Friday, April 17, 2009

Methodologi Cinta Sejati

Entah kenapa hari ini saya agak kejiwangan. Mahu pula mengepostkan entri berkisar tentang cinta lelaki dan perempuan. Jarang sekali saya memikirkan soal cinta, bukan mahu menolak fitrah manusia tapi menyedari banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan sebelum betul-betul serious mahu memikirkan soal teman hidup.

Banyak benda yang saya perlu pertimbangkan sebelum betul-betul mahu mencari teman hidup. Soal keluarga, Ibu, adik-adik yang masih belajar dan yang paling penting tentulah tentang diri saya yang saya rasa masih kekurangan banyak ilmu agama yang perlu ditimba. Berkahwin atas dasar cinta memang mudah tapi tanggungjwab yang akan dipikul kelak bukanlah sesuatu yang perlu diambil remeh. Sudah banyak cerita di akhbar-akhbar yang menunjukkan perkahwinan atas dasar cinta SAHAJA tidak akan kekal lama tanpa dipenuhi dengan rasa tanggungjawab kepada pasangan masing-masing.Rasa tanggungjwab ini hanya akan muncul jika kita betul-betul menghayati ajaran islam.

Saya bukanlah bercakap kosong, tapi sejarah keluarga saya telah memberi saya banyak ikhtibar dan pesanan yang perkahwinan itu bukanlah satu benda yang main-main.Ia tentang taggungjawab. Ia lebih kepada MEMBERI bukannya MENERIMA.

Pun begitu, saya tidak dapat menafikan pernah juga menaruh perasaan pada wanita. Malah ada beberapa rakan sekelas yang sudah dapat mengesyaki niat saya itu .Saya seperti biasa hanya tersenyum lebar( ada orang kata senyum saya menarik? ye ke?), tidak megeyakan dan tidak pula menidakkan.

Untuk renungan bersama, saya selitkan cerita berkisara tentang cinta (diambil di sini)

Cinta adakalanya tidak perlu dilafazkan...

Ikuti kisah dalam sebuah cerita...

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka;

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata: "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi.
Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini : "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


::Written by Faisal
::10:18 p.m,
::Saturday,April 17, 2009

1 comment:

sharamli said...

kisah yg wat 0rg terharu...

t kawen jemputla 0rg erk..hu3