Sunday, July 12, 2015

Kerja sebagai Safety Personel Perlu Self-Motivated

Salam Ramadhan semua,

Dah lama rasaya saya tak tulis kat blog. Bukan apa sejak dua tiga menjak ni banyak benda nak pikir. Tak tau mana satu nak tulis.

Dah empat bulan dah saya kerja sebagai safety personal kat satu syarikat ni. Mula-mula masuk dulu agak excited juga sebab waktu tu kalut dengan audit OSHAS 18001- Occupational Safety and Health. Banyak benda yang belajar. Alhamdululilah, untuk audit OSHAS tak ada NCR, hanya few OFI ja. Tapi lepas audit, safety dah macam tak da papa kat company. Baru saya tau, seperti kebanyakan company, depa buat safety semata-mata kerana business. Ada OSHAS, senang dapat business. that's it.

Masalahnya, ada banyak perkara yang syarikat tak buat. Contohnya, Safety committee cuma ada as organisation chart. Panggil meeting ramai yang tak mai. The worst, representative of employer pun tak mai. kalau tak mai, macam mana majikan nak tau pa yang berlaku dalam syarikat dan beri komitment untuk safety.  Malah ada hari tu sorang committee member ugut saya yang kalau next meeting depa tak datang, dia pun tak mau datang..Adoi.. My manager yang incharge safety seolah-olah macam acuh tak acuh tentang safety. Cakap cukup hebat, tapi I feel dia macam tak tau sangat tentang safety. Bila saya mengadu yang ramai takmai meeting, dia senyum ja.

Sebenarnya, safety ni elemen yang penting adalah komitment company. Malah, syarikat yang terkenal dengan good safety practices, Du Pont pun ada state dalam diorang punya 10 safety principles iaitu "management is directly responsible for doing this". Tapi kalu company tak komited, memang susah sikit untuk safety person buat kerja walaupun dia betul-betul komited. Kena convincekan management dan pekerja-pekerja biasa. Masalah dengan company saya kerja, yang ketua-ketua jabatan pun tak faham safety. Jenuh nak terang. Oleh sebab tu perlu selalu self-motivated dan jangan down bila orang tak faham tentang safety. Ada pula yang kata regulations yang ada kaitan dengan safety tu semua mengusahkan dan kalau nak buat semua memang susah la nak buat kerja..Mentaliti yang macam ni nak kena buang.

As for myself, I did whatever I can for safety. Benda yang saya buat setakat ini adalah macam inspection at workplace, accident investigation, safety and health program, CSR, monthly first aid check, panggil meeting and recently SHO monthly report. 

Beberapa bulan berada disini, baru saya sedar kenapa safety practitioner dengan pengalaman tiga tahun dan ada greenbook boleh dapat gaji tinggi. Gaji tinggi setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul. Bukan senang, kita kena jaga satu kilang atau construction site. Kerja as safety personel tak sama macam kerja lain. Kalau technician atau engineer contonhya hanya focus kepada satu-satu tempat saja. Dia tak perlu ambik tau sangat apa yang berlaku ditempat lain. Tapi safety kena faham banyak perkara, kena jaga seluruh kilang, kena nampak apa bahaya yang orang lain tak nampak. So that any accidents can be prevent.

As new in safety, I need place to learn about this. So, that't why I should find new place. Kalau dok kat sini lama-lama, tak tau apa nak jadi. Saya disini kadang-kadang kerja yang bukan safety pun saya kena buat. One more thing, saya kat sini hanya jaga safety and health. Environment and schedule waste orang lain jaga. Normally, kebanyakan company safety, health and environment combined sekali. So, I need to learn environment also. Itu juga sebab saya perlu kerja lain dengan better job scope.

It look I'm give up with this company? No,not at all...I just wanna to give myself chance to explore more exciting things. That's it. I need to learn more.

Insya-Allah, lepas raya ni saya akan ada kerja baru as SHE practitioner. Doakan.

Selamat Hari Raya!!!

The Malay Reserve
12 July 2015
09:00 am

No comments: