Thursday, December 4, 2025

Mengimbau Kenangan Pusat Matrikulasi UIAM Petaling Jaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya teringat tempat lama saya belajar di universiti dulu. Walaupun dan lama berlalu, kenangan disana dirasa seakan-akan semalam. Kekal dalam ingatan. Pada yang pernah belajar di kampus UIAM Petaling Jaya tentu masih teringat saat-saat indah dahulu. Namun, kampus ini telah ditutup sepenuhnya pada 2017 dan dikembalikan semula kepada pemilik asal. 

Saya difahamkan, kampus ini asalnya adalah kampus utama UIAM sebelum berpindah ke lokasi sekarang di Gombak. Kemudian, ia dijadikan Pusat Matrikulasi UIAM (kenali MCIIUM) yang menawarkan pengajiaan asas dalam bidang sains kesihatan bersekutu, bahasa, senibina, ekonomi, pergigian, undang-undang, kejuruteraan, sains kemanusiaan, ilmu wahyu dan warisan islam, perubatan, kejururawatan, sains fizikal, sains biologi dan farmasi sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda di kampun induk. 

Namun Pusat Matrikulasi ini kemudiannya ditukar kepada nama lain iaitu CENFOS (Center for Foundation Studies) and CFS (Center for Foundation Studies) dengan penawaran pengajian yang sama. Biar daripada batch mana anda sekalipun, sama ada dari batch ketika ia menjadi kampus utama ataupun ketika ia digunakan sebagai pusat matrikulasi, saya yakin saat-saat indah ketika belajar di sana pasti tidak akan dilupakan.

Saya memasuki MCIIUM pada June 2004 setelah tamat belajar SPM pada tahun 2003. Jurusan yang saya dapat ialah asasi kejuruteraan. Sebenarnya, tidak pernah terlintas dibenak pemikiran saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Saya ingat selepas habis SPM akan terus berkerja bagi membantu ibu dan pengajian adik-adik. 

Pencapaian pendidikan saya pun biasa-biasa biarpun saya agak suka subjek matematik, fizik and kimia. Malahan, guru kelas juga terkejut bila meilihat slip peperiksaan SPM saya. Saya masih ingat kata-katanya "malas macam awak pun boleh dapat 6A". hahahahaha..Walaupun agak tersentak dengan kata-kata itu tapi saya tak salahkan cikgu tersebut disebabkan saya selalu juga ponteng kelas. Malahan, saya pernah tidak ke sekolah selama seminggu disebabkan dengan alasan hujan. Jadi, tawaran untuk melanjutkan ke Universiti adalah satu peluang keemasan.

Untuk pendaftaran hari pertama, saya dibawa oleh arwahyarham makcik saya ditemani sepupu (anak makcik saya) menaiki bas dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Kami menaiki bas pada malam di Stesen Bus Shabab Perdana Alor Setar, Kedah. Turut berada menghantar saya sebelum menaiki bus adalah ibu, abang dan adik-adik saya. Kami Sampai di Puduraya lebih kurang pukul 5:30 pagi sebelum diambil oleh seorang saudara. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.

Setelah selesai pendaftaran, saya ditempatkan di ABC (Abu Bakar College) iaitu kolej kediaman berbentuk dormintary bersama lebih kurang 10 pelajar yang lain. Bermulalah kehidupan pertama saya luar dari kampung sebagai seorang pelajar. Untuk tahun berikutnya, kami berpindah bilik. Saya selama dua tahun disutu, rakan-rakan bilik saya ialah orang yang sama iaitu, Zukhair, Afiq, Saiful, Azhar, Hamis, Akim dan beberapa orang lagi yang kemudiannya berpindah ke bilik lain.

Saya belajar di Matrikulasi UIA selama dua tahun tapi ada juga pelajar yang hanya menyelesaikan dalam masa setahun setengah. Ianya bergantung kepada result english test EPT dan arabic test APT yang diambil pada awal semester pertama. Kalau result tak elok macam saya, akan bermula dengan english dan arab level 1 sehinggalah english level 4 dan arab level 2.

Dari segi pakaian, rasanya tiada beza dengan pelajar Pusat Asasi UIA sekarang. Untuk pelajar lelaki baju putih berserta dengan seluar gelap dan untuk pelajar wanaita, kebiasaannya baju kurung atau jubah.

