Friday, December 12, 2008

Darwinism, Materialism dan Communism (Siri 1)

As Salaamu‘alaykum and peace to all,

Entri kali ini adalah respon kepada message yg pernah saya terima daripada nur86, seorang kenalan yg saya kenali melalui yahoo 360.Beliau secara tidak sengaja telah membaca salah satu entri blog saya yg berkaitan dgn Darwinism dan materialistik. Entri itu telah saya tulis beberapa tahun dahulu ketika saya mula-mula berjinak untuk menulis. Blog di yahoo 360 merupakan blog saya yg pertama, tetapi saya telah tidak aktif selama beberapa tahun sehinggalah sekarang.

Memandang saya telah banyak mengkaji hal mengenai Darwinism dan Materialistik sejak beberapa tahun lalu (jangan salah faham, tiada langsung niat untuk berbangga. Minta dijauhkan Allah dari sifat itu. Kerana seperti hadith; Ibn Mas’ud relates that the Prophet(saw), “ Whoever has an atom of pride in his heart will not enter paradise), jadi dia meminta saya untuk menerangkan dgn lebih lanjut tentang hal ini. Pun begitu , oleh sebab sudah lama saya meninggalkan pembacaan mengenai hal ini(kerana sudah bosan membaca tentangnya), dan pada waktu itu saya sedang struggle menghadapi peperiksaan, saya telah berjanji untuk menerangkan hal ini dgn lebih lanjut selepas itu. Pada mulanya , saya bercadang untuk menulis dlm dua tiga pages sahaja, dan dihantar terus melalui message. Tetapi, oleh sebab banyak fakta-fakta yg penting dan menarik, sudah tentu dgn hanya dua tiga pages tidaklah memadai.

Untuk itu saya telah mengambil keputusan untuk menulis secara bersiri dan diletakkan di dlm blog saya. Ini secara tidak langsung bukan sahaja membolehkan saya menyampaikan fakta-fakta yg penting, tetapi juga membolehkan rakan-rakan yg lain membaca, walaupun mungkin sesetengah mereka langsung tidak berminat dengan hal ini. Insya-Allah, topik ini akan dipecahkan secara bersiri, mungkin 5 atau 6 siri, dan saya akan cuba postkan tiap-tiap minggu, bergantung kepada kesesuaian.Kalualah pada minggu tersebut saya mempunyai topik yg lebih menarik, maka entri untuk topik ini akan dipostkan pada minggu berikutnya.



Darwinism, Materialism dan Communism (Siri 1)
Kebanyakan orang apabila membincangkan teori evolusi atau Darwinism, mereka menganggap ia hanya bersangkut paut dengan sains dan tiada kaitan langsung dengan kehidupan seharian. Memang di negara kita, Malaysia, teori ini tidak sangat dibincang kerana tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau kesan dalam masyarakat.Namun di Negara-negara barat , ianya telah member kesan yg agak besar dalam pembentukan masyarakat barat sejak lebih seratus tahun yg lalu. Kebanyakan dictator-diktator seperti Hitler, Mussolini, dan Franco telah mengadaptasikan teori ini dalam falsafah kehidupan mereka, lalu membolehkan mereka menindas bangsa yg lain. Jadi , tanggapan bahawa teori ini tiada kaitan dgn kehidupan manusia sama sekali adalah silap kerana theori yg muncul pada tahun 1859 ini dan dikembangkan oleh pendokong-pendokongnya secara sistematik telah banyak memberi kesan kpd dunia secara tidak langsung.Teori ini menyifatkan yg semua kehidupan di dunia berasal dari satu sel yang kemudianya berkembang dan membentuk organism yg lebih kompleks secara coincidence/kebetulan. Dengan kata lain , teori ini cuba untuk menafikan kewujudan Tuhan, sebaliknya berpegang teguh kpd kepercayaan yg semua makhluk terciptakan secara sendirinya.


Darwin,Pengasas Teori Evolusi

Teori Evolusi telah menjadi apa yang disifatkan sebagai asas saintifik kpd materialism yg menjadi pegangan ideology komunis. Dgn mendakwa semua benda sama ada living or non-living hanyalah terdiri daripada jirim-jirim, materialism menganggap manusai tiada bezanya dgn makhluk yg lain walaupun dari segi logiknya , ia dikurniakan akal oleh tuhan.Oleh sebab manusia tiada beza dgn makhluk lain, maka ia boleh bertindak dan berkelakuan secara sesuka hati tanpa mengambilkira nilai-nilai kemanusiaan seperti timbang rasa, kasih sayang, keadilan, kejujuran dan dll.Karl Marx, penulis buku Das Capital dan pendokong kuat communism menyifatkan buku Darwin the origin of species as “this is the book which contain the basis in natural history of our view.”

Walaupun begitu, kemunculan perkembangan pesat bidang science dlm abad ke-20, terutamanya penemuan structure DNA oleh Watson dan Crick telah menyebabkan teori evolusi dengan sendirinya musnah. Science membuktikan teori evolusi hanyalah imaginasi dan kehidupan adalah hasil drpd penciptaan yg Maha Esa.Malah ramai pendokong-pendokong teori ini akhirnya terpaksa meninggalkan teori ini dan menerima hakikat akan kewujudan Pencipta setelah mengkaji dan mendalami ilmu sains. Mana mungkin structure asas hidupan seperti sel yg kompleks dan unik boleh wujud dengan sendirinya.

Cuba anda bayangkan, suatu hari seseorang lelaki mendatangi anda dan memberitahu yg bangunan KLCC terjadi dgn sendirinya secara coincidence( kebetulan). Katanya lagi, selama berabad lamanya, semua komponen pembinaan spt besi, pasir, batu dan konkrit dgn sendirinya bergaul antara satu sama lain dan membentuk structure yg kompleks dan cantik itu. Anda tentu menganggap yang lelaki ini gila, kerana mana mungkin bangunan yg cantik , unik, mempunyai structure yg kukuh itu boleh terbina dengan sendirinya. Sudah pasti ada engineer dan arkitek yg melakar pelan bangunan ini dan kemudian memastikan pembinaan bangunan dijalankan seperti yg dirancang. Arkitek ini tahu segala-galanya , termasuk ketinggian, keluasan ,kos yg diperlukan, masa yg diambil untuk disiapkan dan jumlah pekerja yg diperlukan.

Analogi ini samalah dengan teori evolusi, mana mungkin manusia berakal boleh menerima hakikat alam yg indah,cantik dan penuh dgn keunikan yg masih banyak tidak diterokai boleh tercipta dengan sendirinya.Sudah pasti ada Pencipta disebaliknya,seperti kata seorang saintis (saya tak ingat namanya);
“ Every watch has a watchmaker”.

::Written by Faisal
::3:28 pm
::Friday,December 12, 2008

6 comments:

Hasrizal Abdul Jamil said...

Assalamualaikum WBT.

Terima kasih atas penulisan yang baik. Saya mencadangkan supaya siri 1 ini dipertimbangkan dari sudut wujudnya kelompok yang dinamakan sebagai Social Darwinist yang mempelopori idea mengimplimentasikan teori Charles Darwin ke atas manusia (Social Darwinism). Ini penting untuk memahami bagaimana teori evolusi Charles Darwin berkembang dari usaha memahami alam selain manusia, kepada akhirnya diimplimentasikan ke atas manusia hingga menghasilkan konsep white men's burden yang mengharuskan penjajahan bangsa yang superior ke atas bangsa yang lemah seperti yang saudara nyatakan di atas.

Fakta-fakta yang berkaitan dengan hal ini, mungkin boleh memberikan idea kepada kita bahawa ada kemungkinan Charles Darwin sendiri tidak pernah membayangkan yang teori beliau (jika boleh dipanggil teori), digunakan untuk manusia menjajah manusia.

Ala kulli haal, selamat mengkaji, membaca dan berkongsi. Kami setia menanti...

A Peacemaker said...

w'salam ya ustaz..
mashaallah, saya tak sangka yg ustaz akan komen kat penulisan saya ni..
saya sebenarnya sudah lama meninggalkan pembacaan tentang perkara ini,tetapi oleh sebab ada orng telah membaca dan berminat dengan subjek ni, maka saya semak balik buku-buku yang lama.
secara jujurnya ustaz, subjek yg berkaitan dengan teori evolusi inilah yang telah mengubah sedikit hidup saya. saya mula melihat kekuasaan Allah melalui penciptaan alam semulajadi yang unik dan bukannya secara coincidence/kebetulan.Hidup saya juga banyak berubah melalui pembacaan melalui topik ini.
insya-Allah, tentang saranan ustaz tu, saya akan cuba usahakan,saya betul-betul bersemangat untuk menulis setelah membaca komen ustaz ni.

memang pun, jika Darwin masih hidup, dia mungkin akan meninggalkan teori ini lantaran banyak fakta-fakta sains yang menidakkan teori evolusi.
harus diingat, sewaktu Darwin mencadangkan teori ini, sains moden masih tidak berkembang.

sekian.

terima kasih banyak-banyak atas komen tu ustaz.

Anonymous said...

entri yang menarik.. perbanyakkan entri ilmiah seperti ini.. kalau boleh rungkaikan lagi isu teori2 yang bermasalah sprti ini..

A Peacemaker said...

thank u aljuhr..
insya-Allah siri 2 akan menyusul beberapa minggu lagi
sebenarnya , bukan senang nak merumuskan subjek ni menjadi ringkas walaupun dalam bersiri kerana banyak akta yg menarik dan tidak boleh diendah..
malahan, saya bukanlah penulis amataur( penulis main2 je..he..he..)
moga2 kita mendapat manfaat dari penulisan ini..
thank u....

Qurrata 'Ayun said...

im so impressed. i read every single word its got o.

ure right,man. this theory affects Westerns (ppl) so much. They teach it in skool as if were true (well,tend to) and yet,thats not awkward when quite a lot of my frens believe it mind. i was like 'hey, u think ure created as a result of mutation?'duh.

i tried to persuade them - against darwin theory, but not really impressive enough though. hehe.

anyway, hope i'd have a chance to read the next posts.
(=

A Peacemaker said...

tq princess nur...
sebenarnya, ramai orng y tak kisah sangat dengan teori ini..malah ada yg masih boleh bergelak ketawa ketika membincangkan isu ini terutamanya ketika membincangkan tentang manusai yg berasal dari beruk..
tapi teori ini seharusnya dibincang denga serious kerana ia telah membawa kesan yg amat besar terutamanya dalam perang dunia yg lepas..
malah, sehingga sekarang kita masih dapat melihat kesan yg ditinggalkan, contohnya orng putih tidak kisah sangat jika bangsa lain kehilangan nyawa,pada mereka bangsa lain less valuable. sebabnya mudah, mereka percaya yg meraka adalah the most advance human thru d process of evolution..
sebab itulah jika kita perhatikan, US tahu exactly, berapa ramai tentera mereka yg meninggal ketika perang di Iraq, tetapi mereka tidak pernah pula mengira berapa ramai rakyat irag yg telah meninggal dunia hasil perbuatan keji mereka..pada mereka the blodd of muslim are less valuable

tq