Assalamualaikum
dan salam sejahtera,
Moga anda berada dalam keadaan tenang dan relaks
selalu. Kalau pun tension dengan hidup ada, apa kata anda tarik nafas
dalam-dalam dan katakan pada diri anda...relaks lah!!!saya masih punya
kehidupan.
Hari ini saya ingin berkongsi 10 perkara yang boleh
dijadikan panduan untuk memilih pasangan, terutamanya kepada wanita-wanita
bujang diluar sana. Saya mendengar banyak rungutan daripada wanita-wanita
sekarang yang takut untuk berkahwin lantaran banyak kes-kes penceraian berlaku,
kes penderaan dan kecurangan. Malah ada yang mengatakan lelaki sekarang tidak
berkualiti, justeru memaksa ramai wanita-wanita untuk membujang dari berkahwin
dengan lelaki yang akan lebih menyusahkan hidup mereka kelak.
Saya tidak pasti sejauh mana dakwaan itu benar. Tetapi perlu ada panduan-panduan untuk wanita-wanita diluar sana dalam memilih pasangan yang sesuai. Ini perlu bagi memastikan mahligai yang akan dibina dapat kekal sehingga akhir hayat dan ketegangan, kedamaian dan kebahagian dalam perkahwinan dapat dicapai.
Disini saya kongsikan 10 panduan dalam memilih
pasangan, khasnya untuk kaum hawa:
1. Kenali
Diri Anda
- Kenalpasti keutamaan hidup anda, perspektif
hidup anda, harapan anda dalam perkahwinan. Ini akan membantu anda untuk
mengenalpasti pasangan yang sesuai. Tanya diri anda, kenapa anda ingin
berkahwin? Apa yang anda perlukan dalam perhubungan? Apa yang anda harapkan
hasil daripada perkahwinan itu nanti.
- Juga perlu difahami yang perkahwinan bukanlah
penyelesaian masalah kepada kekurangan diri anda atau penyelesaian masalah
kepada masalah-masalah hidup anda. Bekerjalah untuk membangunkan diri anda
sendiri tanpa perlu mengharapkan yang perkahwinan akan merubah keseluruhan
hidup anda. Perkahwinan boleh menjadi pendorong dan sokongan kepada perubahan
diri sendiri. Tetapi tanpa usaha sendiri yang bermula sebelum perkahwinan lagi,
bagaimana anda boleh mengharapkan yang perubahan itu akan menjadi mudah selepas
perkahwinan nanti, dengan tanggungjawab terhadap pasangan yang sudah pasti
tidak sempurna seperti anda juga.
2.
Ketahui Kriteria-Kriteria Pasangan Yang Anda Mahukan
- Senaraikan kualiti-kualiti utama dan tambahan
yang anda kehendaki dalam pasangan anda. Juga, fahami apa kriteria yang
sememangnya anda tidak boleh terima. Jika seseorang individu yang dalam
pertimbangan anda mempunyai segalanya yang anda mahu kecuali hanya satu perkara
yang paling penting dan senarai anda, lelaki ini mungkin tidak sesuai untuk
anda.
3. Jangan
Beremosi Dalam Membuat Keputusan
- Jangan biarkan emosi mengawal keputusan anda.
Gunakan akal anda untuk membuat pertimbangan tentang kesesuaian seseorang itu
untuk menjadi pilihan yang sesuai buat anda. Kebanyakan orang menjadi ‘buta’
dengan perasaan cinta yang mendalam terhadap seseorang tanpa mengambil
pertimbangan akan aspek-aspek lain yang bakal menyumbang kepada kebahagiaan
perkahwinan kelak.
4.
Pilihlah Pasangan Yang Serasi
- Mari kita
ambil contoh ini untuk memudahkan kefahaman. Jika seorang pelajar di kolej yang
tidak pernah tinggal solat, namun tidak pernah buat homework, ulangkaji dan
tidak dapat menjawab dengan baik dalam peperiksaan, adalah dia mampu untuk
mendapat keputusan yang bagus dalam peperiksaan walaupun hakikatnya dia seorang
yang bertakwa? Sudah tentu tidak. Begitu dalam perkahwinan, ia memerlukan usaha
ke arah perkahwinan yang bahagia.