Apa yang best dengan MCIIUM antaranya kalau jumpa pelajar-pelajar laki lain (kami panggil borther), biasanya akan bagi salam walaupun tak pernah kenal. Budaya yang sama juga dibawa bila dah ke kampus utama Gombak. Waktu bulan puasa pula, kami akan dapat makan free kat masjid Kolej Islam Malaya. Tapi syarat kena datang awal, kalau lewat biasanya makanan habis.

Satu lagi yang best dapat bergaul dengan pelajar-pelajar dari jurusan yang lain. Saya dari bidang kejuruteraan ada kelas yang sama dengan pelajar course lain seperti untuk kelas arab, agama dan english. Ada juga pelajar-pelajar yang ditempatkan dalam dormitory yang rakan biliknya jurusan berbeza. Jadi, dapat banyak pengalaman dari pergaulan dengan pelajar-pelajar bidang lain.

Petang-petang pula akan main bola ramai-ramai dipadang hadapan UKC. Siap pecah-pecah group, hujung sana group course lain, hujung sini pula group course lain. Memang padat. Saya kalau dapat sentuh bola beberapa kali sepanjang selama lebih kurang setengah jam main tu pun dah kira ok. hahaha.

MCIIUM adalah satu tempat penting untuk saya. Macam batu loncatan. Disitulah saya mula belajar berkomunikasi bahasa inggeris dengan baik. Memandangkan saya bermua daripada level 1, kelas bahasa inggeris hampir setiap malam. Saya masih ingat lecturer saya, Ms. Catherine. Selalu usik saya sebab saya selalu senyum bila dia tanya soalan. hahaha. Saya senyum sebab saya tak faham apa yang dia tanya dan cakap.

Memandangkan  pelajar-pelajar MCIIUM kebanyakannya datang dari sekolah agama, maka kawan-kawan semua baik-baik. Saya bersyukur. Kawan-kawan sekelas mostly orang yang sama dari first semester sehingga semester terakhir. Antaranya, Hadi, Idham, Iqbal, Faiz, Fahmi, Ashraff dan lain-lain. 

Dari segi kewangan, dapat biasiswa kerajaan. Rasanya semua pelajar dapat. Duit tulah saya gunakan untuk beli buku dan belanja makan sepanjang pengajian. 

Saya datang melawat MCIIUM sebelum ditutup sepenuhnya tahun 2017. Sebelum saya sertakan gambar-gambar terakhir yang saya ambil, saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada keluarga, arwah ibu saudara, sepupu, rakan-rakan bilik saya dulu dan rakan-rakan kelas. Walaupun mungkin tak rapat dan kini sudah tidak bertemu lagi, kenangan dulu dengan rakan-rakan tetap menjadi pengalaman berharga dan indah. Terima kasih juga kepada kerajaan kerana biasiswa yang diberikan. Besar nilainya pada saya.

Gambar-gambar terakhir yang saya ambil.



Bangunan Sains

Bangunan Swamp (betul ke ejaan macam ni?)



Kelas


Kerusi ikonik.


Saya biasanya dalam kelas duduk belakang hujung..hahaha





Cafe Aika atas kiri. Makanan Murah.

Belakang tu kolej kediaman perempuan



English and Arabic Department



UKC (Umar Al-Khattab College)


Masjid Kolej Islam dari jauh. Bawah tu klinik.

Perpustakan sebelah kiri.


Pagi hujung minggu, saya biasa beli surat khabar kat UKC dan lepak baca kat sini.

Gelanggang main futsal dan belajar karate (satu sem ja masuk karate)

Padang main bola petang-petang. Biasanya penuh seluruh padang.

UKC

Gelanggang takraw


Hadapan AMF (Al-Malik Faisal) Hall

Tahun 2017, poster ni masih ada lagi kat sini

Kanan tu kolej saya dulu, ABC. Hadapan dan kira adalah kolej kediaman perempuan

Bilik saya dulu. ABC 101 (Kalau tak silap)

 Bye-bye, terima kasih untuk kenangan

~ Relaxslah!!! A Peacemaker, Pulau Pinang, 04 December 2025, 4:59 am. (Tak boleh tidur malam ni)

No comments: