Monday, February 9, 2009

Politik..oh...Politik

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Saya sebolehnya tidak mahu bercakap tentang politik, tetapi memandang betapa geram , marah dan kesalnya terhadap apa suasana politik yang berlaku di Perak, saya gagahkan juga menaip bait-bait ayat ini. Bercakap tentang politik Malaysia kadang betul-betul memeningkan kepala memandang pertelingkahan adalah sesama umat islam ,tidak seperti politik antarabangsa , isu Palestine Israel yang jelas melibatkan umat islam dan kafir, dan dengan mudahnya kita akan terus menyokong rakyat Palestine. Tetapi , dalam hal politik Malaysia ni, sebagai seorang yang tidak memihak mana- mana parti politik , agak sukar untuk mengjangkakan siapa sebenarnya di pihak yang benar.

Saya bukanlah pemimpin pelajar, bukan juga ahli mana2 pertubuhan politik dan barangkali penampilan saya juga tidak menunjukkan yang saya seorang yng berkepimpinan, tetapi politik bukanlah sesuatu yang baru. Jika orang lain mula memnunjukkan minat semasa di universiti, minat saya terhadap politik sudah bermula sejak di sekolah menengah lagi.Dan saya rasa selama saya mengenal politik ni, inilah kali pertama di mana selepas hampir setahun pilihanraya, isu politik masih lagi menjadi topik hangat di dada-dada akhbar.Hari demi hari, kenyataan, spekulasi baru dikeluarkan. Nampaknya ahli-ahli politik kita lebih berminat tentang kuasa daripada kebajikan rakyat dalam keadaan ekonomi yang a semakin merudum .

Isu Melompat

Disini saya paparkan artikel dari ustaz zaharuddin(www.zaharuddin.net) tentang lompat

Ini isu pertama yang patut kita fikirkan. Isu ini sangat hangat diperkatakan sejak dimulakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelang 16 September 2008, dan kemudiannya 24 Sept 2008 dan terus tertangguh.
Reaksi rakyat adalah pelbagai menjelang 16 September 2008 yang lalu, ada yang : -
• mencela ‘lompat' sebagai keji, tidak bermoral dan khianati pengundi
• tidak bersetuju tetapi tidak begitu membantah,
• ada yang tidak bersetuju tetapi menyerahkan kepada keadaan
• ada yang bersetuju, tetapi kurang selesa,
• ada yang sangat setuju,
• ada yang masih konfius dan mengikut keputusan pimpinan masing-masing tanpa berfikir
• dan macam-macam kelompok lagi.
Apa sebenarnya pendirian anda dan mengapa anda berpendirian begitu?

Kebiasaannya, pihak yang mendapat manfaat beserta penyokongnya akan bersetuju dan mempertahankannya. Namun demikian tidak dinafikan ada sebahagian penyokong dan pendokongnya yang termasuk dalam salah satu kelompok di atas tadi.

Pihak yang akan menerima kesan negatif pula kebiasaannya akan menentang habis-habisan. Namun ada juga penyokong dan pendokongnya dari kelompok di atas juga.

Sebelum kita berbincang lagi berkenaan pendirian wajar atau tidak. Ditaqdirkan Allah swt, tarikh 16 dan 24 September 2008 menemui kegagalan secara fizikalnya, namun justifikasi segera pemimpin PR mengatakan mereka tidak gagal malah berjaya iaitu menembus minda rakyat untuk terbayang kerajaan persekutuan boleh berpindah tangan. Tidak mustahil atau paling kurang memberikan sedikit ‘feel'. Sama ada justifikasi ini rasional, bertaraf tadika atau bertaraf dunia, terpulang kepada anda semua untuk menentukan. Ia bukan tujuan artikel ini ditulis.

Apa yang berlaku tiba-tiba adalah pada awal bulan Februari 2009, beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak pula melompat parti sehingga membawa kekecohan yang masih panas hingga ke hari ini.

Majoriti kelompok pendokong dan penyokong Pakatan Rakat tentunya berang bukan main, dan seribu satu macam hujah dan rasional dihamburkan bagi mengecam tindakan keempat-empat ADUN terbabit [ 3 PR + 1 UMNO (PKR) ]

