Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Saturday, July 16, 2016

What To Do If You Want Get Married - But Not Enough Money?

Hello guys..

Suddenly this topic come out from my mind..yeahh..What to do if you want get married but not enough money? this is especially for men. ya like me.  Relaxlah!!!

Being unmarried at this age, partly due to the responsibilities - I still have little brothers in college and school which somehow need my financial assistant. So, for the last five years, getting married was not in my mind. Other than that, being single of this age due to my own fault. Within last 5 years, my life goes up and down, looking forward what I want in my life, somehow wasted my time regretting my past, changing job, unemployed for few times and even goes depression. So, definitely during this time, married was not a plan. However, those bad moments taught me a lot.

While many of my friends already married and have kids, I am still living alone- always wondering what if feel to have wife and kids. I am planning to get married next two years, but is it possible for me especially in term of financial capability?

Though its not religious requirement to spend a lot money for marriage, but looking to current trend, it hardly to find any women/family who don't want to have wedding ceremony - at least the moderate ceremony where you have to invite relatives and people surrounding your neighborhood. So, some spending required. At least I should spent few Ks for wedding, hantaran whatsoever. I assume that I personally required 25K for hantaran+mas kahwin (15K) and kenduri (10K). That's just my planning, though I am still don't have candidate for marriage yet.

Let say my estimation of 25K is true, will I able to get married after two years?. Let see. So, what to do if I really want to get married next two years, but still don't have enough money (25K). Here the options:

1.  Saving - I currently can save RM 700 per month from income as EHS Engineer. Let say I wanna married by next two years (August 2018), I could keep the money from this saving, RM 700x24 months = RM 16800.00. Still not enough.

2. Bank Loan - From the saving, I need approximately 10K to reach 25K. I could apply personal loan 10K from bank. Let say, I get personal loan 10K from Bank Rakyat, the monthly payment schedule RM 200-300 for the duration 4-5 years. It's look good but for the next 4-5 years, as I have children, this repayment amount could be a burden to me. Unless, if my salary growth more that amount by the time.

3. Loan from Family & Friends - This is impossible option as my family is not rich. My sibling working just enough for their own. Friends? Definitely I will not asking from them.

4. Looking for women that accept low hantaran - This could be possible, but hardly to find. Hantaran now, at least in Penang (where I live) more than 10K even for SPM leaver. If I could find someone who don't mind how much the hantaran, then that will be opportunity for me to get married as plan. I could give 6K, with remaining 10K for wedding ceremony.

Will see. At this moment, I am still looking for partner and hope to meet my jodoh soon.

5. Installment for hantaran - Let say women family asking for 10K. If they agreed, I only provide the 6K during the wedding while the remaining of 4K is payment monthly installment after the marriage.hahaha..This is possible but I guess hardly to find any girl who agreed with this

6. Postpone- Last option is to postponed my planning until August 2019. By this time my saving will enough 25K (RM 700X36 months = RM 25200). But by 2019 the cost of wedding could be more - as cost of food could increase.

Hahaha..if you reading this post, thank you. I just write my dream. Please pray for me.


Relaxlah!!!
16 July 2016
10:54 am


Saturday, February 6, 2016

Anda Ingin Mencari Pasangan Untuk Berkahwin? Jadikan 10 Perkara Ini Sebagai Panduan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Moga anda berada dalam keadaan tenang dan relaks selalu. Kalau pun tension dengan hidup ada, apa kata anda tarik nafas dalam-dalam dan katakan pada diri anda...relaks lah!!!saya masih punya kehidupan.
Hari ini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh dijadikan panduan untuk memilih pasangan, terutamanya kepada wanita-wanita bujang diluar sana. Saya mendengar banyak rungutan daripada wanita-wanita sekarang yang takut untuk berkahwin lantaran banyak kes-kes penceraian berlaku, kes penderaan dan kecurangan. Malah ada yang mengatakan lelaki sekarang tidak berkualiti, justeru memaksa ramai wanita-wanita untuk membujang dari berkahwin dengan lelaki yang akan lebih menyusahkan hidup mereka kelak.

Saya tidak pasti sejauh mana dakwaan itu benar. Tetapi perlu ada panduan-panduan untuk wanita-wanita diluar sana dalam memilih pasangan yang sesuai. Ini perlu bagi memastikan mahligai yang akan dibina dapat kekal sehingga akhir hayat dan ketegangan, kedamaian dan kebahagian dalam perkahwinan dapat dicapai.
Disini saya kongsikan 10 panduan dalam memilih pasangan, khasnya untuk kaum hawa:

1. Kenali Diri Anda
- Kenalpasti keutamaan hidup anda, perspektif  hidup anda, harapan anda dalam perkahwinan. Ini akan membantu anda untuk  mengenalpasti pasangan yang sesuai. Tanya diri anda, kenapa anda ingin berkahwin? Apa yang anda perlukan dalam perhubungan? Apa yang anda harapkan hasil daripada perkahwinan itu nanti.
- Juga perlu difahami yang perkahwinan bukanlah penyelesaian masalah kepada kekurangan diri anda atau penyelesaian masalah kepada masalah-masalah hidup anda. Bekerjalah untuk membangunkan diri anda sendiri tanpa perlu mengharapkan yang perkahwinan akan merubah keseluruhan hidup anda. Perkahwinan boleh menjadi pendorong dan sokongan kepada perubahan diri sendiri. Tetapi tanpa usaha sendiri yang bermula sebelum perkahwinan lagi, bagaimana anda boleh mengharapkan yang perubahan itu akan menjadi mudah selepas perkahwinan nanti, dengan tanggungjawab terhadap pasangan yang sudah pasti tidak sempurna seperti anda juga.

