Tuesday, December 31, 2024

Mencari Sinar Mentari (Bahagian 3)

Mencari Sinar Mentari (Bahagian 2)

October 2003

Ayer Hitam, Kedah

 

“Oh, itu dia Graeme Brown and Luciano Pagliarini bersaing sesama sendiri menuju kegarisan penamat. Siapakah akan menuju dahulu ke garisan dahulu. Hanya 100 meter yang tinggal. Pesaingan sengit antara mereka. Dan itu dia, kemenangan........ untuk Luciano Pagliarini daripada Pasukan Lampre–Daikin dan Graeme Brown dari pasukan Ceramiche Panaria–Fiordo hanya mampu ditempat kedua bagi laluan peringkat kedua ini..iaitu dari Kangar menuju ke Butterworth....”

 

Ulasan Haji Hasbullah Awang untuk peringkat Le Tour de Langkawi (LTDL) 2003 pada Februari lalu masih tengiang-ngiang di telinga Amar ketika dia mengayuh basikal pulang ke rumah. Dia selalu merasakan dialah pelumba itu dan ini mendorongnya untuk mengayuh basikal dengan lebih laju. Memang itu minatnya. Dia pasti tidak pernah melepaskan siaran langsung penamat LTDL yang disiarkan di TV1 selepas pulang dari sekolah. Yang berbeza, pelumba-pelumda LTDL menggunakan basikal lumba yang mahal. Amar pula hanya mampu mengayuh basikal lama yang rantainya selalu sahaja terkeluar dari bulatan rantai jika dikayuh terlalu laju.

 

Basikal ditunggangi Amar menghampiri selekoh ke rumahnya. Dia melihat kebelakang. Diperlahankan tunggangannya untuk membiarkan sebuah kereta melepasinya sebelum dia melintas jalan dan memasuki lorong rumanhnya. Dia menuruni cerun dengan laju sebelum sampai kerumahnya dalam jarak lebih kurang 50 meter.

 

Setelah meletakkan basikalnya di tepi rumah, diletaknya beg sekolah dan menghampiri adik bongsunya yang baru dilahirkan dua bulan yang lalu.

 

“Farid..Farid..adik abang mai sini”

“Cak..ermm..geramnya pipi gebu” seru Amar sambil memicit pipi adiknya itu.

       “Ish..sakit dia..pipi dia lembut” tegah ibunya.

“Ermm..geram..” Lagi amar memicit pipi adiknya yang gebu itu

“Cak..cak..cak....gelak sikit....alah...seronok dia..adik dah makan dah..”

         “Dah pi mandi, lepas tu makan...” Ujur ibunya.

 

Setelah seketika, Amar berlalu pergi untuk mengambil tuala dan mandi. Setelah mandi, dia ke dapur untuk menikmati makanan yang sudah disediakan oleh ibunya.

 

“Mak nak pi bendang sat gi..awai sikit..hang tolong tangguk adik tidoq”, kata ibunya.

“ya lah mak”, balas Amar.

“Roti apa semua ada dalam balang tu, nanti dia bangun bancuh ayaq teh dan bagi makan roti” balas ibunya.

“Bagi dia cukup tidoq. Pukul 4 lebih kat pukul 5 baru bagi dia boleh bangkit. Tak cukup tidoq dia merap nanti” Tambah ibunya lagi.

 

Setelah menghabiskan makan, Amar terus ke katil untuk menidurkan adiknya dibuaian. Ibunya pula sudah bersiap-siap dengan pakaian untuk ke sawah. Sambil menghayunkan buaian, dia melafazkan kalimah-kalimah mulia: laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah sehinggalah adiknya Farid itu tertidur.

 

Setelah adiknya tidur, dia terus membuka beg sekolah dan mengambil buku sekolah. Diletakkan buku itu di atas meja televisyen yang digunakannya sebagai meja tulis dan duduk diatas kerusi plastik berwarna merah. Dia sebolehnya mahu menyiapkan kerja sekolah secepat mungkin memandangkan pada sebelah lewat petang nanti ingin menghabiskan masa bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya. Sambil membuat kerja sekolah, dia menoleh-noleh ke arah buaian adiknya

 

Ibunya pula telah bergerak ke sawah padi untuk menanam anak padi. Itu rutin biasa ibunya pada musim menanam padi, Walaupun pada zaman itu, cara penanaman padi telah menggunakan mesin untuk menabur, tetapi akan ada kawasan yang tidak akan ditumbuhi anak padi. Justeru, kawasan tersebut perlu ditanam dengan sendiri menggunakan anak padi yang dibeli daripada pembekal. Jadi, menjadi rutin ibunya untuk memastikan semua kawasan sawah mempunyai anak padi. Melainkan hujung minggu dan cuti sekolah, ibunya akan pergi ke sawah pada sebelah petang memandangkan pada waktu pagi tiada siapa boleh menjaga adiknya Farid.

 

********************************************************************************

Perumahan Kerajaan, Precint 9, Putrajaya

 

“Kak, lepas SPM kak nak planning nak sambung ke mana?” Tanya Puan Mariam kepada anak sulungnya Aisha. Hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum peperiksaan SPM.

“Ish, awak ni, SPM pun belum lagi, awak dah tanya” balas Encik Sulaiman, isteri kepada Puan Marian”

“Alah, kena la ada perancangan.” balas Puan Mariam.

“Akak tak tahu lagi la. Risau pulak exam SPM ni. Kalu result tak elok macam mana”. Balas Aisha.

“Buat jelah, lain-lain serah padaNya”. Balas Puan Mariam.

“Ni nak gi hantar asrama pukul berapa bang.” Tanya Puan Marian kepada suaminya.

“Awal sikit pukul 2:00 petang boleh. Kak cakap nak singgah beli barang.” Balas Encik Sulaiman.

 

Aisha mengemaskan pakaiannya untuk pulang semula ke asrama. Cuti persekolahan akhir tahun sudah hampir bermula bererti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang biasanya diadakan pada bulan november dan disember akan semakin hampir.

 

“Akak, macam mana dah abis study untuk SPM?” tegur Affan yang tiba-tiba masuk ke bilik kakaknya.

“Dah tentu la. Kau tu jangan malas studi”. Balas Aisha.

“Ayah cakap kau dah ada awek eh? Baru tingkatan tiga tau. Kau jangan-jangan, nanti study entah kemana” Tambah Aisha.

“Alah, mana ada. Akak tu pun dulu ada pakwe, ok ja”, Jawab Affan.

“Mana ada, itu kawan la…lagipun gambar yang kau tengok tu waktu aktiviti sekolah. Kau mandai-mandai ja”. Balas Aisha dengan wajah berkerut.

“Udah la, malas la. Adik datang ni nak ucap good luck untuk exam ja kat kak.” Kata Affan.

“Eh, kau tak ikut sekali ke hantar akak” Balas Aisha.

“Tak la kak, nak pergi keluar jumpa kawan. Lagipun dah janji” Balas Affan

“Oh, takpelah. Kau jangan lupa doakan kak tau. Cuti-cuti ni kau jangan main banyak sangat.” Nasihat Aisha.

“Oklah, oklah….”  Jawab Affan sambil tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Aisha. Setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkan kakaknya yang masih mengemaskan pakaian.

 

Affan merupakan satu-satunya adik Aisha. Mereka hanya dua beradik. Meraka sangat akrab memandangkan perbezaan usia mereka hanyalah dua tahun. Sejak kecil mereka tidak pernah berpisah sehinggalah Aisha memasuki sekolah menengah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting. Pun begitu, hubungan mereka tetap rapat memandang Aisha selalu pulang ke rumah dua minggu sekali seperti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.

 

Selepas selesai menunaikan solat zohor, Aisha terus mengambil beg pakaiannya dan meletakkan di dalam but kereta Proton Perdana milik ayahnya. Kemudian dia memasuki tempat duduk belakang kereta. Ayahnya sudah berada di dalam kereta sejak beberapa minit yang lalu. Tidak lama kemudian, kelibat ibunya kelihatan memasuki tempat duduk penumpang hadapan.

 

“Ibunya, awak dan tutup semua suis dan kunci pintu rumah”. Tanya Encik Sulaiman kepada isterinya.

“Dah, semua dah” Balas puan Mariam.

 

Seraya itu, kereta Proton Perdana itu berlalu pergi………


Relaxslah!!!

A Peacemaker

31 December 2024

07:57 pm