- Harus
difahami bahawa taqwa sahaja tidak mencukupi, pasangan haruslah sesuai dengan
diri kita. Contohnya di zaman Rasullulah, Zayd and Zaynad yang cukup dikenali
sebagai sahabat Rasullulah yang baik, namun perkahwinan mereka tidak bertahan
lama sebelum bercerai. Ini adalah contoh dua insan yang cukup baik namun
bercerai kerana ketidaksesuaian antara satu sama lain. Justeru, berbincanglah
dengan pasangan anda, adakah dia mempunyai harapan yang sama dengan anda?
Adakah pasangan anda bagus untuk perkembangan diri anda? Untuk mental, fizikal,
emosi dan keselamatan anda? Adalah anda berkongsi minat and perspektif
kehidupan yang sama? Adakah dia boleh menerima keluarga anda dengan baik?.
5.
Dapatkan Kaunseling
- Perkara
sebegini mungkin bukan kebiasaan dalam masyarakat Malaysia tapi harus
dipertimbangakn oleh pasangan yang mahu berkahwin. Seminar-seminar perkahwinan yang
diadakan mungkin boleh membantu dalam pendedahan awal ke arah mahligai yang
akan dibina nanti. Berjumpalah dengan kauselor atau individu-individu yang
pakar dalam bidang kekeluargaan untuk membantu anda mengenalpasti isu-isu
penting dan membangunkan strategi untuk memastikan anda dan pasangan mengahwini
orang yang betul dan serasi.
6.
Perkahwinan Adalah Untuk Selamanya, Bukan Sekadar Satu Majlis Yang Meriah
- Sebelum ini kita digemparkan dengan laporan
sebuah akhbar dimana ada pasangan yang meminjam RM84,000 untuk majlis
perkahwinan. Dengan jumlah wang yang sebegitu banyak, tentulah majlis tersebut
meriah tetapi kehidupan selepas perkahwinan itu mungkin menjadi sukar, oleh
kerana pembayaran balik pinjaman tersebut. Selalunya, ramai pasangan yang
menghabiskan masa, wang ringgit dan tenaga untuk persiapan majlis
perkahwinan tanpa mengambil berat akan persediaan untuk kehidupan selepas
perkahwinan yang diharapkan akan berkekalan sehingga mati. Kaunseling
pra-perkahwinan, membaca buku, menyertai seminar/program yang bersifat
menyediakan anda kearah perkahwinan yang bahagia seharusnya menjadi sebahagian
daripada persediaan terhadap perkahwinan itu sendiri. Usah diharapkan sangat
kepada kursus perkahwinan yang hanya berlangsung dalam masa 2 hari. Tidak banyak
perkara yang di’cover’ oleh penceramah dalam tempoh waktu yang singkat itu.
Persediaan harus bermula dari awal, semasa di universiti, walaupun pada masa
itu anda masih single dan masih mencari-cari pasangan. Mempelajari ilmu-ilmu
rumah tangga tidak rugi, sebaliknya ia akan mematangkan diri anda sendiri.
7.
Perhatikan Sifat-Sifat Pasangan Anda
-Apabila bakal pasangan anda berhadapan dengan
anda, dia akan menunjukkan sifat-sifat baik. Itu sesuatu yang biasa. Mana
mungkin pasangan anda akan menunjukkan sifat-sifat buruk yang akan membuatkan
anda membencinya. Sebab itu amat penting untuk anda memerhatikan sifat dan
reaksi pasangan anda bila mereka berada dalam keadaan tertekan, frustrated dan
malu. Ada kemungkinan besar reaksi tidak sedar pasangan anda akan menjadi
tabiat yang sudah diupuk sejak kecil. Jika ada sifat-sifat itu yang anda tidak
suka, jangan harapkan ia sesuatu yang dia dapat ubah dengan mudah. Dia mungkin
akan berubah kerana ingin mengahwini anda tetapi harus diingat perubahan
drastik sebegini mungkin tidak akan berkekalan selepas perkahwinan. Sesuatu
yang sudah tertanam dalam diri seseorang sebegitu lama sudah semestinya
mengambil masa untuk berubah. Jangan mengharapkan ia akan berubah dalam masa
singkat, dan jika anda boleh tahan dengan sikapnya dalam prosess perubahan itu,
maka teruskan perkahwinan.
8.
