Sunday, April 19, 2015

Berkerja Dari Rumah (Freelancing) - Fakta - Fakta Berkerja Secara Online

Anda mungkin pernah mendengar tentang bekerja dari rumah. Anda juga mungkin pernah membaca iklan-iklan di internet yang menawarkan pekerjaan dari rumah. Anda juga mungkin beranggapan perkerjaan dari rumah adalah mudah kerana tidak perlu bersusah payah keluar rumah, tersangkut dalam kesesakan lalulintas, menghabiskan wang untuk bayaran tol dan menghadapi kerenah majikan dan rakan-rakan ditempat kerja.

Tetapi hakikatnya, berkerja dari rumah atau menjadi freelancer tidaklah mudah yang disangka. Ia juga penuh dengan cabaran dan kesulitan.

Insyaallah, saya akan berkongsi secara bersiri pengalaman saya yang berkerja secara part time sebagai freelancer dengan pembaca sekalian. Sudah hampir setahun setengah saya berkecimpung dalam bidang ini. Walaupun tidaklah menjadi kaya dengan perkerjaan part time ini, tapi ia masih mempunyai prospek masa depan.

Sebagai permulaan dalam bahagian pertaman ini, saya ingin berkongsi beberapa fakta tentang online freelancer:

1. Ia tidak mudah yang disangka - Seperti mana anda terpaksa bersaing untuk mendapatkan perkerjaan di alam nyata, begitulah juga di alam maya (online). Malah, cabarannya mungkin lebih besar kerana persaingan datang dari seluruh dunia.

2. Bayaran permulaan yang agak rendah - Tidak kira apa jua kelayakan anda, anda perlu bermula dari bawah untuk memasuki jenis perkerjaan ini. Ini bermakna, harga yang anda tawarkan haruslah tidak terlalu tinggi, malah tanpa pengalaman berkerja sebagai online freelancer, anda mungkin terpaksa meletakkan harga yang lebih rendah berbanding pencari kerja lain demi memastikan anda mendapatkan pekerjaan pertama anda. Harus diingat, kebanyakan majikan mencari pencari kerja secara online adalah untuk mendapatkan pekerja dengan harga yang murah. Untuk pengetahuan anda, kadar permulaan saya ketika kali pertama mendapatkan kerja secara online adalah USD 5/hour atau lebih kurang RM 15/sejam. Selain itu, sesetengah kerja menawarkan bayaran secara pukal, seperti contoh USD 100 untuk menyiapkan sesuatu kerja/tugasan/projek dalam masa yang ditetapkan.

3. Tidak semua pekerjaan wujud secara online - Anda mungkin tertanya-tanya, apakah jenis pekerjaan yang dapat dibuat secara online. Secara asasnya, semua pekerjaan yang dilakukan dengan komputer boleh dibuat secara online. Ini termasukkan website design, programming, online markerting,
virtual assistant dan sebagainya.

4. Bayaran dibuat dalam USD - Setakat pengalaman saya, hampir kesemua freelancing website provider memproses bayaran dalam US Dollar. Duit boleh dimasukkan dalam paypal dan kemudian dipindahkan ke dalam bank tempatan.

5. Jangan mohon dan terima kerja jika tidak mampu - Jangan memohon atau menerima sesuatu kerja jika anda merasakan anda tidak mampu melakukannya dalam jangkamasa yang dipersetujui. Atau anda merasakan bayaran yang akan diterima tidak berbaloi dengan usaha anda untuk menyiapkan sesuatu kerana ia boleh menjadi bebanan kepada anda kelak.

Setakat itu sahaja buat kali ini. Akan bersambung lagi pada siri yang akan datang. Sebarang persoalan boleh diajukan pada ruangan komen dibawah. Terima Kasih.

The Malay Reserve
19 April 2015
11:43 AM

No comments: