Showing posts with label CHRA. Show all posts
Showing posts with label CHRA. Show all posts

Friday, December 16, 2022

Chemical Health Risk Assessment (CHRA), Safety Data Sheets (SDS) Writing /Authoring & SDS Translation (En-Malay)

Dear all, 

I am offering safety and health service as below:

1. Chemical Health Risk Assessment (CHRA)

2. Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control (HIRARC)

3. Safe operating procedure/Work Instructions Writing

4. Safety Data Sheets (SDS) Writing /Authoring & SDS Translation (En-Malay)


Qualifications:

- Bachelor of Engineering (Biochemical-Biotechnology), International Islamic University Malaysia

- Master of Science (Chemical Engineering), University Science Malaysia

- Competent DOSH Registered Safety & Health Officer

- Competent DOSH Registered CHRA Assessor

Occupational Safety and Health practitioner


We offer competitive rate to meet your needs. Available for Malaysian and overseas customer.

For queries, please contact:

Email: perundingkkmfk@gmail.com

Phone: +6011-11696974

 

Thank you

PKKMFK

____________________________________________________________


Hi semua, 

Saya menawarkan perkhidmatan keselamatan dan kesihatan seperti di bawah:

1. Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA)

2. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)

3. Menulis Prosedur Operasi yang Selamat/Arahan Kerja

4. Menulis /Mengarang Helaian Data Keselamatan (SDS) & Terjemahan SDS (Bahasa Inggeris- Malay)

 

Kelayakan:

- Sarjana Muda Kejuruteraan (Biokimia-Bioteknologi), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

- Sarjana Sains (Kejuruteraan Kimia), Universiti Sains Malaysia

- Pegawai Keselamatan & Kesihatan Berdaftar JKKP yang kompeten

- Penilai CHRA berdaftar JKKP yang kompeten

- Pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

 

Kami menawarkan kadar yang kompetitif untuk memenuhi keperluan anda. Tersedia untuk pelanggan Malaysia dan luar negara.

 

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Email: perundingkkmfk@gmail.com

Phone: +6011-11696974

 

Terima Kasih

PKKMFK

Wednesday, September 8, 2021

OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan OYK Pengapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya, permohonan OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan OYK Pengapit CHRA telah diluluskan JKKP. Kedua-dua kompetensi ini tertakluk dibawah undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Walaupun gembira tapi gemuruh juga sebab ia melibatkan undang-undang.

OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mungkin biasa anda dengar. Dengan kelulusan diploma, tiga tahun pengalaman dan lulus peperiksaan NIOSH, anda sudah boleh mendaftar dengan JKKP untuk jadi OYK. 

Namun, bagi OYK Pengapit CHRA, mungkin ramai yang tak tahu. Pengapit CHRA diperlukan untuk menaksir risiko bahan kimia ditempat kerja. Untuk mendaftar, anda perlukan juga pengalaman tiga tahun dalam keselamatan kesihatan serta lulus peperiksaan CHRA  yang diduduki selepas menyertai kelas selama dua minggu. Tapi, nak lulus peperiksaan yang kadang-kadang agak sukar terutamanya kertas 2 WPA. Selain itu, perlukan pemahaman kepada subjek yang diajar untuk membolehkan kita membuat penaksiran yang baik. Ia bukan mudah pada saya. Saya sendiri kena selalu buka buku-buku untuk familiar dengan konsep yang diajar.

Apa-apa pun, alhamdulillah saya dapat OYK untuk kedua-duanya.

~ Relaxslah!!! A Peacemaker , Pulau Pinang, 08 Sept 2021, 12:14 am