Kemarahan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Tiada manusia
yang tidak pernah marah. Kemarahan terbit dari kegagalan hidup,
ketidakpuasan hati, dendam and perkara-perkara lain. Hal-hal kecil juga
boleh mencetuskan kemarahan ibarat api kecil yang dicurahkan minyak
tanah.
Merasa marah itu perkara biasa, soalnya bagaimana menyalurkan
kemarahan pada tempat yang betul. Jika kemarahan itu dilemparkan dengan
herdikan, maki hamun dan cercaan, maka ia adalah bersifat negatif dan
menjatuhkan kredibiliti kita sebagai manusia. Marah yang bersifat
positif lebih kepada mencari jalan agar marah itu di’channel’kan kepada
benda-benda lain.
Contoh bagaimana mengawal kemarahan adalah seperti yang ditunjukkan
oleh bekas Presiden Amerika Abraham Lincoln ketika peperangan Gettysburg
pada 1863. Pada malam 04 July, Lee mengambil langkah mengundurkan
tenteranya dari medan peperangan dalam keadaan ribut dan hujan lebat.
Tatkala Lee sampai di Potomac dengan
tenteranya yang kalah, dia bertemu sungai yang mustahil untuk mereka
menyeberang memandang air sungai telah naik. Pada masa yang sama tentera
Lincoln yang diketuai Jeneral Madea juga sedang mengejar mereka. Lee
dan tenteranya terperangkap dan tidak dapat melepaskan diri. Lincoln
melihat peluang ini dan mengarahkan agar Madea menyerang Lee dan
tenteranya. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Jeneral Madea tidak
mengikut arahan Lincoln sebaliknya dia bermesyuarat. Dia memberi
bermacam-macam alasan untuk tidak menyerang Lee. Air sungai menjadi
surut dan Lee serta tenteranya berjaya melepaskan diri.
Lincoln tertekan dengan keadaan itu. Dalam situasi begitu adalah
terlalu mudah untuk Jeneral Madea menewaskan tentera Lee. Ia peluang
yang tidak sepatutnya dilepaskan.
Dalam keadaan kecewa, Lincoln menulis surut seperti dibawah untuk dihantar kepada Jeneral Madea:
My Dear General,
I do not believe you appreciate the magnitude of the misfortune involved in Lee’s escape. He was within our grasp and to have upon closed him would, in connection to our late success, have ended the war. As it is, the war will prolonged indefinitely. If you could not safely attack lee last monday, how could you do so south of the river, when you can take with you very few – no more two-thirds of the force then in your hand? I would be unreasonable to expect and I do not expect that you can now effect much. Your golden opportunity is gone, and I am distressed immeasurably because of it.
Dari surat tersebut jelas menunjukkan yang Lincoln kecewa dengan keputusan yang dibuat Jeneralnya.
Apa yang Meade lakukan setelah membaca surat tersebut?
Hakikatnya, Meade tidak pernah membaca surat tersebut. Lincoln tidak
pernah menghantar surat itu. Ia hanya dijumpai dalam timbunan kertas
selepas kematiannya.
Apa yang sebenarnaya terjadi?
Mungkin ini ANDAIAN yang boleh dibuat.
Selepas melepaskan kemarahan dengan menulis surat tersebut, Lincoln berfikir semula, adakah perlu dia bertindak sedemikian. Ia adalah sesuatu yang mudah untuknya duduk di White House dan memberi arahan untuk menyerang tanpa perlu ke medan perang. Jika dia berada di Gettysburg dan melihat pertumpahan darah seperti yang dilihat Jeneral Meade dalam peperangan terdahulu dan mendengar raungan dan tangisan tentera yang cedera dan sakit, mungkin dia juga tidak akan terlalu ghairah untuk menyerang Lee. Jika dia berada di kedudukan Meade dalam situasi itu, mungkin dia juga akan membuat keputusan yang sama. Lagipun, perkara itu telah berlaku. Jika dia menghantar surat ini kepada Meade, ia akan melegakan perasaan marahnya. Tapi ia mungkin menyebabkan Meade terpaksa berfikir semula akan tindakannya. Ini akan menyebabkan dia berasa bersalah dan mungkin mengganggu emosinya untuk mengetuai peperangan yang lain. Dan yang lebih teruk, dia mungkin meletakkan jawatan atas kesilapannya itu.
Atas alasan itulah, MUNGKIN Lincoln mengambil tindakan untuk tidak
menghantar surat yang telah ditulisnya kepada Meade sebaliknya hanya
disimpan. Akhirnya, surat itu ditemui selapas kematian Lincoln.
Apakah moral of the story?
Ada moral yang boleh diambil dari cerita diatas. Kedua-duanya berkaitan dengan meng’channel’kan dan mengurangkan perasaan marah:
1. Bila anda marah, tulis apa yang anda rasa diatas kertas- Kemarahan adalah satu perasaan yang perlu diluahkan. Jika dibiarkan, ia akan meletup. Sebab itu kita tengok bila orang marah, dia akan cakap macam-macam, menjerit, menyuarakan ketidakpuasan hati yang mungkin dah lama terpendam. Bila anda menulis, curahkan segala perasaan marah anda diatas kertas, jangan tertinggal satu pun. Lepas itu akan rasa lega dan kemarahan anda akan reda. Seperti yang dilakukan Lincoln, dia menulis rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan Meade. Apa jadi lepas tu? pada andaian saya. Dia berasa lega dan kemarahannya reda. Bila kemarahan reda, barulah manusia boleh berfikir secara logik.
2. Punyai sifat empati- Empati berbeza dari simpati.
Empati membawa maksud meletakkan diri anda pada kedudukan orang lain
dan melihat sesuatu dari pada kacamata orang lain. Orang yang mempunyai
sifat selfishnes, mungkin sukar untuk mempunyai sifat empati. Seperti
dalam cerita itu, Lincoln meletakkan dirinya di tempat Jeneral Meade.
Dia membayangkan melihat pertumpahan darah, teriakan tenteranya yang
cedera dan sakit. Membayangkan suasana ini, dia mengambil keputusan
untuk tidak mempersoalkan tindakan Jeneral Meada melalui surat yang
telah ditulis. Jangan salah faham. Mempunyai sifat empati bukanlah
bermakna menjadikan diri anda sensara dengan memahami penderitaan orang
lain, tetapi lebih kepada memahami situasi orang itu dan bertindak
berdasarkan pemahaman itu.
No comments:
Post a Comment