Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Saya baru sahaja kembali dari Lembah Kelang selepas menjalani kursus competent Person CePIETSO minggu lepas. Untuk yang tidak tahu, CePIETSO adalah ringkasan untuk Certified Environmental Professional in the Operation of Effluent Treatment System (Physical Chemical Processes). Secara ringkas, kebanyakan kilang-kilang menghasilkan sisa bahan buangan cecair dan ia mengandungi bahan-bahan merbahaya yang boleh mengancam alam sekitar dan manusia. Jadi, ia tidak boleh dilepaskan terus ke dalam sungai, sebaliknya perlu dirawat terlebih dahulu. Jadi, prosess merawat air buangan itu menggunakan sistem tertentu yang memerlukan orang terlatih yang dapat memastikan sistem rawatan menepati standard yang ditetapkan undang-undang.
|
Buku Panduan Self-Regulation |
Kursus ini selama lima hari diikuti oleh peperiksaan pada hari sabtu. Namun, ini semua hanyalah permulaan kerana selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan dalam masa dua bulan, Field Training Report (FTR) perlu dilakukan selama enam bulan dan dihantar kepada pihak EiMAS sebelum dipanggil untuk interview.
Secara kasarnya, sebagai seorang graduan biochemical engineering, apa yang dipelajari selama 5 hari itu tidaklah asing buat saya. Semasa di univesiti dahulu, ia merupakan antara subjeck yang perlu diambil. Tetapi disebabkan sudah 5 tahun meninggalkan universiti, saya hampir lupa sebahagiannya.
|
Pembelajaran dalam kelas |
Kursus ini dianjurkan oleh Enviro Academy dan berpusat di Kota Kemuning, Selangor. Pada hari pertama dan kedua, pembelajaran lebih kepada pengenalan kepada undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar khususnya IETS (Industrial Effluent Treatment System) dan pengenalan kepada pelbagai kaedah rawatan air secara fizikal dan kimia.
Hari ketiga dan keempat, kami berada dimakmal, menjalankan ujikaji seperti Jar Test, BOD, COD, chromium dan ujian-ujian untuk mengesan bahan-bahan merbahaya lain di dalam air. Hari kelima, kami diajar tentang penggiraan dan penggunaan excel untuk memudahkan pemantauan IETS.
|
Jar Test |
|
Pemandangan luar tingkap dari bilik hotel saya |
Oleh kerana kursus ini mengambil masa enam hari, saya menyewa hotel tidak jauh dari tempat kursus. Hampir setiap hari saya berjalan kaki ke tempat kursus yang mengambil masa kira-kira 5 minit. Sarapan, makanan tengahari dan petang disediakan oleh pengendali kursus tersebut iaitu, Enviro Academy.
Pada hari terakhir, peperiksaan diadakan. Peserta dikehendaki menjawab 100 soalan objektif dalam masa dua setengah jam. Walaupun soalan objektif, markah lulus adalah 70%. 30% datang daripada assignment yang dihantar dan selebihnya daripada peperiksaan. selepas peperiksaan, kami diberikan sijil kehadiran oleh Dr. Sham dalam satu acara yang ringkas. Kami turut berpeluang bergambar beramai-ramai.
Walaupun kursus pendek, tetapi ia penuh makna. Banyak perkara yang saya belajar terutamanya dari teman-teman yang datang dari industri yang berlainan dan menggunakan IETS yang berbeza. Terima kasih kepada syarikat saya kerana memberi kepercayaan dengan menghantar saya ke kursus ini.
Kursus ini adalah antara langkah-langkah yang sama ambil untuk melengkap diri saya dalam profession yang saya ceburi. Selain kursus ini, saya sudah lulus kertas 1, 2 dan 3 peperiksaan SHO dan masih menunggu keputusan kertas 4 bagi peperiksaan yang sama. Insya-Allah, hujung tahun ini saya mungkin akan menghadiri kursus Certified Environmental Professional in Schedule Waste Management (CePSWaM).
Profession dalam bidang Safety, Health and Enviroment tidaklah mudah seperti dianggap kebanyakan orang. Banyak perkara yang perlu difahami dan memerlukan komitment yang tinggi. Apapun saya tekad untuk meneruskan profession ini sehingga menjadi competent.
Doakan saya.
Relaxlah!!!
29 March 2016
11:00 pm