Dapatkan Pandangan Ibu Bapa
- Apabila saya menerima mesej/komen di
blog/facebook tentang individu yang masih tidak mempunyai pasangan, saya selalu
sarankan agar mereka meminta ibubapa untuk carikan pasangan terutamanya untuk
wanita. Sefaham saya, ibubapalah yang sepatutnya mencari pasangan yang baik,
bertanggungjawab dan beragama untuk anak perempuannya, kerana perkahwinan itu
sendiri adalah penyerahan tanggungjawab daripada seorang ayah kepada suami.
Ibupapa memainkan peranan yang berbeza berdasarkan latarbelakang keluarga dan
ini akan mengganggu perkahwinan or membantu perkahwinan itu sendiri.
Pertimbangkan peranan ibubapa dalam kehidupan anda dan keluarga anda.
9.
Bincangkan Harapan Masing-Masing
- Dengan
keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, bebanan harga keperluan yang naik,
harga rumah yang mahal dan perubahn sosial dimana bukan sahaja lelaki malah
wanita juga mementingkan perjalanan kerjaya mereka, perbincangan untuk masa
hadapan amat perlu bagi memastikan kesejahteraan rumah tangga. Contoh mudah,
berapa orang anak yang anda hendak miliki? Bagaimanana cara membesarkan
anak-anak? Bagaimana memastikan anak-anak rapat dengan ibubapa dalam keadaan
kedua-duanya berkerja dan mempunyai masa yang terhad untuk anak-anak.
Perbincangan yang jelas tentang isu-isu ini akan membantu meringankan tekanan
yang mungkin wujud apabila perkara yang tidak dijangka muncul dalam hubungan
rumahtangga.
10. Solat
Istikharah
- Selepas
anda telah melakukan kesemua perkara diatas, lakukanlah solat istikharah untuk
meminta petunjuk dari Allah S.W.T. Anda mungkin tidak nampak tanda-tanda
jelas dihadapan mata anda samada dia adalah pasangan yang tepat atau tidak,
kerana tanda yang sebetulnya adalah di dalam hati. Dalam keadaan ghairah dan
gementar dengan hidup baru yang bakal anda lalui, hati anda mungkin memberitahu
anda tahap kepercayaan dan keselesaan memilih dia sebagai pasangan hidup.
Dengarkan suara hati anda dan letakkan kepercayan kepadaNya.
Akhirnya, cinta dan semangat hanyalah salah satu
aspek perkahwinan. Ia tidak semestinya komponen yang wajib menuju kearah
perkahwinan yang bahagia. Banyak pasangan yang tidak mempunyai hubungan yang
mesra sebelum perkahwinan tetapi mereka hidup lebih gembira dan berjaya dalam
perkahwinan.
Pun begitu, tidak ada jaminan yang walaupun anda
telah mengikuti panduan-panduan yang disenaraikan diatas, akan membawakan
kegembiraan sepenuhnya kepada anda dalam perkahwinan nanti.
Memilih pasangan yang betul dan berusaha memastikan
segalanya berjalan lancar akan membantu dalam persediaan untuk memastikan
hubungan yang romantik dan penuh kasih sayang. Walaubagaimanapun, ia hanyalah
satu langkah daripada banyak langkah-langkah ke arah pengekalan hubungan
perkahwinan yang bahagia.
Jadi, bincang visi anda untuk perkahwinan dengan
jujur bersama dengan pasangan anda dan cari langkah-langkah yang perlu diambil
untuk membantu anda dan pasangan menuju kearah perkahwinan tersebut.
Pengekalan perasaan cinta
dan kemesraan sepanjang perkahwinan merupa sesuatu yang dihajati setiap
pasangan walaupun usia perkahwinan sudah mengajak berpuluh tahun. Ia boleh
menjadi kenyataan tetapi ia memerlukan kerja kuat, pembangunan insaniah/diri
dan pengorbanan bermula dari awal perkahwinan lagi sehinggalah ke akhir hayat.
Jadi, selamat bercinta
hingga ke syurga!!!
Nota: Diterjemah dengan sedikit penambahan
dari artikel asal "Is Passionate Love in Marriage...Real?" yang
ditulis oleh Maryam Amirebrahimi.
The Malay Reserve
06 February 2016
06:28 pm
06:28 pm
No comments:
Post a Comment