Friday, November 13, 2009

Motivation 5: Marah Ibarat Api

Dalam hidup saya, saya ada beberapa rakan yang saya ibaratkan sebagai pandai menunjukkan emosi. Apabila mereka dalam keadaan marah, anda dapat melihat perubahan pada wajah dan juga perbuatan mereka. Muka akan bertukar menjadi merah padam, kata-kata pula agak tegas dan wajah nampak garang. Tapi jika keadaan mereka dalam mood baik, lain pulak jadinya. Mereka menjadi peramah, bermotivasi, periang, dan kata-kata mereka membuatkan anda jadi bersemangat. Kadang-kadang melihat wajah pun sudah cukup untuk merasa tenang.

Orang sebegini ada baiknya. Melalui perlakunya, orang sudah dapat mentafsir akan sikap dan peribadinya. Jadi, orang tidak akan melakukan apa yang menyebabkan dia marah, kecil hati atau terguris. Buruknya, orang sebegini boleh merubah keadaan dari ceria, gembira kepada sedih. Cuba bayangkan kalau dalam meeting, tiba-tiba dia beremosi , sudah pasti orang akan diam dan hilang semangat untuk bercakap dan memberi idea-idea yang bernas sebab rasa down.

Saya pulak, dalam apa-apa keadaan pun masih boleh tersenyum(tersengih). Saya mampu senyum dalam keadaan gembira, sedih dan marah. Kadang-kadang saya marah tapi orng tidak sedar sebab kebiasaannya tersenyum dan menggunakan ayat-ayat sindirin untuk meluahkan rasa marah.

Orang yang marah sebenarnya gagal mengawal emosi. Dia membiarkan emosi mengawal dirinya, yang sepatutnya dikawal oleh akal.

Saya yakin anda tentu pernah menghadapi keadaan dimana dimarahi orang. Dalam keadaan begitu apa yang anda lakukan. Sudah tentu anda juga berasa geram dan mahu melepaskannya.

Orang marah kat kita sebab dia nak lepas geram yang dah lama tersimpan. Mungkin dia geram pada perkara-perkara tertentu dalam hidupnya yang langsung tiada kaitan dengan kita. Geram dia yang dulu, dia bawa ke masa sekarang.Dia simpan rasa geram tu lama-lama. Jadi, bila ada peluang untuk marah, dia lepas. Geram yang dulu dan geram yang disebabkan oleh anda sekarang dia kumpul semuanya, pastu dia lepas sekaligus kepada anda, seperti gunung berapi yang baru nak meletus. Panas, hangat, menyakitkan.

Sebaiknya jika anda dimarahi orng lain, diam, tenangkan hati dan fikiran anda. Tarik nafas dalam-dalam. jangan respon pada kemarahan tu, jangan balas balik dan jangan layan lama-lama.Jangan biar emosi mengawal anda, tapi andalah yang mengawalnya. Biarkan orang itu bercakap dan melepaskan kemarahannya. Biarkan dia habis bercakap. Setelah itu, baru anda buka percakapan. Jika anda bersalah cepat-cepat minta maaf dan katakana anda sedia menerima apa saja hukuman. Tapi, janga risau, manusia sifatnya agak lembut. Kata-kata lembut anda akan menghilangkan rasa marahya. Dia akan merasa bersalah kerana bertidak kasar kepada anda padahal anda tetap cool dan bercakap dengan penuh hormat.

Marah ibarat api. Jika orang marah, anda jangan membalas dengan perkara yang sama. Jika itu ynag anda lakukan , anda seolah-olah menyemarakkan lagi api. Akhirnya, jadilah tindakan yang balas membalas yang mungkin berkesudahan perkara yang tidak diingini.

::Faizalkhamis
::5:51 pm
::Thursday, November 13, 2009

5 comments:

sharamli said...

kdg2 bila marah..semua benda xkena..semua benda nak lepas...
bila dh sejuk..rasa menyesal plk dgn ap yg kita wat waktu kita marah...

A Peacemaker said...

bila kita marah kita hanya mengikut emosi...xpun kawalan emosi kita terhadap diri sendiri lebih kuat dari kawalan akal fikiran kita....
bila kita dah cool n xberemosi, rasa meyesal n b0*** plak dengan pa yg telah kita buat waktu marah tu...

Teratai Biru said...

~aha. kdg2, klaka juga tengok org yg beremosi ni marahkan somthin. sbb kita mcm dh buley agak apa tindakan dia. haha. rimas pun ade gak ngan org2 sebegini. tp yg beznyer, dialah penceria suasana. haha.

~in fact, sebahagian besar kebijaksanaan kita akan hilang sewaktu marah. inilah kerugian besor bg org2 yg x dpt mengawal marah.

~marah itu perlu (sifat normal bg seorang manusia). yg x perlunya ialah cara melepaskan marah yg tahpape... sebab itu perlunya diam ketika marah.

~aha. pjg lak tulih...

A Peacemaker said...

kadang2 bila bandingkn keadaan seseorang time dia marah n cool, rasa cam lawak plak....
pa2 hal nak marah tu adalah hak setiap orng, tapi harus dikawal..
kadang2 kita buat cara lembut,orng xfaham, so kenalh juga keluarkan kemarahan tapi harus TERKAWAL...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.