2. Ketahui Kriteria-Kriteria Pasangan Yang Anda Mahukan
- Senaraikan kualiti-kualiti utama dan tambahan yang anda kehendaki dalam pasangan anda. Juga, fahami apa kriteria yang sememangnya anda tidak boleh terima. Jika seseorang individu yang dalam pertimbangan anda mempunyai segalanya yang anda mahu kecuali hanya satu perkara yang paling penting dan senarai anda, lelaki ini mungkin tidak sesuai untuk anda. 

3. Jangan Beremosi Dalam Membuat Keputusan
- Jangan biarkan emosi mengawal keputusan anda. Gunakan akal anda untuk membuat pertimbangan tentang kesesuaian seseorang itu untuk menjadi pilihan yang sesuai buat anda. Kebanyakan orang menjadi ‘buta’ dengan perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang tanpa mengambil pertimbangan akan aspek-aspek lain yang bakal menyumbang kepada kebahagiaan perkahwinan kelak.   

4. Pilihlah Pasangan Yang Serasi
- Mari kita ambil contoh ini untuk memudahkan kefahaman. Jika seorang pelajar di kolej yang tidak pernah tinggal solat, namun tidak pernah buat homework, ulangkaji dan tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan, adalah dia mampu untuk mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan walaupun hakikatnya dia seorang yang bertakwa? Sudah tentu tidak. Begitu dalam perkahwinan, ia memerlukan usaha ke arah perkahwinan yang bahagia. 
-  Harus difahami bahawa taqwa sahaja tidak mencukupi, pasangan haruslah sesuai dengan diri kita. Contohnya di zaman Rasullulah, Zayd and Zaynad yang cukup dikenali sebagai sahabat Rasullulah yang baik, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama sebelum bercerai. Ini adalah contoh dua insan yang cukup baik namun bercerai kerana ketidaksesuaian antara satu sama lain. Justeru, berbincanglah dengan pasangan anda, adakah dia mempunyai harapan yang sama dengan anda? Adakah pasangan anda bagus untuk perkembangan diri anda? Untuk mental, fizikal, emosi dan keselamatan anda? Adalah anda berkongsi minat and perspektif kehidupan yang sama? Adakah dia boleh menerima keluarga anda dengan baik?.

5. Dapatkan Kaunseling
- Perkara sebegini mungkin bukan kebiasaan dalam masyarakat Malaysia tapi harus dipertimbangakn oleh pasangan yang mahu berkahwin. Seminar-seminar perkahwinan yang diadakan mungkin boleh membantu dalam pendedahan awal ke arah mahligai yang akan dibina nanti. Berjumpalah dengan kauselor atau individu-individu yang pakar dalam bidang kekeluargaan untuk membantu anda mengenalpasti isu-isu penting dan membangunkan strategi untuk memastikan anda dan pasangan mengahwini orang yang betul dan serasi. 

6. Perkahwinan Adalah Untuk Selamanya, Bukan Sekadar Satu Majlis Yang Meriah
- Sebelum ini kita digemparkan dengan laporan sebuah akhbar dimana ada pasangan yang meminjam RM84,000 untuk majlis perkahwinan. Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak, tentulah majlis tersebut meriah tetapi kehidupan selepas perkahwinan itu mungkin menjadi sukar, oleh kerana pembayaran balik pinjaman tersebut. Selalunya, ramai pasangan yang  menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga untuk persiapan majlis perkahwinan  tanpa mengambil berat akan persediaan untuk kehidupan selepas perkahwinan yang diharapkan akan berkekalan sehingga mati. Kaunseling pra-perkahwinan, membaca buku, menyertai seminar/program yang bersifat menyediakan anda kearah perkahwinan yang bahagia seharusnya menjadi sebahagian daripada persediaan terhadap perkahwinan itu sendiri. Usah diharapkan sangat kepada kursus perkahwinan yang hanya berlangsung dalam masa 2 hari. Tidak banyak perkara yang di’cover’ oleh penceramah dalam tempoh waktu yang singkat itu. Persediaan harus bermula dari awal, semasa di universiti, walaupun pada masa itu anda masih single dan masih mencari-cari pasangan. Mempelajari ilmu-ilmu rumah tangga tidak rugi, sebaliknya ia akan mematangkan diri anda sendiri.

7. Perhatikan Sifat-Sifat Pasangan Anda 
-Apabila bakal pasangan anda berhadapan dengan anda, dia akan menunjukkan sifat-sifat baik. Itu sesuatu yang biasa. Mana mungkin pasangan anda akan menunjukkan sifat-sifat buruk yang akan membuatkan anda membencinya. Sebab itu amat penting untuk anda memerhatikan sifat dan reaksi pasangan anda bila mereka berada dalam keadaan tertekan, frustrated dan malu. Ada kemungkinan besar reaksi tidak sedar pasangan anda akan menjadi tabiat yang sudah diupuk sejak kecil. Jika ada sifat-sifat itu yang anda tidak suka, jangan harapkan ia sesuatu yang dia dapat ubah dengan mudah. Dia mungkin akan berubah kerana ingin mengahwini anda tetapi harus diingat perubahan drastik sebegini mungkin tidak akan berkekalan selepas perkahwinan. Sesuatu yang sudah tertanam dalam diri seseorang sebegitu lama sudah semestinya mengambil masa untuk berubah. Jangan mengharapkan ia akan berubah dalam masa singkat, dan jika anda boleh tahan dengan sikapnya dalam prosess perubahan itu, maka teruskan perkahwinan.

8. Dapatkan Pandangan Ibu Bapa
- Apabila saya menerima mesej/komen di blog/facebook tentang individu yang masih tidak mempunyai pasangan, saya selalu sarankan agar mereka meminta ibubapa untuk carikan pasangan terutamanya untuk wanita. Sefaham saya, ibubapalah yang sepatutnya mencari pasangan yang baik, bertanggungjawab dan beragama untuk anak perempuannya, kerana perkahwinan itu sendiri adalah penyerahan tanggungjawab daripada seorang ayah kepada suami. Ibupapa memainkan peranan yang berbeza berdasarkan latarbelakang keluarga dan ini akan mengganggu perkahwinan or membantu perkahwinan itu sendiri. Pertimbangkan peranan ibubapa dalam kehidupan anda dan keluarga anda. 

9. Bincangkan Harapan Masing-Masing
- Dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, bebanan harga keperluan yang naik, harga rumah yang mahal dan perubahn sosial dimana bukan sahaja lelaki malah wanita juga mementingkan perjalanan kerjaya mereka, perbincangan untuk masa hadapan amat perlu bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga. Contoh mudah, berapa orang anak yang anda hendak miliki? Bagaimanana cara membesarkan anak-anak? Bagaimana memastikan anak-anak rapat dengan ibubapa dalam keadaan kedua-duanya berkerja dan mempunyai masa yang terhad untuk anak-anak. Perbincangan yang jelas tentang isu-isu ini akan membantu meringankan tekanan yang mungkin wujud apabila perkara yang tidak dijangka muncul dalam hubungan rumahtangga.

10. Solat Istikharah
- Selepas anda telah melakukan kesemua perkara diatas, lakukanlah solat istikharah untuk meminta petunjuk dari Allah S.W.T.  Anda mungkin tidak nampak tanda-tanda jelas dihadapan mata anda samada dia adalah pasangan yang tepat atau tidak, kerana tanda yang sebetulnya adalah di dalam hati. Dalam keadaan ghairah dan gementar dengan hidup baru yang bakal anda lalui, hati anda mungkin memberitahu anda tahap kepercayaan dan keselesaan memilih dia sebagai pasangan hidup. Dengarkan suara hati anda dan letakkan kepercayan kepadaNya.  


Akhirnya, cinta dan semangat hanyalah salah satu aspek perkahwinan. Ia tidak semestinya komponen yang wajib menuju kearah perkahwinan yang bahagia. Banyak pasangan yang tidak mempunyai hubungan yang mesra sebelum perkahwinan tetapi mereka hidup lebih gembira dan berjaya dalam perkahwinan.

Pun begitu, tidak ada jaminan yang walaupun anda telah mengikuti panduan-panduan yang disenaraikan diatas, akan membawakan kegembiraan sepenuhnya kepada anda dalam perkahwinan nanti.

Memilih pasangan yang betul dan berusaha memastikan segalanya berjalan lancar akan membantu dalam persediaan untuk memastikan hubungan yang romantik dan penuh kasih sayang. Walaubagaimanapun, ia hanyalah satu langkah daripada banyak langkah-langkah ke arah pengekalan hubungan perkahwinan yang bahagia.

Jadi, bincang visi anda untuk perkahwinan dengan jujur bersama dengan pasangan anda dan cari langkah-langkah yang perlu diambil untuk membantu anda dan pasangan menuju kearah perkahwinan tersebut.

Pengekalan perasaan cinta dan kemesraan sepanjang perkahwinan merupa sesuatu yang dihajati setiap pasangan walaupun usia perkahwinan sudah mengajak berpuluh tahun. Ia boleh menjadi kenyataan tetapi ia memerlukan kerja kuat, pembangunan insaniah/diri dan pengorbanan bermula dari awal perkahwinan lagi sehinggalah ke akhir hayat.

Jadi, selamat bercinta hingga ke syurga!!!


Nota: Diterjemah dengan sedikit penambahan dari artikel asal "Is Passionate Love in Marriage...Real?" yang ditulis oleh Maryam Amirebrahimi.

The Malay Reserve
06 February 2016
06:28 pm