Hasil pembacaan saya di pelbagai media di internet termasuk pendapat perseorangan dari kem Pakatan Rakyat dan Kem BN, mendapati empat perkara kerap dan menarik iaitu:
1)Double Standard ; Pimpinan PR mengamalkan sikap ‘double standard' ; kerana bila dahulu dikempen dan diusahakan lompatan 16 September 08, dipersetujui mereka, namun bila berlaku di Perak, mereka kutuk dan kecam. Bermakna, lompat masuk PR adalah terpuji, tetapi lompat masuk BN adalah celaka dan khianat. Adakah wajar ?
2)Strategi makan tuan ; strategi menubuhkan kerajaan hasil ‘lompatan' YB yang dipopularkan oleh DSAI dikatakan makan tuan apabila isu di Perak berlaku.
3)Mandat pilihan patut diberikan semula kepada rakyat : iaitu bubar DUN dan pilihanraya semula di negeri Perak. Secara asasnya saya setuju dengan cadangan ini tetapi artikel ini hanya akan menyentuh sedikit sahaja berkenaan perkara ini.
4)Isu perlembagaan; Isu lompat bukan yang paling utama, tetapi isu utama adalah MB Perak tidak dijatuhkan melalui saluran undang-undang yang sah menurut perlembagaan. Sultan tiada kuasa eksekutif memecat Menteri Besar tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tempatnya melalui undi tidak percaya. Isu ini juga tidak saya tumpukan dalam artikel ini. Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan :
The Constitution is the highest law of the land. It is the foundation and source of legal authority, and the Rulers are sworn to protect and uphold it. According to the Constitution, Dato' Seri Nizar Jamaluddin is Menteri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the assembly. The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority. (sumber )


Lompat yang dibenarkan
Dibenarkan dalam beberapa keadaan antaranya :-
Untuk Kebaikan Rakyat : Melompat kerana kepentingan dan kebaikan rakyat, bukan hasil kerakusan mengaut imbuhan untuk diri atau menyelamatkan diri dari tuduhan rasuah atau dakwaan kejahatan yang dilakukan oleh diri sendiri. Lalu kerusi wakil rakyat digadaikan.
Membawa kepada taat Allah ; Jika menurut fakta, statistik dan pengalaman umum yang jelas bahawa sesebuah gabungan parti itu lebih membawa kepada pelbagai maksiat dan ketidakadilan manakala parti yang lain lagi membawa kepada lebih ketaaatan kepada Allah, lebih kebaikan dan kesaksamaan, maka ‘lompat' boleh menjadi HARUS malah mungkin ada ketikanya ia adalah sunat atau wajib.
Mengurangkan mudarat ; Jika kedua-dua parti adalah tidak baik, namun demikian satu darinya kurang mudarat dan tidak baiknya. Maka boleh malah wajar untuk lompat kepada yang kurang membawa mudarat untuk diri dan rakyatnya.
Tiada potensi mudarat lebih besar ; Telah ditinjau potensi bantahan rakyat tidak akan membawa mudarat yang lebih besar. Jika telah dikenalpasti rakyat terdiri dari mereka yang ganas dan boleh mencetus mudarat lebih besar akibat lompat. Maka lompatan wajar dijauhi.
Pilihanraya korup sepenuhnya atau sebahagian besarnya ; tatkala itu usaha mengajak lompat dibenarkan jika tiada cara untuk menang dalam pilihanraya biasa kerana korupsi amat dahsyat dan rasuah bermahajalela menyebabkan pilihanraya tidak adil sama sekali.
Pilihanraya dipelopori majoriti pengundi tidak baik ; Melompat dan mengajaknya dibenarkan apabila rakyat dikenalpasti majoriti terdiri dari orang yang sangat cenderung kepada kejahatan dan pastinya akan sentiasa memilih yang tidak baik sebagai wakil mereka. Justeru, bagi menyelamatkan Negara dan kebaikan rakyat sebegini, jemputan dan mengajak lompat adalah dibenarkan.


Malunya melayu


Sebagai seorang melayu , saya tersangat rasa malu dengan sikap orng2 melayu yang telibat dalam 2,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR) bagi menghalang majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak ke-11 Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang berlangsung di Istana Iskandariah pada jumaat lalu.Yang lebih memalukan adalah tindakan penyokong yang menahan Kereta yang membawa Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah selain tururt membaling dengan objek dan cuba dihalang oleh beberapa lelaki yang berbaring di atas jalan.Tindakan sebegini sewajarnya dielakkan memandang ianya tidak selari dengan ajaran islam memandangkan hampir kesemua perusuh adalah orng melayu yang beragama islam. Bukan sahaja imej orng melayu tercalar malah sikap yang selalu dilihat di Negara barat2 ini turut memcalitkan imej buruk tentang islam itu sendiri yg sudah pun buruk di mata orng2 bukan islam.


Sultan dihina


Tindakan Pengerusi DAP, Karpal yang akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati institusi raja yang telah wujud sejak sekian lama. Tindakan beliau biadab, sombong dan angkuh menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dengan menggugut baginda untuk dibawa ke muka pengadilan benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat.Barangkali beliau berlagak memandang beliau seorang peguam yang sudah lama dan amat memahami selok belok undang-undang. Tapi harus diingat orang melayu agak sensetif dan sekali mereka bertindak , buruk padahnya.Sarang tebuan jangan dijolok, ornag melayu belum lagi menunjukkan apa yg boleh mereka lakukan.Kepada Karpal sigh, berhati dengan kata2 kamu, jangan sampai terguris lagi perasaan orng melayu.

