Friday, July 24, 2015

3 Tips Menjadikan Hari Anda Lebih Bahagia

1. S & S (Senyum dan Salam)


                                                                  Sumber foto: disini

Semasa saya menuntut di Universiti, satu budaya yang suka ialah senyum dan salam. Suasana kampus mengajarkan akan budaya mulia ini. Apabila saya berjalan-jalan dikampus dan bertemu dengan dengan rakan-rakan lelaki, senyum akan dilemparkan disusuli dengan salam walaupun kami tidak mengenali sesama sendiri.

Senyum merupakan sedekah yang paling mudah. Anda tak perlu keluarkan duit pun. Hanya dengan melemparkan senyuman kepada orang lain, anda boleh menyembuhkan hati yang luka.
          
Salam pula adalah ucapan muslim kepada muslim yang lain. Ia adalah doa, dengan membawa maksud, sejahtera  ke atas  kamu. Apabila kita selalu memberi salam kepada muslim yang lain, kita mendoalan kesejahteraan mereka dan begitu sebalikya bila mereka menjawab salam anda. Sebenarnya, kalimah salam adalah perkataan sanagt indah, malah berperanan untuk meningkatkan ukwan antara muslim.

2. Berfikiran Positif 
Hidup kita ditentukan oleh apa yang kita fikir. Malah, Tuhan merencanakan hidup kita dari apa yang kita mahukan. Kalau kita hari-hari berfikiran negatif, asyik memikirkan keburukan orang lain dan sentiasa mencari jalan menjatuhkan orang, bagaimana kita mahu maju dan bahagia dalam hidup.

Banyak contoh yang boleh kita ambil. Contohnya, kadan-kadang kita selalu mempunyai perspektif negatif kepada orang lain bila kali pertama kita lihat orang itu. Dari pakaiannya, kita sudah boleh mentafsirkan perilaku orang itu walaupun tidak pernah bersua. Tidaklah salah, namun jika berlebihan dengan tafsiran negatif, lebih baik dielakkan. Bayangkan, jika anda fikir negatif tentang seseorang, adakah dia akan berfikiran postif kepade anda. Sebenarnya, apa yang kita fikir secara semulajadinya akan menerbitkan aura-aura yang akan sampai kepada orang tersebut.

Befikiran positif dalam setiap langkah hidup kita. Kalau orang buat jahat kepada, jangan balas dengan kejahatan. Lakukan sesuatu yang baik, insya-Allha, diakhirnya dia pasti menyesal dengan tindakannya.

3. Menggembirakan Orang Lain
Hidup adalah satu interaksi  sesame manusia. Jika orang lain perlukan pertolongan anda, ringan-ringankanlah tangan asalkan pertolongan anda itu tidak memudaratkan diri sendiri. Lakukan perkara-perkara mudah yang dapat membuat orang lain gembira dan rasa mereka dihargai. Ingat, whatever goes around comes around.

Sekian, terima kasih. 

The Malay Reserve
24 July 2015
12:00 am

No comments: