Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dalam Bahagian 1 siri ini, saya telah menyatakan yang saya sedang membaca sebuah buku bertajuk The Happiness Project. Alhamdulilah, saya telah pun habis pembacaan sebentar tadi. Dan saya juga ada menyatakan komitmen saya untuk mengikut langkah yang ditulis dalam buku itu, dimana setiap bulan saya akan meletakkan target untuk dicapai. Ini merupakan salah satu cara untuk mengubah hidup atau sikap seharian yang dapat membantu memperbaiki kualiti hidup.
Sepanjang kehidupan saya, telah berapa banyak perubahan yang ingin saya lakukan, tetapi tidak semuanya menjadi. Namun, diharapkan dengan mencatat dan menulis perubahan ini melalui siri ini, dapatlah saya memberi lebih komitment kepada apa yang ingin dicapai.
Walaupun didalam buku the Happiness Project, penulis memberi tempoh sebulan untuk sesebuah resolusi/target untuk dicapai, saya pula meletakkan target selama 2 bulan. Tempoh masa dua bulan ini lebih sesuai memandang banyak perubahan yang adalah berkait rapat dengan habit yang sukar untuk diubah.
Untuk Fasa pertama saya selama dua bulan (bermula 17/4/2017 sehingga 31/05/2017), berikut adalah resolusi/target yang ingin saya capai.
1. Tidur awal dan bangun awal
- Ini adalah perkara yang telah lama saya cuba untuk ubah namun masih gagal. Saya memang mempunyai masalah tidur atau imsomnia sejak di sekolah menengah dan berterusan sehingga di Universiti dan setelah berkerja. Kegagalan untuk tidur awal menyebabkan saya gagal untuk bangun awal dan selalu rasa mengantuk dan letih ditempat kerja. Ini menyebabkan saya menjadi kurang producktif dan fokus ditempat kerja. Kajian mendapati, ramai manusia berjaya mengamalkan tidur awal dan bangun awal.
2. Exercise/Senaman
- Sejak dua tiga hari yang lepas, saya sudah mula melakukan 7 minutes exercises. Ianya senaman mudah yang boleh dilakukan didalam rumah. Dan dapat saya rasakan sedikit perubahan kepada tubuh sejak melakukan senaman ini. Oleh sebab saya melakukan senaman ini disebelah petang, diharapkan ia akan memudahkan saya untuk tidur disebelah malamnya nanti (kerana letih).
3. Solat Maghrib & Isyak di Surau/Masjid
- Inilah antara perkara yang hendak saya nak istiqamah, iaitu selalu solat berjemaah di Surau/Masjid terutamanya setelah saya pulang dari Umrah tempoh hari. Untuk dua bulan pertama ini, saya berazam untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Surau/Masjid setiap hari. Insya-Allah.
Dalam masa dua bulan ini, insya-Allah, saya menulis update tentang progess resolusi-resolusi saya ini. Diharapkan anda yang membaca dapat memberi sokongan.
Jumpa lagi dilain waktu. Sekian, terima kasih.
Relaxslah
10.11 pm, 14 April 2017
No comments:
Post a Comment