Perak bukan Gaza

Saya agak terkejut apabila membaca beberapa blog yang menyamakan kerajaan BN perak sekarang ni seperti Israel yang merampas tanah penduduk Palestine. Mana mungkin anda boleh samakan Israel yng memang sah kafir dengan kerajan BN yg sedaura seislam. Tak kan lah hanyalah kerana masalah poltikakn, sanggup menyamakan orng islam lain yg mengucap syahadah,bersolat 5 waktu dan melakukan amalan2 islam yg lain dengan sikap Israel yang tidak berperikemanusian tu. Perak bukannya gaza, BN bukannya Israel dan penyokong PR bukannya rakyat Palestine yg berjuang menentang kezaliman orng2 kafir yahudi.

P/s: saya bukanlah penyokog mana2 parti politik , Cuma seorng muslim yang sayangkan agama, bangsa dan Negara saya. Proud to be 3M( Muslim, Malay and Malaysian)

::Written by Faisal
::11:32 p.m
::Monday,February 09, 2009

7 comments:

azhar mohamed said...

Agama dan bangsa bukan milik organisasi..
justeru bukan semua muslim dan melayu dalam satu parti..
Ada yg global,ada yg tribal dan ada yg individual..
Musuh bangsa dan agama cuma satu -dia yang dikuasai nafsu..
lalu awasi si hamba nafsu yang mempunyai kepentingan diri..
dalam barisan perjuangan bangsa dan saf perjuangan agama!!

Ricca said...

syukur, masih ada yang mengerti..

Ricca said...

al-azhar,

saya kurang paham apa yang ingin disampaikan dengan:...

"Agama dan bangsa bukan milik organisasi..
justeru bukan semua muslim dan melayu dalam satu parti.."

It shows that, macam xder harapan untuk menyatukan orang melayu yang seislam jer... Hmm...

A Peacemaker said...

memang agama bukan milik mutlak mana2 bangsa, ia milik semua manusia yg mngerti n mengakui wjud Tuhan yg Maha Esa..

tapi harus di ingat 99% orng melayu adalah muslim..maka pepecahan melayu menandakn brpecahnya uumat islam itu sendri..dalam keadaan umat islam yg agak lemah, gagal mmpertahnkan umat islam yg lain dari dibunuh, mencari pasal untk berbalah buknlah sesuatu yg bijak....

Qurrata 'Ayun said...

salam faisalkhamis :)

saya bknla penyokong Karpal Singh,
sbb mmg byk media satatement dia yg mengguriskan melayu islam. Cuma dalam isu perak ni kan, memnglah nmpk tak beradab bila menyaman sultan, tp ada juga rasionalnya.

Dulu2 sultan mmg tidak boleh dicabar di mahkamah. Tapi selepas isu Sultan Johor (accusing/killing ppl in 1970s), Tun Dr Mahathir meluluskan undang2 kpd sultan boleh dicabar di mahkamah (ramai MP sokong). Dan apabila undang2 itu hendak digunapakai, nampak mcm salah pula.

Sultan juga manusia biasa ada salahnya. Dan setiap perbuatan perlu ada batasannya.

Dan ya, perbuatan penyokong PR di KKangsar mmg agak over. Cuma, jgn menunding jari saja. Selidiki mengapa mereka bertindak begitu, dan kenapa mereka tak bersetuju dan atas dasar apa.

Seriously, sy bukan penyokong Karpal Singh.

(=

A Peacemaker said...

tq to princess..
walaupun entry di atas berbunyi spt saya menyokng BN, tapi sbnrnya tidak...
memnag benar sultan juga manusia biasa, tapi saya yakin setiap keputusn yg dibuat tentu brdsarkn keadaan dn kepentingan masyarakat..
jadi dlm kes perak,tdak membubrkn Dun mngkn pilihan yg krnag bijak, tetapi saya rasa lebh baik...jikalh DUN dibubarkn, maka rakyat2 perak akan dibawa ke satu lagi Election...so, slpas hampir stahun PRU,masih brcakp n berfkir tntang politik bukanlah sesuatu yg bagus...
Satu hal lagi, dlam krjaan PR dulu , banyak sekali exco DAP(saya bukan bersikap racism)..jika dilihat banyak keputusan2 yg dibuat oleh krjaan,walupun MB nya melayu, banyak menyebelahi kepentngan sestngah kaum saja..

itu saja dari saya...
ingat, saya bukan penyokng mana2 parti politik tau...!!!!

Qurrata 'Ayun said...
This comment has been removed by the author.