapat tak lama lagi...doakan...